Sunday, May 22, 2011

HULU LANGAT....

SEBELUM meneruskan bicara marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa tanah runtuh di Hulu Langat, Johor.
AL-FATIHAH…
SUNGGUH menyayat hati tragedi yang telah menimpa saudara-mara Islam kita di Hulu Langat. Apa yang lebih menyedihkan mereka yang terlibat adalah terdiri daripada anak-anak yatim. Segala puji bagi Allah yang telah menentukan qada’ dan qadar. Yang berlaku adalah ketentuan dariNya dan pasti ada hikmah yang tersembunyi.
          Melihat berita tadi, saya menitiskan air mata melihat kesedihan yang terpancar di wajah mereka. Air mata seorang guru yang mengalir meyebabkan hati saya turut menangis. Seorang abang yang sayu wajahnya kerana terkilan tidak sempat menyelamatkan adiknya membuatkan saya tersedu-sedan melihat kesedihan pada wajah si abang.
          Hari  ini sekali lagi negara kita melakar sejarah. Kejadian tanah runtuh yang telah meragut 12 nyawa mendapat perhatian dari seluruh pihak. Inilah yang dikatakan ujian dan juga musibah. Kesedihan yang dialami oleh mereka tak dapat saya gambarkan dengan huruf-huruf yang diconteng pada blog saya ini. Kesedihan yang ditanggung tak dapat saya ungkapkan dengan berjuta perkataan. Tapi, sebagai seorang hamba Allah, apa yang boleh saya lakukan adalah sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa kepada Allah agar roh mereka dicucuri rahmat dan semoga mereka dtempatkan di Jannah Al-Firdaus. Untuk lebih berkat, di harap masyarakat Muslim yang lain juga turut berdoa dan membaca Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban. Tidak lupa juga marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar diri kita dan keluarga dilindungi oleh lembayung RahmatNya dan dilimpahi dengan KasihNya.
          Amin….

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree