Saturday, April 9, 2011

Pertandingan Menulis Cerpen KEN Group



TERATIH
DERAP kaki yang didengari dari jauh membuatkan keturunan Adiwancana Emas, Pridamia Perak, Ulung Gangsa, Delima Kilau, Delima Sinar dan Delima Pancar diam daripada berhujah. Gua rahsia yang sejak daripada awalnya hingar-bingar kerana suara mereka berdebat terus sunyi sepi apabila kedatangan insan yang disanjung telah pun tiba.
            Firhan Ajid Umara’ ketua bagi keturunan Adiwancana Emas merangkap ketua bagi semua keturunan di situ yang wujud sejak berdekad lamanya segera berlutut memohon sembah apabila melihat kelibat Permaisuri Teratai Putih semakin jelas. Mereka yang lain segera mencontohi ketua bagi segala keturunan itu. Berlutut sambil memohon sembah, patuh kepada Permaisuri Teratai Putih.
            “Sembah dari kami buat Permaisuri Teratai Putih.” Tegas suara Firhan Ajid Umara’.
            “Sembah diterima. Beralihlah kalian semua ke tempat asal.” Ujar Permaisuri Teratai Putih lembut.
            “Menjunjung kasih Tuanku Permaisuri!” Jawab mereka semua serentak menyebabkan gua yang hanya disinari cahaya dari api itu bergema.
            “Mohon sembah Tuanku Permaisuri.” Firhan Ajid Umara’ meminta izin.
            “Silakan wahai Ketua Adiwancana.” Ujar Permaisuri Teratai Putih lembut.
            “Hari ini, merupakan hari yang bersejarah kerana zaman kegemilangan Raja Khairun Al-Amri akan berakhir. Dan yang paling membanggakan apabila kejatuhan itu akan dilakukan sendiri oleh Tuanku Permaisuri. Patik percaya, Allahyarham Raja Wirdad pasti akan berbangga dengan Tuanku Permaisuri.”
            Para pengikut yang bersumpah setia ke atas Permaisuri Teratai Putih mengangguk-angguk setuju. Dan setiap ketua bagi keturunan masing-masing tersenyum sambil ketawa gembira apabila memikirkan kehancuran Raja Khairun Al-Amri.
            Permaisuri Teratai Putih tidak terdaya untuk ketawa seperti pengikutnya yang lain. Permaisuri cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya daripada diketahui oleh mereka.
            “Tuanku Permaisuri? Mengapakah wajah Tuanku Permaisuri begitu suram? Apakah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya Tuanku Permaisuri?” Soal Krissatima Tujah ketua bagi keturunan Delima Sinar.
            Para pengikut dan pemimpin keturunan yang lain terus terdiam. Masing-masing segera mengalihkan pandangan ke arah Permaisuri Teratai Putih.
            “Patik bersetuju dengan Ketua Delima Sinar. Mendung sungguh wajah Tuanku Permaisuri. Keadaan Tuanku Permaisuri ini amat menggusarkan hati patik sekalian.” Sampuk Petra Bayu Gah yang menjadi ketua bagi Primadia Perak.
            Permaisuri Teratai Putih hanya mendiamkan diri. Baginda tidak mengangguk mahupun menggeleng. Ditatap setiap wajah yang berada di hadapannya satu persatu. Wajah yang telah bersumpah akan setia dan rela mengorbankan nyawa untuk dirinya. Kesemua mereka adalah lahir daripada keturunan yang telah lama wujud sejak daripada pemerintahan nendanya. Dan diri permaisuri sendiri membesar dengan keturunan mereka semua.
            Sebab itu hatinya berbelah-bagi. Jiwanya resah-gelisah. Fikirannya kacau-bilau. Dirinya perlu menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan sementara hatinya pula tidak merelakan. Membunuh Raja yang sedang memerintah Kerajaan Teratih iaitu suaminya sendiri merupakan tugas yang sangat berat.
            Memang pada awalnya permaisuri sendiri berkobar-kobar untuk membalas dendam di atas kematian ayahandanya yang telah dibunuh oleh ayahanda Raja Khairan Al-Amri. Kerana merebutkan takhta, perang yang terjadi telah mengorbankan ayahandanya. Dan rata-rata pengikut setia ayahandanya juga telah dibunuh. Sebahagian pengikut setia yang lain sempat menyelamatkan diri. Dirinya juga turut terselamat bersama-sama dengan bonda tercinta.
