Tuesday, February 28, 2012

JENGJALAN!!!!

HOLIDAYYYYYYYY….~
AHAKS! Hari tuh, 24-26/2/2012 Cik Bab gi holiday denga family ke Langkawi(itu aje yang mampu…~) Alhamdulillah…ada juga rezeki Cik Bab dan sekeluarga gi bercoti! Betoi tak? Hehehehehe….Waktu pergi tu, sangat-sangat mendamaikan jiwa dan raga sebab tak payah nak berebut-rebut macam anak ayam waktu nak naik ferry. Cik Bab boleh jalan lenggang kangkung waktu nak pergi Langkawi hari tu. Duduk dalam ferry pun terasa bahagia di dalam sanubari ini.Wahahahaha…
            Alkisahnya, kami planning nak pergi holiday kali ini hanya untuk bersiar-siar. Selalunya kalau pergi langkawi, mak Cik Bab MESTI sokping segala jenis pinggan mangkuk yang ada kat sana. Mujur periuk belanga tak jumpa, kalau tidak mesti angkut sekali naik ferry. Wahahahaha… So, kitorang pun jengjalan la kat Langkawi tu. Bab kata orang, JJCM ‘JALAN-JALAN CUCI MATA!” wahahahaha…. Tapi, jengjalan pun, Cik Bab tak boleh miss naik cable car! Syok wooo~ Tapi parents Cik Bab tak ikut sekali sebab takut! Wahahahaha….
            Overall, Alhamulillah, percutian kali ini dipermudahkan oleh Allah. Bila ada kesusahan yang datang, ada penyelesaiannya. Terima Kasih Ya Allah! Allah is The Best!
            Tapi….(jeng!jeng!jeng!) Wahahahaha…..suspen je lebih kan… Bukan ada pape pun, CIk Bab just nak share cerita pasal hotel yang kitorang emnginap waktu kat Langkawi hari tu. Hotel ni forst time Cik Bab gi. Namanya kalao Cik Bab rasa nak ingat ialah MyLangkawi Hotel.Hurrmmm…bukan niat nak memburukkan tapi ahna untuk berkongsi pengalaman CIk Bab sewaktu bermalam di situ. Hari pertama check in, bilik kitorang peti sejuk tak boleh guna! Remote tv tak ada! Okey..masih boleh tersenyum menerima kekurangan itu. Mungkin, itu adalah kesilapan kecil yang sering dilakukan oelh manusia. Maklumlah, nama pun manusia. Lainlah kalau Superman! Tak gitu? Lepas tu, kitorang try pulak switch on lampu. Alahai tipah~ dalam banyak-banyak lampoon yang ada dalam bilik tu, Cik Bab rasa lampu bilik air, lampu depan bilik air, lampu sebe;ah kail kakak Cik Bab dan juga lampu sebelah katil ayah CIk Bab je yang menyala! Apa kes???? Suhu panas dalam diri CIk Bab dah mula naik satu darjah celcius! Dah bayor berates-ratus tapi, takkanlah lampu pun nak kena berjimat kot? Jadi, alkisahnya, kami pun call room service. Kali pertama, layanan bagus. Sambil tu Cik Bab minta sekali towel dan iron..yelah, sekali-sekala nak juga melawa dengan baju yang cantik beriron! Wahahaha…
            Dan alkisahnya, Cik Bab rasa pekerja d situ kena naik tangga hingga ke tingkat lima agaknya. Sebab punyalah lama tnguu bagi kiraan CIk Bab, tak juga muncul-muncul manusia yang dipanggil. Lalu kami call lagi, lagi dan lagi…ini hiperbola ye..CIk bab sendiri tak hingat berapa kali kami call untuk room service… Dah tunggu lama, dah jenuh call, barulah pintu bilik diketuk(lihat, hotel pun kena ketuk pintu. Canggih bukan?) Wahahaha….. Kami pun tersenyum lebar melebihi telinga. Bila Cik Bab bukak je pintu….jeng!jeng!jeng! Yang datang adalah seorang gadis yang cantik sedang memegang tuala, iron dan iron board. Owh, lupa, Cik Bab minta tuala sekali tadi. Dan juga, lupa Cik Bab nak maklumkan, dalam bilik tu, tak ada arah qiblat. Jadi, bila call room service, diorang kata arah qiblat ada bawah tv. Bila check tak ada. Apa la bagusnya letak arah qiblat bawah tv? Haaaiiihh..~ LEpas tu, kami pun tanya la gadis yang cantik dan baik dan lemah lembut itu mana qiblatnya..Dan gadis itu dengan sopan santun pun menunjukkana rah qiblat. Kemudian, soalan yang ditanya selepas itu, “Lampu, remote semua ni amcma mana?” Terkebil-kebillah gadis itu kerana disangka tugasnya hanyalah untuk menhantar tuala dan iron+iron board tadi. Tergagap dia menjawab.. “Ke..kejap lagi ada orang datang.”
            Cik Bab sudah menggigit bibir menahan darjah kemarahan yang sudah naik kepada 2 darjah celcius. Tapi, disebabkan baru saja duduk di hotel itu, kami masih lagi bersabar, percaya bahawa kemudian akan ada keseronokan bermalam di situ, Namun, ku sangka baik hingga ke petang rupanya bohong hingga akhirnya. CIk Bab dan family keluar dari hotel tanpa lampu, peti sejuk dan remote kami dibetulkan dengan harapan apabila kami pulang nanti semua masalah tersebut akan selesai. Dan bila kami jejak semula ke bilik hotel…waaahhh!!! MAsih lagi gelap seperti gua! Adoilaaa…..
            Jadi, sekali lagi tepon diangkat dan memanggil room service… Dan seperti biasa, panggilan pertama tidak emndatangkan hasil. Sudah mencuba berkali-kali barulah technician or watchmen diorang datang. Setelah diperiksa, tahukah anada apa yang terkjadi pada lampu-lampu yang tidak menyala itu? Sebelum tiu Cik Bab tanya, kenapa lampu selalunya tidak menyala? Apa..? Ulang lagi, Cik Bab kurang dengar… Ya!!!! Lampu tidak emnyala sebab bulbnya tidak ada!!!!!!!! Bijak bukan! Ada suis, tapi tak ada bulb! Hotel paling bijak yang pernah Cik Bab pernah jumpa!
            Kemudian, peti sejuk kami telah diganti dan akhirnya berfungsi. Alhamdulillah… Tetapi remote tv masih lagi tergantung kerana mereka tidak remote untuk tv jenis yang ada dalam bilik kami itu. CIk Bab hanya menahan perasaan waktu itu kerana ingin marah pun bukannya salah mereka. Lagipun, mereka yang datang ke bilik CIk Bab sangat baik. Untuk itu, terima aksih Cik Bab ucapkan pada mereka.
            Seperti biasa, Cik Bab sangkakang panas hingga ke petang rupanya malang datang bertandang. Dah penat berjalan, malam kami pun tidur.kroh..kroh..kroh..hinggalah tetiba Cik Bab rasa leher mula berpeluh! Sudah…tidur dalam air cond boleh berpeluh? Lau Cik Bab pun terjaga dan melihat seluruh ruang bilik gelap mengalahkan gua!!! Bolehkah anda percaya yang bilik hotel itu blackout???? Dan ibu Cik Bab pun call room service dan tahukah apa jawapanmereka bila ibu Cik Bab caka bil itu blackout? Lebih kurang begini jawapannya, “Blackout? Tak adalah! Mana ada!” Lihat! Bijak bukan jawapan yang diberi! Sekarang ni bilik siapa yang black out? Bilik tukang yang jawab telefon itu atau pun bilik pelanggan yang telah membayar beratus ringgit untuk bermalam di situ? Kemudian, orang itu cakap akan hantar watchmen a.s.a.p untuk membetulkan keadaan. Dan bila bilik semakin panas, lama menunggu masih lagi tiada tanda-tanda bantuan akan sampai, ibu Cik Bab telefon lagi kepada mereka yang bertanggungjawab. Siapa lagi kalau bukan mereka yangs enang hati duduk di bawah di sebelah telefon! Dan tahukah anda kali ini apakah jawapan mereka? Kali ini jawpaan mereka lagi bijak dari sebelumnya. “Owh, watchmen saya masuk pukul 7 pagi!” Apakah bebal sangat? Ingat ya, tadi mereka cakap akan hantar watchmen pada wktu tadi, tapi, sekarang mereka kata watchmen masuk kerja pukul 7. Wajarlah Cik Bab katakan yang orang Islam sedang menipu pada waktu itu. Bijak bukan! Dengan gaji yang diterima entah bagaimanalah mreka boleh tergamak untuk menipu? Ibu Cik Bab pun marahlah! Cik Bab pun sudah mula menggelegak! Terus ibu CIk Bab marah pada si pengangkat telefon. Dan alangkah baik dan bagusnya akhlak pekerja wanita itu, sedang ibu Cik Bab sedang bercakap di telefon, terus diletak gagang telefon itu!!!! CIk Bab betul-betul menyirap kerana berani betul mereka melakukan perkara bijak lagi bagus itu kepada ibu Cik Bab? Adakah mereka tidak mempunyai ibu? Atau pun, mereka ada ibu, tapi, mereka melakukan yang sama pada ibu mereka? Kalau mereka ada ibu, dan hormat pada orang tua, tentu mereka tidak akan melakukan perkara yang bijak itu kepada ibu Cik Bab!
Tidak perlu bantuan dari mereka, dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, elektrik sudah mula ada… Dan yang lagi membuatkan Cik Bab bertambah-tambah meluat duduk di situ ialah water heater tiba-tiba saja tidak boleh digunakan. Bijak bukan? Perkara itu diberitahu sebelum Cik Bab dan family kelaur berjalan-jalan di pagi hari sampailah petang kami pulang semula dalam pukul 3-4 keadaan masih lagi sama. Malah, house keeping tidak dilakukan!!!!! Proses yang sama kami lalui. Aduan dibuat, dan jawpan msih sama. “Sila tunggu!!!!”  Cik Bab rasa nak menyumpah seranah saja mereka ini! Tapi, Cik bab masih lagi cba bersabar. KEmudian kamu keluar dalam pukul 5 semula untuk minum petang dan pulang bila dah Maghrib, barulah bilik kami dikemas. Sangatlah bijak hotel ini! CIk Bab tak pernah tinggal do hotel di mana bilik dikeaskan selepas Asar! Sangat-sangat bijak! Dan apa yang lagi bijak ialah apabila water heater masih lagi tidak berfungsi!
Urrgghhh!!! Susah betul berurusan dengan orang yang bijak pandai ini. Agaknya, bahasa apaah yang mereka gunakan supaya mereka faham? Al-maklumlah, Cik Bab pandai Bahasa Melayu saja, itu pun ayat tunggang langgang lagi… Salah Cik Bab juga, lupa nak tanya mereka guna bahasa apa untuk buat mereka faham bila kami bercakap dengan mereka. Jadi, mereka ada sediakan guest satisfaction survey…hurrmm…. Tak sabar rasanya Cik Bab nak jawab survey berkaitan dengan kakitangan dan pengurusan yang bijak pada hotel ini..Wahahahaha…
Pape pun, Alhamdulillah…kami masih lagi bersyukur kerana dikurniakan rezeki oleh Allah untuk mempunyai peluang bercuti. Peace yo!!!

Tuesday, February 21, 2012

CIK BAB KEMBALI LAGI!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM….~
Dah lama betul tak jenguk blog ni..Lameeeeeeee sangat!!!!! Saya menghilang lama kerana ada sebab. Sebab apa? Nanti perlahan-lahan saya akan ceritakan di masa akan datang. Tapi, bukannya nak cerita sekali gus! Slow-slow kata orang. Wahahaha…Dan kembalinya sekarang ini adalah untk mengumumkan bahawa sekembalinya saya ke sini adalah dengan membawa kelainan dan pembaharuan.
          Yelah..dah lama menghilang, lepas tu datang balik, kalau takat tunjuk benda yang sama apa faedahnya, ya tak? He..he..he..tapi, baru tak baru sangatlah..Cuma ada beberapa benda yang nak gitau kat sini.
          Antaranya ialah, lepas ni saya nak bahasakan diri saya sebagai Cik Bab. Sesuai dengan tuan punya badan! Ngeeee…~ Kemudian, …kemudian…..
…………………………………………………….
          Laaa….itu je? Itu je benda baru yang Cik Bab sibuk-sibuk sangat tadi? Hahahahaha…. Sabo2…bukan itu aje, ada banyak sebenarnya banyak benda yang Cik Bab nak kabokan, tapi, slow-slow dulu. Nanti, kalau Cik Bab cerita habih kat sini, akan datang mesti semua lupa pulak kan? Baik Cik Bab buat perlahan-lahan dulu. Slow-slow…~ tapi, bagi yang pernah baca dan peka dengan blog Cik Bab mesti sekarang ni pun diorang dah perasan kan dah ada yang lain dengan Cik Bab kan? (Cewah, perasan! Macam ada je manusia yang baca blog hina lagi hampeh macam Cik Bab punye ni..) L
          Okey, itu aje dulu. Cik Bab nak tulis itu je dulu. Nanti Cik Bab sambung lagi. Hari ni sekadar pemberitahuan yang Cik Bab dah kembali!!!!!!! Yeaaahhh!!!!
Eh, silap……
          ALHAMDULILLAH……