            Umurnya waktu itu belum pun mencapai awal belasan tahun. Masih kecil untuk berfikir, tetapi mudah fikirannya untuk diracuni. Dirinya dibesarkan oleh mereka yang kini berada dihadapannya. Ditanam dalam fikirannya tentang keburukan dan kejahatan yang telah dilakukan oleh Allahyarham Raja Triban Al-Amri, ayahandanya Raja Khairan Al-Amri. Dan hampir dua dekad lamanya mereka membuat rancangan untuk membalas dendam ke atas keturunan Raja Triban Al-Amri. Dan salah satu daripada rancangan tersebut adalah dirinya mengahwini Raja Khairan Al-Amri.
            Setelah mendalami diri Raja Khairan Al-Amri, akhirnya baginda telah memilih dirinya sebagai permaisuri. Biarpun mendapat tentangan hebat daripada pembesar-pembesar istana, tetapi kerana hati dan mata baginda telah dibutakan oleh cintanya, dirinya tetap sah juga menjadi permaisuri hingga sekarang.
            Daripada awal dirinya berpura-pura mencintai Raja Khairan Al-Amri hinggalah semakin hari semakin lama dia berada di sisi baginda, tanpa sedar perasaan cintanya telah menjadi nyata. Layanan dan belaian kasih daripada baginda sungguh ikhlas pada matanya. Dia juga dapat melihat cinta baginda yang mendalam terhadap dirinya. Mungkin disebabkan itu, permaisuri sendiri tenggelam dalam permainan cintanya. Dan perasaan kasih dan sayang pada baginda bertambah mendalam apabila lahirnya putera mereka yang pertama, Putera Wirana Al-Amri.
            Biarpun begitu, dirinya tidak pernah sekali pun memberitahu pengikut rahsianya tentang perasaan cinta yang dipendam. Permaisuri menjalankan tanggungjawab dan peranannya seperti biasa. Dihadapan baginda dia mencurahkan segala kasih dan cinta, di hadapan pengikutnya dia memainkan peranan sebagai ketua mereka. Sebagai seseorang yang akan membawa keadilan bagi mereka semua.
 “Tuanku Permaisuri? Mengapakah Tuanku Permaisuri diam sahaja?” Soal Dewi Angsana pula satu-satunya ketua dari kaum Hawa yang memimpin keturunan Ulung Gangsa.
Firhan Ajid Umara’ bingkas bangun dari silanya. Dia berdiri bertentang dengan Permaisuri Teratai Putih.
“Tuanku Permaisuri!” Lantang dia bersuara. “Janganlah Tuanku Permaisuri menyatakan bahawa hati Tuanku Permaisuri sudah berubah! Berdekad lamanya patik semua merancang agar hutang dibalas. Dan akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba! Janganlah hendaknya Tuanku Permaisuri menggagalkannya.”
 “Benarkah?” Dewi Angsana pula bangun berperlahan-lahan dari silanya. “Benarkah seperti apa yang dituturkan oleh Ketua Adiwancana Emas itu wahai Tuanku Permaisuri?”
Diamnya Permaisuri Teratai Putih menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengikutnya. Wajah Firha Ajid Umara’ sudah berubah menjadi merah menyala. Nafasnya sesak kerana menahan marah.
“Anakanda Permaisuri Teratai Putih.” Panggil satu suara tiba-tiba.
Mereka membuntangkan mata apabila melihat Permaisuri Alam Seri Baiduri diiringi oleh Anggun Gerhana pengikut setia permaisuri berjalan menghampiri mereka. Permaisuri Teratai Putih cepat-cepat mendapatkan bondanya. Dirinya dan para pengikut yang lain sembah hormat kepada bondanya.
“Sembah diterima.” Ujarnya perlahan tetapi tegas. “Sekarang tinggalkan beta bersama Permaisuri Teratai Putih.”
Mereka yang lain hanya mengikut perintah. Permaisuri Alam Seri Baiduri menyentuh lembut pipi anakandanya. “Hati bonda ini dapat merasakan bahawa anakanda tidak sanggup untuk menjalankan tugas yang telah diberikan.” Baginda diam sebentar kemudian membelakangkan anakandanya. “Jikalau begitu, biarlah bonda yang membawa tugasan itu.”
“Bonda!” Permaisuri Teratai Putih tersentak dengan pengakuan bondanya.
Permaisuri Alam Seri Baiduri masih lagi tidak berganjak daripada tempatnya. “Jikalau begitu, siapa lagi yang akan menuntut bela di atas kematian Raja Wirdad? Dan siapa pula yang akan menuntut keadilan bagi rakyat jelata kita yang telah dibunuh oleh Raja Triban Al-Amri yang kejam itu? Bonda tidak mahu anakanda berasa terseksa dengan amanat ini. Biarlah bonda yang melakukannya demi Raja Wirdad dan rakyat yang telah terkorban. Dan juga bagi mereka yang telah melindungi bonda dan anakanda. Mereka yang bersama-sama dengan kita dari awal hingga ke hari ini!”
Sepantas kilat Permaisuri Teratai Putih berlutut kepada bondanya. “Ampunkan anakanda wahai bonda kerana tidak pernah menghargai perasaan bonda. Anakanda ini yang derhaka tidak pernah berfikir betapa seksanya hidup bonda setiap hari apabila kehilangan ayahanda dan kerajaan yang telah dibina. Khilaf anakanda juga tidak peka dengan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh para pengikut kita yang setia.
Dengan ini, anakanda sembahkan janji kepada bonda dan para pengikut yang lain bahawa anakanda akan menjalankan amanat yang telah diberikan.”
Permaisuri Seri Alam Baiduri tersenyum nipis tanpa dilihat oleh anakandanya. Dia memusingkan badannya dan terus menyembunyikan senyumannya. “Benarkah anakanda sanggup menjalankan tugasan yang telah diberikan?” Perlahan baginda bertanya tetapi pandangannya tajam dihalakan kepada Permaisuri Teratai Putih.
Permaisuri Teratai putih mengangguk perlahan biarpun dalam hati menidakkannya.
“Gerhana!” Panggil Permaisuri Seri Alam Baiduri.
Gerhana Anggun muncul entah dari mana secara tiba-tiba. “Mohon sembah tuanku permaisuri.”
Permaisuri Seri Alam Baiduri hanya mengangguk. Dia menghulurkan tangan kepada Anggun Gerhana. Anggun Gerhana yang faham terus mengeluarkan sebotol kaca sebesar ibu jari tangannya kepada baginda. Permaisuri Seri Alam Baiduri mengambil botol itu lalu dihulurkan kepada anakandanya. Permaisuri Teratai Putih mengambil botol itu lalu menggoncang perlahan menyebabkan cecair di dalam botol itu bergoncang-goncang.
“Sekarang…” Permaisuri Seri Alam Baiduri memegang tangan kiri anakandanya. “Anakanda bakal menegakkan keadilan bagi Allahyarham ayahanda dan juga bagi rakyat jelata yang pernah berada di bawah naungan kerajaan kita dahulu sama ada yang masih hidup atau pun yang telah tiada.”
SAMBUTAN ulang tahun pertama puteranya diadakan dengan gilang gemilang. Suasana begitu meriah dengan gelak tawa daripada mereka yang terdiri daripada golongan bangsawan mahupun bawahan.
            “Adinda?”
            Permaisuri Teratai putih menoleh. Tuanku Permaisuri tersenyum nipis melihat baginda.
            “Mengapa adinda kelihatan tidak gembira?” Soal Raja Khairan Al-Amri. “Adinda tidak sihatkah?”
            Pantas Permaisuri Teratai Putih menggeleng. “Adinda cuma letih kakanda.” Raja Khairan Al-Amri pantas memeluk tubuh permaisurinya yang tercinta. Dikucup lembut pipi Permaisuri Teratai Putih dengan penuh kasih.
            “Jikalau begitu, adinda berehatlah sebentar. Biarlah kakanda saja yang menemani para tetamu. Nanti apabila adinda sudah bersedia, bolehlah menyertai kakanda di luar nanti.”