Monday, September 26, 2011

WHERE ARE YOU..?
THERE was a boy who doesn’t love any kind of coffee but love any kind of juices. He told everybody that he’ll never take a sip of coffee until the rest of his life.
          But, one day it suddenly changed. For a first time, how amazing it is when the boy hold a cup of white coffee in his hand. While closing his eyes, carefully he tastes the white coffee. And, as he thought, he totally hates the flavor and smell! Still, he tries his best to finish it while his throat just want to throw up! He drinks the coffee until the last drop and as a fast as lighting he put his right hand up and yell, “Waitress!”
          A girl who just walks near him suddenly turn around with a beautiful smile on her face. She slowly walks to the boy’s table and politely asks, “Can I help you sir?”
          “Yes!” The boy answers confidently. He shows his empty cup and say, “I want another more.”
          The girl smiles happily while her and takes the cup from the boy. “Please wait for a while and I’ll bring you new one.”
          The boy smile a lil bit then nod. “Thank you.”
          “It’s my pleasure.” Then, while her smiling, the girl walk away from the table to the kitchen in order to bring the new cup of coffee to the boy.
          The boy staring at the girl until he lost her vision. He can’t stop himself from smiling because he is so happy. Yes! He’s so happy! He doesn’t care if has to drink a tank of coffee. He doesn’t bother if got stomachache every morning. He can ignore the smells, and taste of the coffee for the rest of his life if…..if he only he can see the girls smile everyday…
          This is the reason why the boy comes to ‘Coffee Lovers Café’ everyday. He just wants to sit there for about 3 hours a day just want to see the girl. He just wants see her warm smile. He just wants to talk with the girl even their conversation just about taking order. He just needs to hear her voices.
          Everyday, the boy sits at the same place which is at the corner. The place is just perfect for him because it’s kind of hidden from other customers and can watch the girl from far away. Every time when he entered to the café, he pull his energy and with enthusiasm want to conveys his feelings towards the girl. And, every time the girl comes to take his orders, his mouth just shut. The only words that come out from his mouth is, “Like always please.” Then the girl will say back to him, “Alright sir. Please wait for a moment until I bring your order.” He nods, the girls smiles then leave. After that, he finally realizes the stupidest mistake he made and sigh…
          Until one day, while the boy struggles to finish his white coffee, a shocking scene just make his eyes wide open. He sees one man just walk directly to the girl. And the girl jumps happily and they both hug each other. At that time, the boy’s feelings just crashed. His heart just broken heavily. No words comes from his mouth. And his eyes just can take off from watching the girl and the man hugging excitedly. Worse is when the man release his arm and looks directly to the girl. Slowly, the man kiss the girl forehead. The boy can’t watch it anymore instantly he leaves his money on the table and run out from the café.
          He walks as fast as he can while his heart hurt so badly. His tears…his tears just keep coming. Even he tries so hard, the tears can never stop. He walks, walks and walks. Not even look right or left while crossing the street. Not even glance at the traffic light whether it’s red, yellow or green. All he can thinks is how come he be so stupid? Stupid enough to make his heart feel the hardest pain in his life. All the stupid things he has done just to be near around the girl makes himself angrier. He feel stupid! Stupid! Stupid! Until….
          Boooom!!!!!!
          For a second, he feels dark surround him. He tries to open his eyes slowly. He can move. His head hurt so as his back and leg. After a while, he can hear voices. A woman yelling, “Call the ambulance! Ambulance! Call the ambulance! Now!!!!!”
          People keeps screaming and asking him.
“Are you okey? Boy?”
“Hey, kid. Can you hear me? Say something kid!”
“Say something. Kid…answer me!”
He just feels pain and dizzy. He tries to speak but it’s hard to open his mouth. He tries to stand, but, his body just can’t let him. He doesn’t know what happen. His eyes keeps closing while he tries to catch a breathe. Suddenly, what he knows is his eyes already closed and his heart just stop…
IT’S been a few days she’s waiting at the café. While clock keeps ticking, still she can’t sees the boy. She sighs…
          “Maya, what’s wrong?”
          Maya turn around and smile while she sees the man she loves. “Nothing!”
          The man stands in front of her and looks directly into her eyes. “Don’t lie to your brother! I know when you’re lying! Now, tell me the truth my little pumpkin.” He smiles.
          Maya just chuckles. “I’ll tell you later. At home., can you please entertain the customers? I have someone to wait for.”
          “Aha…boyfriend?”
          “Not a boyfriend if I don’t know his name!”
          “Then, ask.”
          Maya stares at her brother. “You think I have to ask?”
          “Of course. It seems that you like this boy. Just ask his name, and then let see what happen.”
          Maya nods and happily hugs his brother. “ I love you!”
          “Me too…” The man replies. “But, it seems I have to work even though I’m the boss here!”
          Maya just laughs while releasing his brother from her arms. “That’s make me love you more!”
          “Ahaa…” The man leaves Maya alone while going to a new customer who just take a place in the café.
          Maya smiles while waiting for the boy. She looks at the corner. The place where the boy always sit. She intentionally let the place empty because she knows the boy will want to sit there. Everyday, she keeps waiting for the boy to come. Everyday, she asks other café crews to let her entertain the boy. She just want to speak the boy. She just want to see the boy closely. She hopes they both can have a much longer conversation rather than talking about orders. But, she just too afraid too ask. And today, when her big brother encourages her to ask that boy’s name, she sees a hope! And, she totally into it!
          She sits at the counter and brings out her sketch book from the drawer. She looks inside the book and smiles. There are so many sketches of the boy. While the boy drinking his white coffee, while his looking around the café, while his reading, while he put his arm around him and many different actions. He always watching that boy from far.
          Maya looks at the clock and her day just become cloudy. The boy supposed to come 2 hours ago. She keeps asking herself,
‘Where are you…?’

Sunday, September 25, 2011

FACEBOOK  a.k.a  STALKERBOOK!
THE new design of Facebook is killing me! It’s totally drives me crazy! Feel like the whole world knows what I’m doing! I have no privacy at all while using it!  When I changed my status, left a comment or uploaded da pictures, totally other people will know whether  they are my friends or not!
          Plus, my eyes and head keeps spinning because of this stupid design! Mark called it the new design, but I rather called it stupidest design in the planet! It’s horrible! Awful! And just full of craps! Suddenly, I’ve become a stalker without even realized it! My eyes can get out from the box at the right because the updates always changing! And everytime there were changes, and new updates popped out, automatically my eyes will glanced to the right! See? !!!!
          Before this when I’m using Facebook, I feel like having a chocolate milkshake. But now, it just a SHIT!!!! Change it fast Mark! A lot of people are depressing rite now bcoz of this whole stupid design!

Friday, September 23, 2011

GEMUK + DEBAB + BUNTAL = OBESSITI   – . –
AAAHH…Tajuk di atas ‘sejibik’ kena batang hidung saya sendiri. Sebab saya pun kategori yang ‘muk’ gak! Saya tuliskan tajuk ini kerana saya baru saja lepas menonton English Series iaitu ‘LAW & ORDER – SVU’ salah satu rancangan kesukaan saya. Jadi, pada episode malam ini (saya ringkaskan saja), ada cerita pasal budak gemuk yang kena pukul dengan orang kurus. Kemudian, adik kepada orang yang gemuk ini balas dendam untuk abangnya dengan cederakan orang yang kurus ini. Hinggalah di akhir cerita (saya skip terus sampai ending), adalah yang bergaduh sampai mati.
          Tragis bukan? Kerana kebencian orang kurus ini kepada orang gemuk, sehingga ada yang yang terkorban nyawa. Syukurlah sepanjang saya gemuk  tak ada lagi yang kena masuk keranda sebab saya gemuk! Alhamdulillah…Berat saya dulu pernah melebihi 70kg. Jadi, mak dan ayah saya hantar untuk pemeriksaan darah, dari situlah saya tahu yang kesihatan saya kurang baik. Kandungan gula dan kolestrol dalam darah sangat tinggi. Doktor yang merawak saya pulak yang risau lebih pasal kesihatan saya. Mula-mula tu saya memang malas nak ambil berat pasal isu gemuk ini sebab saya dah biasa jadi orang yang gemuk, tapi, lama-kelamaan bila saya dnegar keburukan obesity dan bahaya penyakit yang mungkin dihidapi oleh saya terus mata terbuka luas! Mulut juga ternganga! Dahsyat wooo…~ Jadi, bermula dari situ saya terus berazam untuk kuruskan badan kerana ingin menjalani hidup yang sihat. Dan Alhamdulillah… berkat segala diet, exercise, saya telah hilang 10kg.
          Saya rasa saaaaaaangat gembira! Sebab  penampilan saya jauh berubah! Saya akui keyakinan saya juga menibgkat! Kalau dulu saya selalu beri alsan tak nak keluar rumah sebab malas pada hal saya malu sebab badan besar, tapi, bila dah kurus saya rasa nak keliling satu dunia! Wahahaha…kalau asaya ada duit dah lama saya pergi! Malah, saya juga menerima layanan yang berbeza khususnya kalau terjumpa mana-mana kaum Adam yang tak dikenali. Selalunya, kalau saya duduk seorang diri di McDonalds, tak ada sesape pun nak tegur. Tapi, time saya tengah kurus, ramai pulak yang ringan mulut. Siap snegih-sengih lagi. Mula-mula agak janggal kerana jarang(sebenarnya tak ada langsung!) kaum Adam yang tak kenal ni baik dengan saya tiba-tiba. Saya sendiri pelik. Kemudian, bila saya ceritakan pada kakak-kakak dan kawan-kawan saya, ramai yang cakap sebab saya dah kurus dan muka saya dah lain.
          Awalnya, saya cakap diornag mengarut. Tapi, lama-kelamaan saya akui ada kebenaran di sebalik kata-kata mereka. Saya mengeluh seorang diri tentang perkara ini. Jadi sudah terbukti bukan mata hanya melihat cantik? Saya tak mengaku saya cantik, tapi, sungguh berlainana sekali saya dilayan ketika saya gemuk dan kurus. Dua keadaan yang berbeza jadi, layanan juga akan berbeza? Cetek sungguh akal manusia! Dan juga, kalau saya singgah mana-aman kedai, ramai betul si Kaum Adam ni yang menyapa.. Kalau gemuk dulu, pandang sebelah mata pun tak mahu! Seriously?!!!! Apa kejadahnya perangai macam tu? Diskriminasi! Yup! Ini sudah dikira diskriminasi kepada saya yang gemuk ini!
          Saya pernah diejek gemuk sewaktu sekolah. Banyak kali! Dan yang rajin mengejeknya adalah mereka yang dari kaum Adam ini! Dan saya sangat sakit hati! Sedih! Cuba bayangkan kalau mereka yang kurus dan bermulut durjana itu berada di tempat saya yang gemuk ini! Barulah mereka tahu betapa seksanya saya waktu sekolah dulu. Yang perempuan juga tidak kurang hebatnya yang mengejek saya! Kalau time bergaduh tu(budak permepuan kalau bergaduh memang mulut senajat utama!), mulalah mulut tu mengejek sakan! Apa la punya perangai? Macam, ehem,ehem! Yang jelasnya, pengalaman sebagai orang gemuk memang sedih! SEDIH! Tapi, segemuk mana pun saya, Alhamdulillah..dapatlah jugak jejakkan kaki ke ‘u’ dan dapatlah jugak segulung ijazah.  Dan mereka yang mengejek saya? Hurm….?
          Dan pengalaman saya untuk turunkan berat badan punyalah seksa! 2,3 bulan jugaklah saya tak dapat minum cappuccino! Kemudian, kalau ada orang bagi Ferrero Rocher terpaksa telan air liur aje dan bagi orang lain yang makan! Seksa wooo! Kalau iman tak kuat memang dah selamat coklat mewah itu saya sumbatkan ke dalam mulut! Dah jadi kurus ada perkara lain pulak nak kena ambil kira iaitu untuk maintain berat. Pun satu kerja yang payah! Macam hari raya hari tu, memang iman saya tak kuat main bedal je segala jenis lemang dan kuih raya yang terhidang! Akhirnya….semuanya tahu apabila lemak mula berkumpul di badan! Saya kembali menajdi gemuk semula! Hoooray! Saya kini tak takut sangat bila gemuk sebab saya yakin berat badan boleh turun kalau berusaha!
          Dan sekarang badan saya dah mula naik sejak raya hari tu. Still lagi berusaha untuk turunkan berat badan. Bukan kerana inginkan layanan yang konon-kononnya ikhlas daripada mereka yang kononnya kata ikhlas menegur kita, tetapi lebih kepada kesihatan diri. Kalau sehari kita luangkan masa membaca bahayanya penyakit Diabetis ini, sudah tentu kita akan ternganga. Percayalah! Sebab saya dah membacanya, dan saya sangat-sangat takut jika terkena penyakit diabetis ini. Alhamdulillah…saya masih selamat. Itu baru satu jenis penyakit. Belum lagi pelbagai jenis penyakit yang lain! Darah tinggi! Sakit jantung! Uwaaa…tatot!!!!
          Jadi, marilah kita mengamalkan cara hidup sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati. Ahaks!

Thursday, September 22, 2011

TRY N ERROR!

CERPEN ‘Darah Merah Ventiage’ adalah cerpen pertama saya yang kononnnya ala-ala fantasi. Saya tak biasa menulis cerpen genre ini jadi sudah pasti banyak kelemahan yang dapat dikesan. Walau bagaimana pun, saya rasa puas hati sebab dapat mencuba cerpen genre ini. Saya rasa kurang berminat untuk hasilkan cerpen seperti ini kerana mungkin susah untuk dihasilkan. Impak yang terima hasil membaca cerpen genre begini sangat berbeza jika kita menontonnya dalam TV atau di wayang.
     Ambil contoh cerita Harry Potter. Saya hanya membaca novel yag pertama saja, kerana saya lebih suka menonton sendiri cerita itu di panggung wayang. Ini kerana melhat orang yang berlakon ditambah pula dengan teknik computer yang menjadikan ahli sihir benar-benar wujud. Malah penonton juga turut teruja apabila melihat tongkat sakti Harry Potter mengluarkan magik. Jika hanya membaca, kesannya kurang sedikit. Kerana apa? Kerana saya lebih suka melihat benda yang nyata di depan mata. Malah, apabila dapat melihat sendiri segala jenis magik yang digunakan dalam cerita Harry Potter ini, rasa snagat seronok. Tanpa sedar, saya tersengih seorang sendiri sewaktu menonton sebab bayangkan bagaimana kalau diri sendiri ada kuasa sakti seperti itu? (dah tentu itu hanyalah anga-angan!)
     Jadi, bagi penulis yang menulis cerpen atau novel genre ini mungkin memerlukan usaha melebihi 100% untuk membiarkan pembaca rasakan impak yang berkesan. Kita perlu membawa pembaca ke alam imaginasi yang penulis sendiri ciptakan. Tidak gunalah jika hanya penulis yang syok sendiri dalam alam fantasinya tetapi pembaca pula awal-awal lagi sudah menguap sebaik saja membaca muka surat pertama.
     Dan bagi saya, cerpen Darah Merah Ventiage ini adalah 1/10! Sangat teruk! Tetapi, kenapa saya tetap pamerkan juga dalam blog? Sebab saya harap suatu hari nanti ada orang yang membacanya dan memberikan komen. Saya mahu tahap saya di mana. Bukan saja cerpen ini, tetapi juga cerpen-cerpen saya yang lain.