            Permaisuri Teratai Putih hanya mengangguk sambil tersenyum lemah. Raja Khairan Al-Amri terus berjalan meninggalkan permaisurinya. Beberapa saat selepas itu, masuk dayang istana ke dalam kamar permaisuri sambil menatang sebuah dulang berisikan semangkuk sup kegemaran Raja Khairan Al-Amri. Permaisuri hanya menghembus nafas dengan berat. Baginda mengeluarkan botol yang telah diberikan oleh bondanya lalu dituang tiga titis cecair itu ke dalam mangkuk itu. Dayang istana itu hanya mengangguk lalu terus beredar daripada situ.
            Tidak lama selepas itu, terdengar kekecohan dari luar. Permaisuri Teratai Putih hanya menggigit bibir sambil menitiskan air mata. Dia hanya berdiri di situ menunggu pengawal untuk mengkhabarkan berita yang dirinya sudah pun tahu lebih awal.
 QIRAN ALI hanya menggelengkan kepala kepada Permaisuri Teratai Putih. “Mohon ampun tuanku. Patik telah mencuba sedaya upaya, tapi ternyata diri patik yang lemah ini tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Hukumlah patik tuanku kerana gagal menyembuhkan baginda Raja Khairan Al-Amri.”
            Raja Khairan Al-Amri yang sedang tenat memaksa diri untuk tersenyum. “Janganlah berkeras dengan diri wahai Qiran Ali. Sudah ditetapkan hidup beta hanya setakat ini. Tidak perlulah menyalahkan diri.”
            Qiran Ali segera tunduk kepada Raja Khairan Al-Amri. Raja yang adil, baik hati dan pemurah. Baginda sama sekali tidak menyerupai Allahyarham ayahandanya.
            “Tinggalkan beta berdua dengan permaisuri.” Tersekat-sekat suara Raja Khairan Al-Amri memberi titah.
            Qiran Ali segera menjunjung titah. Dia berlalu keluar dari kamar itu bersama-sama dengan dua orang pengawal dan empat orang dayang.
            Raja Khairan Al-Amri menyentuh lembut tangan permaisuri tercinta. Dikesat air mata yang mengalir sambil berusaha meghadiahkan sebuah senyuman kepada permaisurinya.
            “Maafkan kakanda adinda.”
            Permaisuri Teratai Putih mengerutkan dahi. “Kakanda, mengapa meminta maaf?”
            “Maafkan kakanda wahai Puteri Warissa Dahlia, puteri kepada Allahyarham Raja Wirda dan juga Permaisuri Seri Alam Baiduri.”
            Alangkah terkejutnya Permaisuri Teratai Putih apabila mendengar nama itu. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu disebut. Nama asalanya sebelum ditukar kepada Teratai Putih.
            “Kakanda tahu?”
            Raja Khairan Al-Amri mengangguk.
            “Sejak bila?”
            “Sebelum adinda menjadi permaisuri lagi.”
            “Mengapa? Kalau kakanda sudah tahu, kenapa tidak dihukum saja adinda?”
            “Kerana adinda bukan saja permaisuri bagi Kerajaan Teratih, tetapi juga permaisuri di hati kakanda. Kakanda sangat mencintai adinda. Dan kakanda mahu adinda tahu bahawa, kakanda tidak menyesal untuk mati asalkan kakanda mati di tangan adinda.”
            Semakin deras air mata Permaisuri Teratai putih mengalir. Tangannya yang sedang menggenggam tangan Raja Khairan Al-Amri juga semakin erat. “Sepatutnya adindalah yang perlu memohon ampun daripada kakanda.” Ujarnya teresak-esak.
            Raja Khiaran Al-Amri menggeleng lemah. “Kakanda tahu kenapa adinda perlu lakukan perkara ini. Semua ini tidak akan terjadi kalau Allahyarham ayahanda tidak melakukan perkara yang kejam ke atas keluarga dan rakyat adinda dahulu. Biarlah kakanda saja yang menanggung semua beban dan kesalahan yang telah dilakukannya. Cuma, kakanda ingin bertanya sesuatu. Adakah adinda mencintai kakanda? Pernahkah perasaan cinta pada kakanda muncul dalam hati adinda biarpun sesaat?”
            Permaisuri Teratai Putih mencium dahi Raja Khairan Al-Amri. “Ketahuilah bahawa perasaan cinta adinda kepada kakanda semakin hari semakin mendalam. Dan malangnya bagi kakanda kerana dicintai oleh manusia seperti adinda. Sesungguhnya, kakanda berhak dicintai oleh orang lain yang lebih mulia hatinya daripada adinda.”
            Raja Khairan Al-Amri tersenyum. “Dicintai adinda adalah perkara yang paling menggembirakan bagi kakanda. Adinda….”
            “Ya kakanda?”
            “Kakanda tukarkan nama Kerajaan Bahtera Kayangan kepada Kerajaan Teratih bersempena dengan nama adinda iaitu Teratai Putih. Kanda mahu adinda tahu bahawa cinta kakanda akan terus mekar kepada adinda biarpun kakanda telah tiada. Selagi kerajaan ini masih hidup, selagi itulah cinta kakanda masih wujud. Oleh itu, berjanjilah bahawa adinda akan terus mempertahankan kerjaan ini. Didiklah putera kita supaya menjaga kerjaan ini hingga akhir keturunan kita. Kerana kerajaan ini adalah lambang cinta kakanda kepada adinda.”
            Pilu hati Permaisuri Teratai Putih. Air matanya merembes keluar bagaikan empangan pecah. Raja Khairan Al-Amri menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu dalam pelukan permaisuri tercinta. Permaisuri Teratai Putih menghadiahkan ciuman terkahir di pipi baginda berserta dengan air mata yang akhirnya menjadi teman setianya sejak daripada peristiwa hitam itu hingga ke akhir hayatnya.

Friday, April 8, 2011

MY BIGGEST CRUSH!!!

Saturday, April 2, 2011

SYUKUR KAU KU TEMU....

HIJRAH mendongak melihat ke langit biru sambil tersenyum seorang diri. Bayu yang menghembus lembut menyapa pipi membuatkan dia tenggelam dalam khayalannya. Tambahan pula cuaca mendung ditemani kicauan sekawan unggas yang berterbangan manambahkan lagi damai di jiwa. Dia membetulkan letak tudungnya yang terlari sikit akibat tiupan sang bayu tadi.
            “Hijrah!”
            Terus dia menoleh ke arah suara yang memanggil. Lantas bibirnya mengukir senyuman apabila melihat Raudhah yang sedang melambai-lambai menuju ke arahnya.
            “Lama tunggu?” Soal Raudhah apabila tiba di sisinya. Dia membuka sandle yang dipakai untuk dibuat lapik duduknya. Menghalang punggungnya daripada kotor terkena pasir pantai yang halus dan berwarna keemasan itu.
            “Assalamualaikum…” Hijrah menoleh ke arah Raudhah yang sudah pun duduk di sisinya.
            Raudhah tersengih sambil menjawab salam. “Excited sangat nak jumpa kau sampai lupa nak bagi salam.”
            Lantas Hijrah ketawa kecil.
            “Thanks sebab sudi datang jumpa aku in short notice.”
            “No problem! So, what’s up?”
            Diam Hijrah sebentar mendnegar pertanyaan daripda Raudhah. Tidak tahu dari mana dia harus mulakan.
            “Hijrah?” Panggil Raudhah lembut setelah soalannya tidak dijawab. “What’s wrong?” Soalnya lagi. Kali ini dengan nada risau apabila melihat wajah Hijrah yang semakin mendung. Lebih mendung daripada keadaan langit pada petang itu.
            Perlahan-lahan Hijrah memusingkan  kepala ke arah Raudhah dengan air mata yang sudah pun bergenang di tubir mata.
            “Ya Allah! Kenapai ni Hijrah?”
            “Raudhah…”terus air matanya mengalir laju selepas nama sahabatnya itu di sebut.
            Dengan pantas Raudhah terus memeluk sahabatnya itu membiarkan Hijrah menangis puas-puas dalam pelukannya.
            “Sabar Hijrah…sabar” Hanya itu saja yang mampu diucapkan pada ketika itu. Diusap lembut belakang badan temannya itu sambil mulut tak hentih-henti memberikan kata-kata semangat.