DARAH MERAH VENTIAGE

100 DEKAD YANG LALU….
TORN VENUS, Ace Jupitus, Grown Menus dan Bleed Minus datang menghadap Luke Questra yang sedang dalam kegelisahan dan keresahan. Pahlawan berempat itu segera dapat menangkap pemimpin mereka yang berwibawa itu sedang dalam kesusahan berdasarkan air muka Luke Questra yang cemas itu.
            Sebaik saja melihat keempat-empat pahlawan handalan bagi Planet Ventiage, Luke Questra mengukir senyuman tetapi hambar. “Kalian…” sapanya dengan kepala ditunduk sedikit memberi hormat sambil tangannya berada di belakang.
            “Yang dihormati Luke Questra….” Sepantas kilat para pahlawan tadi berlutut apabila berhadapan dengan Luke Questra. Luke Questra mengangguk-angguk lalu memberikan isyarat dengan tangan kepada mereka supaya kembali berdiri.
            “Wahai Luke Questra, mengapa kami berempat dipanggil menghadap dalam keadaan tergesa-gesa?” Soal Bleed Minus yang risau melihat keadaan Luke Questra.
            Luke Questra tidak terus menjawab sebaliknya dia melepaskan satu keluhan yang amat berat sehinggakan keempat-empat pahlawan yang berdiri dihadapannya juga turut menjadi bimbang melihat keadaannya.
            “Luke Questra… Apa yang sedang mengganggu fikiran kamu?” Torn Venus pula membuka soalan baru setelah melihat soalan rakan seperjuangannya berlalu sepi dibawa angin.
            “Pahlawan-pahlawanku…” Luke Questra menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskn bicaranya. “Aku telah melihat satu lagi visi di mana pada masa hadapan Planet Ventiaga akan musnah kerana rakyat akan saling berbunuhan semata-mata berebutkan takhta.
            Di dalam visi itu lagi, aku melihat rakyat akan terbahagi kepada empat puak di mana setiap puak mempunyai kebolehan masing-masing seperti sekarang. Puak yang pertama mereka mengusai kuasa Excessionsive Shields…” Dia berhenti daripada meneruskan kata-katanya lalu memandang Ace Jupitus.
            “Adakah itu dari puak dan keturunan aku?” Soal Ace Jupitus perlahan.
            Luke Questra mengangguk lemah. Ace Jupitus melepaskan keluhan kecil. “Puak kedua pula adalah mereka yang mempunyai kuasa Dirtrive Quakes…iaitu keturunan daripada Grown Menus.” Sambung Luke Questra lambat-lambat. Seperti Ace Jupitus, Grown Menus juga turut melepaskan keluhan. Cuma kali ini lebih kuat bunyinya.
            “Dan puak yang ketiga dan keempat adalah mereka yang mempunyai kebolehan Aggressionsive Explodes dan juga Expetrive Ices di mana mereka adalah daripada keturunan aku dan Torn Venus.” Bleed Minus mencelah sebelum Luke Questra sempat meneruskan ceritanya.
            Luke Questra tersenyum nipis sambil memandang Bleed Minus dengan pandangan yang sarat dengan makna. Serentak Bleed Minus dan Torn Venus menumbuk tiang istana milik Luke Questra sehingga bergegar dibuat mereka.
            “Venus, Minus! Tenang! Sekarang bukan masanya untuk melepaskan segala kemarahan dengan kuasa.”
            Torn Venus memadang Grown Menus yang serius wajahnya. Dia mengangguk bersetuju. “Maaf.” Ujarnya perlahan setelah menyedari kesilapan dirinya. “Aku pun sama.” Sampuk Bleed Minus pula.
            “Luke Questra, apa yang kau lihat sebenarnya hingga takut begini?”
            Luke questra memandang Ace Jupitus. “Hanya kemusnahan dan peperangan yang aku lihat. Darah merah mengalir di serata Ventiage, mayat bergelimpangan di setiap ceruk Ventiage dan keadaan suram menyelubungi Ventiage. Apa yang aku lihat jauh lebih teruk daripada keadaan Ventiage sekarang.” Jawab Luke Questra lemah. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke jendela melemparkan pandangan ke arah luar. Dilihat rakyat jelatanya yang sedang bergembira di bawah disulami dengan suara kanak-kanak yang ketawa keriangan. Hatinya tiba-tiba menjadi sedih apabila bayangan visinya kembali menerjah fikiran.
            Torn Venus berjalan merapati Luke Questra. Bahu Luke Questra disentuh lembut membuatkan pemimpin bagi Ventiage itu berpaling melihatnya. Torn Venus mengukirkan senyuman.
            “Jangan bimbang Luke Questra, kita akan mencari jalan bersama-sama bagi menghalang perkara ini daripada berlaku.”
            Luke Questra memegang tangan Torn Venus. “Aku tahu, kerana dalam visi itu sendiri aku telah melihat cara bagaimana untuk menghalang perkara ini daripada berlaku.”
            Terus terangkat kening Torn Venus sementara Ace Jupitus, Grown Menus dan Bleed Minus saling berpandangan. Luke Questra melepaskan genggamannya lalu berjalan menuju ke arah tempat simpanan barang-barang peribadinya. Dia membuka pintu gerbang itu lalu membawa keluar sebilah pedang yang bilahnya berkilau tidak terkata. Beratnya pula seumpama memerlukan lima orang untuk mengangkatnya. Dan panjangnya cukup membuatkan orang mendongak untuk melihatnya jika pedang itu diletakkan dalam keadaan menegak.
            “Kalian, aku persembahkan hasil agung yang tidak ternilai harganya. Pedang ini aku hasilkan selama tujuh hari dan tujuh malam tanpa henti juga tanpa makan dan minum. Quesnza adalah namanya.”
            Keempat-empat mereka segera merkumpul mengelilingi Luke Questra yang sedang mengagumi hasil ciptaannya. Masing-masing terpegun dengan hasil ciptaan Luke Questra. Mereka tahu Luke Questra adalah seorang pencipta senjata yang handal dan hanya dia seorang saja yang mempunyai kuasa seperti itu di Ventiage. Tetapi, mereka sama sekali tidak menyangka yang Luke Questra mempunyai kehebatan seperti ini. Pedang yang dihasilkannya amat hebat dan sungguh berseni. Hanya dari melihatnya saja sudah tahu bahawa pedang itu sungguh istimewa dan kuasa yang mengalir dapat dirasai oleh mereka yang sedang berdiri mengelilinginya.
            “Luke Questra, apakah makna semua ini?” Soal Torn Venus dengan matanya tidak beralih daripada menatap pedang itu di hadapannya.
            “Aku melihat pedang ini dalam visi aku. Dan daripada situlah aku dapat rasakan bahawa hanya dengan menghasilkan pedang ini kemusnahan dapat dihalang di Ventiage.”
            “Adakah kau melihat sendiri bahwa pedang ini satu-satnya cara yang dapat menghalang Ventiage daripada menghadapi kemusnahan?” Grown Menus memandang Luke Questra serius.
            Luke Questra menggelengkan kepalanya. “Tapi, aku yakin pedang ini adalah jawapannya.”
            “Jadi, adakah maknanya kami tidak perlu risau lagi mengenai visi yang telah dilihat oleh kau, Luke Questra?”
            Luke Questra mengalihkan pandangan ke arah Torn Venus. “Tidak, Venus! Kuasa pedang ini sama sekali tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kerana itulah aku mahu meminta bantuan daripada kamu berempat untuk mengunci pedang ini sementara menunggu hari peperangan itu tiba. Mereka yang berjaya memecahkan kunci itu, maka dialah orang yang layak menggunakan kuasa pedang ini. Orang itulah yang akan menghentikan segala kemusnahan yang bakal melanda Ventiage dan rakyatnya.”
            Keempat-empat mereka berpandangan sesama sendiri lalu menangguk-angguk tanda faham dengan maksud Luke Questra.
            “Jika ini yang dapat menjamin keselamatan rakyat, dan mengembalikan ketenangan pada planet Ventiage, maka kami berempat patuh pada suruhan mu Luke Questra.”
            Luke Questra tersenyum lebar memandang pahlawan-pahlawannya. Lalu pedang itu di bawa oleh Luke Questra ditemani mereka berempat ke suatu tempat pedalaman yang sunyi-sepi. Sebaik saja sampai di situ, mereka semua terus melakukan tugas masing-masing.
            Grown Menus berlutut lalu meletakkan telapak tangan kanannya ke atas tanah. “Ontassium Duprecia!”
            Booom!!!!! Terus bergegar kawasan di situ. Serta-merta tanah di situ merekah lalu membentuk lompang yang sangat besar dan dalam. Grown Menus bangun memadang Luke Questra. Lantas Luke Questra mengangguk. Dia membuka balutan pedang itu lalu menyebut, “Esgrewnissainta!” Lalu terapung-apunglah pedang itu di hadapan mereka berlima. “Kalian, mulakanlah apa yang patut kalian lakukan.”
            Mereka berempat memandang tepat ke arah Luke Questra. Lalu masing-masing mengangguk patuh. Masing-masing membawa keluar senjata yang dibuat khas oleh Luke Qustra hanya untuk mereka berempat. Torn Venus membawa keluar Estinania iaitu sebuah seruling hitam. Diikuti pula oleh Ace Jupitus yang menarik keluar Skitrillio, sejenis trisula. Grown Menus pula perlahan-lahan mencapai cemeti emasnya yang bernama Cruxiescies. Sementara Bleed Minus dari awal lagi sudah bersiap sedia memegang Wrifria, bentuk yang seakan-akan cota tapi lebih besar dan panjang di mana hujungnya mempunyai berlian yang berkilau. Ianya diperbuat daripada besi tebal dan sangat berat. Hanya mereka yang betul-betul kuat saja boleh mengangkatnya.
            Estinania dibawa ke mulut lalu menjeritlah Torn Venus dengan lantang. “Frintancy daptreonva!!!!!! Menyanyilah, Estinania!!!!” Terus dia meniup seruling itu lalu beralunlah muzik yang amat membingtikan telinga di samping mengeluarkan cahaya berwarna merah terang lalu perlahan-lahan mengelilingi pedang itu.