********************
PINTU itu ditolak kasar tanpa mempedulikan berpuluh pasang mata yang sedang memandang ke arahnya. Caranya yang dramatik itu membuatkan para pekerja di situ susah untuk mengalihkan perhatian daripada dirinya. Tapi sikit pun dia tak peduli. Dadanya berombak-ombak menahan sabar. Giginya diketap kerana terlalu marah. Smementara kedua-dua tangannya menggenggam penumbuk disebabkan dirinya terlalu geram. Geram dengan Razif!
            Razif yang sedang khusyuk memandang skrin monitor komputer tersentak sebaik saja pintu pejabat ditolak tanpa pengetahuannya ditambah pula dengan bunyi yang sangat kuat. Mahu saja dia menempik tadi tapi apabila melihat Raudhah di hadapannya terus niat di hati mati begitu saja.
            “Encik Razif. Sorry, saya dah inform Cik Raudhah yang encik tak mahu diganggu. Tapi…”
            Razif mengangkat tangan kanannya. “It’s okey Wahida.” Dia mengerling sekilas ke arah Raudhah kemudian mengisyaratkan kepada Wahida supaya meninggalkan mereka berdua di situ. Wahida mengangguk patuh lalu keluar dari bilik itu.
            Razif melepaskan keluhan berat. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan perlahan menuju ke tempat Raudhah sedang berdiri. Dia membiarkan ada jarak di antara dirinya dan Raudhah.
            “I guess you’ve know.” Perlahan dia bersuara.
            Raudhah melemparkan pandangan yang tajam ke arahnya. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia tampar muka Razif sekuat hati. Dan kalau dia boleh ikutkan hawa nafsunya memang selepas ini kuburlah perginya si Razif ni.
            “How could you Razif?” Soal Raudhah dengan suara yang tenggelam timbul menahan marah.
            Sekali lagi Razif melepaskan keluhan berat. Dia menguak sekali rambutnya ke belakang.
            “Aku memang nak beritahu dia Raudhah. Tapi, tiap kali aku dah bersedia nak beritahu dia, mulut aku terkunci. Dalam kepala aku asyik fikir macam mana kalau dia tinggalkan aku lepas tahu perkara yang sebenar? Percayalah, aku memang nak beritahu dia. Just, I’m waiting for the right time.”
            “When? When is the right time? Sampai hati kau buat dia macam tu. Kau ambil kesempatan atas kelembutan dan kebaikan Hijrah. Kau sia-siakan masa dan hidup dia! Dan yang paling menyedihkan kau sia-siakan perasaan dia!”
            “Aku tahu silap aku. Aku tahu aku salah. Tapi percayalah, aku tak boleh tinggalkan Hijrah. Sejak aku kenal dengan Hijrah, aku sedar yang aku telah menjadi seorang lelaki yang lebih baik.
            Dan dalam hidup aku, perkara yang paling buat aku gembira apabila takdir temukan aku dengan Hijrah.”
            Raudhah senyum mengejek sambil memeluk tubuh.
            “Kau tak perlu nak tinggalkan Hijrah sebab dia sendiri dengan senang hati tinggalkan kau.”
            “Tapi aku takkan berdiam diri Raudhah. Aku akan ceraikan Farhana dan akan pastikan Hijrah kembali dalam hidup aku.”
            “Razif! Kau ni gila ke apa? Kau dah beristeri Razif! Kau ni manusia yang paling keji yang pernah aku jumpa sepanjang aku hidup!
            Kau main-mainkan perasaan Hijrah sedangkan kau masih ada lagi ikatan dengan isteri kau. Pelik sungguh aku tengok kau boleh tersenyum lebar setiap hari pada hal isteri kau masih lagi ada dalam hidup kau! Kau ingat perempuan ni apa? Baju? Sesuka hati kau nak tukar ganti?”
            Dia meraup wajahnya berkali-kali. Sedaya upaya dia cuba membela diri di hadapan Raudhah. Bersungguh-sungguh dia cuba meyakinkan Raudhah bahawa dia sangat-sangat mencintai Hijrah. Dan bukannya dia sengaja merahsiakan statusnya sebagai suami kepada Farhah.
            Cintanya pada Farhah semakin lama semakin pudar. Tiang rumah tangganya makin hari makin retak tunggu masa untuk runtuh saja. Sebab itulah dia dan Farhah mengambil keputusan untuk berjauhan seketika bagi mencari jalan masing-masing. Bersama-sama fikirkan keputusan yang terbaik bagi hidup mereka berdua.
            Dan takdir menyebelahinya apabila dia ditemukan dengan Hijrah. Gadis lembut bertudung litup biarpun tanpa senyuman wajah gadis itu tetap ayu. Dia akui, dirinya selalu di belenggu kesesatan sebelum mengenali Hijrah. Tapi, apabila dia semakin rapat dengan Hijrah, gadis itu sedikit sebanyak menunjukkan jalan kebenaran kepadanya. Dan tanpa sedar hatinya kini mendambakan cinta daripada Hijrah.
            Penat dia berusaha bagi memiliki hati gadis itu. Sememangnya payah juga langkahnya untuk menjadikan impian itu tercapai.Dan berkat kesungguhannya, Hijrah mula membuka sedikit demi sedikit pintu hati kepadanya. Biarpun dia belum lagi melafazkan kata cinta, dan Hijrah pula sudah semestinya tak pernah sebut langsung perkataan itu, tapi, dia dan Hijrah tahu bahawa mereka berdua menyimpan perasaan terhadap diri masing-masing. Oleh sebab itulah, dia tak boleh kehilangan Hijrah. Kerana dia telah bersusah payah membuatkan gadis itu membuka pintu hati kepadanya. Tidak akan sekali-kali dia membiarkan Farhah menjadi penghalang.
            “Raudhah…”panggilnya perlahan.
            Raudhah tidak menjawab sebaliknya dia memalingkan muka. Dia tak sanggup nak tengok muka Razif. Makin dilihat makin membara hatinya. Makin panas dibuatnya biarpun hanya menyebut nama lelaki itu!
            “Tolonglah Raudhah. Aku betul-betul cintakan Hijrah. Aku ikhlas cintakan dia. Dan bukan niat aku untuk lukakan hati dia. Tolonglah. Aku merayu kat kau. Aku merayu dengan sepenuh hati aku, tolonglah berikan aku peluang. Tolonglah pujuk Hijrah berikan aku satu lagi peluang.”
            Raudhah menggigit bibir tanda geram. Rayuan Razif begitu menyakitkan telinganya. Kalau boleh dia rasa nak tonyoh-tonyoh muka Razif dengan kasut tingginya yang berukuran 2 inci setengah tu.
            “Kau dengar sini baik-baik Razif.” Raudhah menjengilkan matanya. “Jangan sekali-kali kau berani dekatkan diri dengan Hijrah. Dan jangan kau telefon, message atau apa-apa benda pun yang kau buat untuk berhubungan dengan Hijrah!
            Aku nasihatkan kau jalankanlah tanggungjawab sebagai seorang suami. Kalau sekarang ni pun kau tak boleh tunjukkan contoh sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab, terhadap isteri kau, cuba fikir nanti kalau hidup kau dengan Hijrah?
            Kesianlah kat isteri kau Razif. Fikirlah perasaan dia bila dia tahu perbuatan kau ni.”
            Suasana bertukar hening. Razif bersandar lemah di tepi meja. Wajahnya suram. Sementara Raudhah pula sudah bersiap-siap untuk berlalu dari situ.
            “Aku mintak diri dulu. Sebelum tu aku nak mintak maaf atas semuanya dari awal aku kenal dengan kau sampailah sekarang ni.
            Assalamualaikum!”
            Belum sempat Razif menghalang Raudhah lebih pantas menghempas pintu. Razif melepaskan keluhan dengan kasar. Dia menendang meja kemudian menumbuk muka meja berkali-kali sambil menjerit kuat.
            Hijrah….jeritnya berkali-kali.

********************

SETELAH selesai membaca Surah Yasin, dia berkemas-kemas untuk pulang. Surah Yasin disimpan berhati-hati dalam poket Baju Melayunya. Kemudian tikar mengkuang itu digulung kemas. Peluh yang merenjis keluar di dahi di lap dengan hujung lengan bajunya. Ketayap putih di atas kepala di betulkan sikit posisinya. Baru saja dia mahu melangkah pergi, secara tak sengaja matanya tertangkap pada seseorang.
            Dia melihat sekeliling