            Skitrillio dihunuskan ke arah Pedang Quensza yang sedang dikelilingi aura merah itu. Dengan sekuat hati Ace Jupitus pun menjerit, “Qullionsiansa Venlis!!!! Memancarlah, Skitrillio!!!!” Terus Skitrillio memancarkan kuasa seperti kilat yang berwarna putih kebiruan yang juga turut menyertai aura merah Torn Venus.
            Tanpa membuang masa Grown Menus memukul cemetinya ke arah pedang itu sambil memekik, “Zengrins Ekuactum!!!! Menjalarlah, Crusxiescies!!!!” Lalu terpancarlah cahaya berwarna hitam yang turut megelilingi pedang itu.
            Dan akhir sekali tibalah masa bagi Bleed Minus. Dia mengangkat Wrifia setinggi-tingginya menggunakan tangan kanan dan kiri lalu menghentaknya dengan kuat ke atas tanah selepas menjerit, “Qritanya Frezntaszen!!!! Memukullah, Wrifia!!!!” Sekali gus menyebabkan cahaya kuning keemasan itu terpancar terang.
            Selepas keempat-empat cahaya itu mengelilingi Quensza, mereka berempat memegang tangan. “Grundiumnipassentre Extrviende Quinfandassa!” Ucap mereka berempat. Perlahan-lahan Quensza yang bercahaya kerana dikelilingi keempat-empat aura itu terapung-apung sambil menerosok ke dalam lubang yang dalam tadi. Sehinggalah sampai ke hujungnya barulah mereka berempat melepaskan tangan. Grown Menus kembali berlutut lalu meletakkan tangan kanannya seperti tadi. “Ontassium Aprecia!” Terus lubang tadi dikambus semula dengan tanah. Dia bangun lalu berganjak ke belakang sedikit memberi ruang kepada Luke Qustra. Luke Questra berjalan ke hadapan lalu memandang mereka berempat Dia mengangguk sekali kepada mereka. Mereka terus berlutut kepadanya tanda hormat dan patuh.
MASA SEKARANG….
VISI yang dilihat oleh Luke Questra itu akhirnya menjadi kenyataan. Keempat-empat puak iaitu Puak Venus, Puak Jupitus, Puak Menus dan Puak Minus berkumpul beramai-ramai bertemankan senjata masing-masing. Hari ini merupakan hari penentuan bagi siapa yang patut memerintah Ventiage. Entah bila mulanya perang ini, sedar-sedar saja keadaan sudah menjadi bertambah parah sehinggalah ke hari ini mereka mengambil keputusan untuk berlawan bermatian-matian setelah berkurun lamanya empat puak ini bermusuhan.
            Setiap puak dipimpin oleh seorang ketua. Ketua dipilih bagi sesiapa yang boleh menggunakan senjata khas yang dibuat oleh pemimpin Ventiage yang lalu iaitu Luke Questra. Mewakili Puak Venus adalah Filiwania, seorang lelaki berambut panjang berwarna merah diikat setengah dengan berbekalkan Estinania. Puak Jupitus pula diketuai oleh Reguroves. Dia merupakan seorang lelaki yang mempunyai rambut sama panjang seperti Filiwania, tetapi berwarna hitam. Rambutnya diikat kemas seperti ekor kuda. Hujung pangkal Skitrillio digenggam kemas olehnya. Puak yang ketiga pula iaitu Puak Menus, dipimpin oleh Dazinking. Rambutnya yang berwarna kuning keemasan paras bahu hanya dibiarkan lepas beralun ditiup angin. Dia dari awal lagi sudah bersiap-sedia dengan memegang Cruxiescies. Dan akhir sekali adalah Puak Minus di mana satu-satunya puak dipimpin oleh seorang perempuan bernama Fabri Anya. Rambutnya yang berwarna coklat paras bahu itu di sisir rapi. Apabila melihat ketiga-tiga mereka sudah bersedia dengan senjata masing-masing, dia juga tidak ketinggalan. Wrifia yang dipegang sejak dari tadi semakin erat genggamannya.
            Suasana hening menyebulungi keempat-empat puak itu. Masing-masing menanti dengan penuh debaran. Dada berombak cemas sementara peluh dingin mula membasahi seluruh badan. Tumpuan diberikan sepenuhnya ke atas musuh masing-masing. Filiwania, Reguroves, Dazinking dan Fabri Anya daripada tadi ligat berfikir bagaimana cara untuk memulakan langkah dengan berkesan. Fabri Anya mengerling Reguroves dengan ekor matanya sementara Reguroves menjeling sekilas ke arah Filiwania. Dan Filiwania pula memerhatikan Dazinking dengan penuh waspada. Dazinking pula tidak ketinggalan memerhatikan musuhnya Fabri Anya. Cengkaman senjata masing-masing semakin kuat. Apabila Dazinking mula membawa kaki kanannya setapak ke hadapan, mereka bertiga yang lain mengikutnya. Tangan Filiwania yang erat memegang Estinania perlahan-lahan di angkat, ketiga-tiga mereka yang lain juga turut mengangkat senjata mereka dalam keadaan bersedia. Keadaan di waktu itu sungguh cemas. Masing-masing tidak mahu tersilap langkah kerana nanti akan ada yang membawa padah. Para pengikut yang lain juga tidak ketinggalan mengikut jejak langkah ketua masing-masing. Mereka juga telah mempersiapkan diri bagi menghadapi pertarungan yang hebat ini. Filiwania, Dazinking, Reguroves dan Fabri Anya bertukar-tukar pandangan buat kali yang terakhir sebelum…..
            “Serrranngg!!!!!!!!!!!!”
            Bertempiaranlah mereka yang menyertai perang itu mencari musuh untuk ditewaskan. Pekikan demi pekikan semakin jelas kedengaran. Keadaan Ventiage yang tadi berwarna hambar telah bertukar warna apabila darah merah yang mengalir semakin memenuhi planet itu. Bilangan mereka yang maut semakin meningkat kiraannya. Ternyata masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka menggunakan segala kekuatan dan kuasa yang ada untuk menumbangkan musuh di depan mata. Mantera demi mantera lancar di baca oleh mereka semua.
            “Mestesstinia Fradrente!”
            “Eclixe Qwerivaria!”
            “Ontassium Acrecia!”
            “Ontassium Gulicia!”
            “Mestesstinia Vabrente!”
            “Sofatrente Rilio!”
            “Eclixe Beverivaria!”
            “Sofatrente Hollowilio!”
            Peperangan yang penuh dengan kemusnahan ini tidak berhenti hanya pada rakyat saja. Ketua bagi setiap puak awal-awal lagi telah terbang jauh ke arah di mana tersimpannya Pedang Quesnza. Hanya itu saja matlamat mereka berempat dan juga para pengikut. Memiliki Pedang Quensza. Kerana, sejak turun-temurun, telah diriwayatkan barangsiapa yang dapat menguasai dan memiliki Pedang Quensza, maka dialah yang akan menjadi pemimpin kepada Ventiage. Sejak berkurun lamanya ramai pahlawan dan juga rakyat biasa cuba memiliki pedang itu, tetapi hingga sekarang tiada siapa pun yang berjaya. Jadi, pada hari ini, Filiwania, Reguroves, Fabri Anya dan Dazinking sudah bertekad untuk memiliki pedang itu biar dengan apa cara sekali pun. Biarpun terpaksa membunuh, mereka rela asalkan pedang itu menjadi milik salah seorang daripada mereka.
            “Zengris Tianctum!” Dazinking pantas memulakan serangan  terhadap Reguroves.
            Reguroves segera menahan dengan telapak tangannya sambil menjerit,“Exclixe Purivaria!” Lalu menjelmalah suatu bulatan lutsinar yang berkilau menghalang serangan daripada Cruxiescies.
            Fabri Anya melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain sementara dirinya dikejar oleh Filiwania. Bagaikan puting beliung pantas mereka meredah hutan belantara itu. Filiwania menunjukkan penumbuk dengan tangan kanannya ke arah belakang Fabri Anya. “Mestesstinia Quartente!” Terus keluar duri-duri tajam daripada ais laju menuju ke arah belakang Fabri Anya.
            Fabri Anya yang sentiasa peka dengan keadaan sekitarnya pantas menoleh ke belakang lalu memegang Wrifia dengan kedua-dua tangannya. “Qritanya Vanquestzen!” dengan hanya satu pukulan daripada Wrifia, serangan Filiwania dapat di halang dengan sungguh mudah. Baru saja Filiwania ingin memberikan satu lagi serangan kepada Fabri Anya, kedua-dua mereka dikejutkan dengan kehadiran Reguroves. Reguroves tercampak laju akibat terkena serangan daripada Dazinking. Filiwania dan Fabri Anya sepantas kilat melompat membiarkan tubuh Reguroves terpelanting jauh melanggar pokok-pokok besar yang ada di situ. Hampir tumbang kesemua pokok gergasi yang menghuni di hutan itu kerana dilanggar Reguroves.
            Filiwania dan Fabri Anya memandang Dazinking yang tersengih mengejek. Dahi dan hidungnya berdarah. Sementara tangannya pula dibasahi dengan darah merah. Reguroves bangun perlahan-lahan. Pakaiannya koyak-rabak. Dia memperkemaskan pegangan Skitrillio. Dia mendongak memandang mereka bertiga yang lain. Sepantas kilat dia melompat menyertai mereka yang lain. Reguroves menghunus Skitrillio ke arah kumpulan itu lalu menjerit, “Qullionsiansa Genkhis!” Bunyi halilintar yang berdentum kuat di tambah pula dengan cahaya yang sangat terang daripada Skitrillio menyebabkan Dazinking, Filiwania dan Fabri Anya berterbangan kerana serangan hebat daripada Reguroves.
            Fabri Anya mengesat bibirnya yang berdarah. Dengan renungan yang tajam dia mengangkat Wrifia tinggi ke langit sebelum menghentaknya dengan sekuat hati. Lantas dia pun menjerit, “Qritanya Exandrizen!” Sekali lagi gelombang kuat menimpa mereka yang lain menyebabkan mereka semua tercampak jauh ke belakang.
            Filiwania segera bangun untuk melancarkan serangan. Dia mula berasa bosan kerana asyik dirinya saja menjadi mangsa. Lalu, daripada jauh, dia merapatkan Estinania ke bibirnya, “Fritancy Ligreonva!” Apabila dia mula meniup Estinania alunan yang nyaring mula kedengaran. Semakin lama, semakin bingit alunan yang keluar daripada Estinania. Fabri Anya, Dazinking dan Reguroves terduduk menutup telinga sambil mengerang kesakitan. Dirasakan saat itu gegendang telinga mereka mahu pecah! Sedikit demi sedikit darah merah mula mengalir keluar daripada telinga Reguroves. Sementara hidung Fabri Anya turut menerima nasib yang sama seperti telinga Reguroves. Filiwania pula semakin lama semakin yakin dengan kemenangan yang akan menjadi miliknya. Oleh sebab itu, dia secara terus-menerus meniup Estinania.
            Semakin kuat jeritan mereka bertiga yang lain menahan kesakitan. Fabri Anya sudah pun tersungkur ke tanah kerana tidak dapat menahan lagi bunyi nyaring Estinania. Diikuti pula oleh Dazinking dan Reguroves. Mereka berdua terus jatuh terhempas ke atas tanah. Masing-masing bergelut menahan kesakitan. Filiwania mula berjalan perlahan-lahan menghampiri mereka bertiga dengan mulut masih lagi meniup Estinania. Semakin dekat dia dengan mereka, semakin menderita mereka bertiga. Kedua-dua telinga Dazinking sudah pun dibanjiri dengan darah sementara hidungnya darah mula merembes keluar.
            “Aaaggrrrhhhhh!!!!!” Pekik mereka bertiga menahan sakit.
            “Aaaahhhhh!!!!!!!!”
            Tanpa belas, Filiwania terus meniup seruling hitamnya. Kini, impiannya untuk memiliki Pedang Quensza semakin hampir. Dada Reguroves tiba-tiba menjadi sesak. Mulutnya tiba-tiba termuntah darah. Membuak-buak darah keluar daripada mulutnya. Fabri Anya sedaya upaya mengumpul saki baki tenaga yang ada. Dia mengangkat tangan kanannya perlahan-lahan ke arah Filiwania. Dengan telapak tangan yang terbuka menghadap Filiwania, Fabri Anya menjerit sekuat hati melawan bunyi nyaring Estinania. “Sofatrente Hyfrivilio!!!!!!” Satu letupan kuat menghala ke arah Filiwania menyebabkan dia terpelanting sehinggalah dia terhumban jauh ke dalam hutan. Dirinya rebah ke tanah. Badannya mula mengalami cedera parah. Dia cuba bangun perlahan-lahan, tapi lututnya lemah. Serangan mendadak daripada Fabri Anya menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk melindungi dirinya. Sementara itu mereka bertiga yang lain mula bernafas secara perlahan-lahan. Semakin lama semakin lancar pernafasan mereka. Fabri Anya mengesat darah yang mengalir dari setiap rongganya. Reguroves yang sudah mula berdiri merengus kasar. Dia mengetap bibir geram dengan tindakan Filiwania. Dazinking yang tertiarap daripada tadi sudah mula duduk. Daripada duduk dia bangun berdiri sambil mengelap wajahnya yang basah dipenuhi darah. Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri lalu tanpa bicara terus berterbangan menuju ke arah Filiwania.
            Filiwania yang masih lagi tercungap-cungap membuntangkan mata apabila melihat ketiga-tiga mereka terbang laju ke arahnya.
            Qritanya Frezntazen! Memukullah, Wrifia!!!!”
            Zengrins Ekuactum! Menjalarlah, Cruxiescies!!!!”
            Qullionsiansa Venlis! Memancarlah, Skitrillio!!!!”
            Serentak dengan serangan daripada mereka bertiga, Filiwania langsung tidak mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri. Dia maut bersama-sama dengan letupan yang sungguh hebat gabungan daripada mereka bertiga. Letupan yang sungguh kuat dan besar itu menyebabkan ketiga-tiga mereka melantun jauh di antara satu sama lain. Kepulan asap mula menyelubungi hutan itu.
            Dazinking terbatuk-batuk kerana asap tebal yang mengelilinginya. Dia mengerang kesakitan kerana kepalanya terhantuk pada batu besar. Dia meraba-raba belakang kepalanya. Terasa basah. Dia melihat tangannya lalu tahulah dia bahawa kepalanya sedang berdarah. Fabri Anya yang terlentang cuba mengiring ke kanan perlahan-lahan. Dia tidak mampu untuk bangun lagi buat masa sekarang. Matanya yang kabur di tenyeh perlahan. Sementara itu Reguroves mengerang kesakitan kerana tangan kiri dan kaki kanannya patah dan mengalami luka yang dalam. Darah tidak berhenti-henti daripada mengalir.
            Setelah kepulan asap semakin berkurangan, akhirnya pandangan mereka menjadi semakin jelas. Mereka melihat ke kiri dan kanan mereka. Masing-masing berusaha untuk berdiri bagi menyambung pertarungan yang masih lagi belum selesai. Mereka pasti Filiwania sudah menemui ajal menyebabkan persaingan menjadi semakin sengit. Fabri Anya, Dazinking dan Reguroves sudah mula berdiri. Biarpun tidak gagah dan tegap seperti awalnya, tetapi semangat mereka masih lagi cekal. Malahan semangat mereka semakin kuat untuk menumpaskan musuh. Baru saja Reguroves ingin memulakan serangan, Fabri Anya terlebih dahulu menjerit. “Tunggu!”
            Mereka berdua berpaling ke arah Fabri Anya. “Cuba tengok di atas sana.” Arah Fabri Anya kepada mereka berdua. Jari tenlunjuknya menunjukkan ke atas di mana terdapat gelombang yang terapung-apung. Mereka berdua memandang ke atas sambil mengerutkan dahi.
            “Apa benda tu?” Dazinking menyoal pelik. Mereka bertiga berjalan terhinjut-hinjut untuk melihat lebih jelas lagi benda apakah yang sedang terapung itu.
            “Itu…” Reguroves berkata perlahan sambil matanya mengecil memandang ke atas.
            “Pedang Quesnza!” Jerit mereka bertiga. Masing-masing terkedu apabla melihat hasil ciptaan Luke Questra yang indah dan sangat berkuasa itu. Mereka berpandangan sesama sendiri. Diam! Suasana bertukar hening. Masing-masing terkesima.
            Dazinking melepaskan keluhan dengan berat.
            “Aaaarrrgghhh!!!!!!!” Dia menjerit sekuat hati. Fabri Anya dan Reguroves sudah pun bersiap sedia. Lantas bermulalah pertempuran di antara mereka sekali lagi. Kali ini mereka bertiga bertekad untuk menumpaskan musuh di depan mata.
            “Exclixe Deprevaria!”
            “Ontassium Breeztacia! Ontassium Gikerucia!”
            “Sofatrente Xilio!”
            “Qritanya Helleaszen!”
            Serangan demi serangan dilancarkan oleh mereka. Darah merah memercik ke sana sini. Tubuh mereka melayang tanpa henti. Letupan demi letupan dilepaskan tanpa rasa sesal di hati. Sehingga akhirnya mereka bertiga terbaring lemah sambil tercungap-cungap. Masing-masing sudah semakin lemah hinggakan hendak bernafas pun tidak mampu. Fabri Anya melihat Dazinking dan Reguroves. Dia melihat keadaan mereka berdua lagi lemah berbanding dengan dirinya. Lalu otaknya pun mula berfikir. Jika dia mencederakan mereka berdua sikit saja lagi, dia akan mempunyai lebih masa dan peluang untuk mencapai Pedang Quensza itu.
            Fabri Anya mengangkat tangannya perlahan-lahan dengan keadaan tercungap-cungap. Dadanya berombak-ombak bernafas. Seksa benar untuk dia bernafas walaupun untuk sesaat. Dengan penuh berhati-hati, tanpa disedari oleh Dazinking dan Reguroves, Fabri Anya mula membaca manteranya perlahan dan tergagap-gagap.“So…Sof…Sofatrente….Sofatrente A…Sofatrente Aggressisilio!
            Terus keluar letupan yang amat kuat dan menakutkan ke arah Dazinking dan Reguroves. Fabri Anya menutup mata menahan segala serpihan daripada letupan itu. Angin yang sangat kuat menerbangkan segala benda yang berada di situ. Setelah beberapa saat saja keadaan di situ diselubungi debu yang berterbangan. Fabri Anya membuka mata perlahan-lahan. Dia melihat Reguroves dan Dazinking tercampak jauh dari tempatnya dan Pedang Quensza itu. Dia melihat dada Dazinking masih lagi bergerak-gerak, menandakan dia masih bernafas, tetapi lemah. Sementara Reguroves dia tidak pasti. Ruguroves dilihat kaku jauh nun di sana. Fabri Anya mencapai Wrifia lalu berusaha untuk bangun menggunakan tsisa teanga yang masih ada. Dia berjalan seperti budak yang baru bertatih menuju ke arah Pedang Quensza itu.
            Grundiumnipassentre Extrviende Quinfandassa.” Ucapnya lemah tetapi lancar. Terus, gelombang yang melindungi Pedang Quensza hilang lalu pedang itu selamat jatuh ke tangan Fabri Anya. Fabri Anya tersenyum puas. Wrifia di sangkutkan ke belakang badannya. Dia memegang hulu Quensza dengan kedua-dua tangannya sambil berfikir, inilah pengakhirannya. Akulah pemimpin mutlak Ventiage! Dia menjerit sekuat hati lalu menikam tanah dengan dalam menggunakan Quensza. “Hiyyaaarrgghhhhh!!!!!!!!!”
            Satu letupan yang maha besar dan gelombang yang maha hebat menyelubungi Ventiage pada waktu itu. Beberapa saat saja Planet Ventiage dalam keadaan seperti itu hinggalah letupan dan gelombang tadi berhenti lalu hilang perlahan-lahan. Quensza yang tegak menikam tanah juga semakin lama semakin hilang mejadi debu lalu diterbangkan oleh angin. Fabri Anya melihat sekeliling lalu tersenyum gembira.
            “Akhirnya!!!! Akhirnya Puak Minus yang berkuasa!!! Huwarrrgghh!!!!” Jeritnya sekuat hati. Dia tidak sabar untuk kembali kepada puaknya dan juga puak-puak yang lain untuk mengumumkan bahawa dirinyalah yang berkuasa dan akan menjadi pemerintah Ventiage yang mutlak.
            Ternganga mulut Fabri Anya apabila sampai di situ. Matanya membuntang apabila melihat keadaan di situ. Kepalanya melihat ke kiri dan kanan, depan dan belakang. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Semuanya musnah! Hancur! Termasuklah puaknya. Dia terduduk di situ menangis teresak-esak. Kini, yang tinggal di Ventiage hanyalah dirinya. Semua yang hidup telah mati di situ kerana kuasa Pedang Quensza tadi. Dia terduduk di situ sambil meraung-raung di atas kehilangan pengikutnya. Tidak ada gunanya menajdi ketua jika tiada pengikut dan juga hidup dalam keseorangan. Dia menepuk-nepuk dadanya dengan kuat menyesali perbuatan bodohnya.

Wednesday, September 21, 2011

KIRI @ KANAN? HITAM @ PUTIH?
HURM….(bibir tengah muncung sedepa sambil otak fikir macam-macam) Saya tengah fikirkan…fikirkan apa yang sepatutnya saya tulis dalam blog ni? Asalnya saya ingin paparkan cerpen yang saya hasilkan dengan tujuan untuk suka-suka saja. Jika ada yang membaca, saya bersyukur. Jika ada yang suka, saya gembira. Jika ada yang membenci, saya redha. Jika ada yang emngutuk, saya biarkan saja.
        Tetapi, masalahnya sekarang bukanlah apa yang orang lain fikir, tetapi, apa yang patut saya lakukan pada blog yang macam nyawa-nyawa ikan ini. Ingin menulis cerpen bukan senang. Idea datang tak kira masa. Lagipun, kalau ada idea, belum tentu lagi cerpen saya hasilkan itu bagus. Lagipun, saya sangat tidak konsisten dengan apa yang saya lakukan pada blog ini. Boleh bilang dengan jari kalau dalam sebnlan itu berapa kali saya ‘update’ blog ni. Jadi, saya mula fikir, apa yang patut saya lakukan? Apa yang patut saya lakukan agar blog ini menjadi seperti blog orang lain. Di mana sentiasa ‘ber-update’ sentiasa dikunjungi dan yang penting sentiasa diconteng. Saya mahu blog ini dikenali. Saya mahu orang membaca blog ini. Tapi, bagaimana impan itu dapat dicapai sedangkan saya sendiri tidak berusaha?
        Ada yang cadangkan agar saya tulis pelbagai cerita bukan hanya cerpen semata-mata. Saya tanya cerita pasal apa? Orang itu menjawab pasal apa-apa saja. Kalau yang dimaksudkan di sini apa-apa saja itu adalah luahan peribadi, saya rasa terima kasih sajalah. Sebab ‘facebook’ itu sudah cukup untuk saya jadikan medan peperangan hati ini. Jadi, saya mahu blog ini sesuatu yang lain. Bukan sekadar luahan hati, tetapi sesuatu yang boleh membawa erti kepada saya. Sesuatu yang saya rasakan ebrbaloi untuk diusahakan dan sesuatu yang boleh saya banggakan.
        Pernah juga banyak kali saya fikir untuk tutup terus blog ini dan buat blog yan baru. Tapi, kalau hasilanya sama seperti sekarang maka lebik baik ‘takyah!’ Sama saja, Masa terbuang dan malah saya terpaksa mula dari awal.
        Jadi…bagaimana? 
 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree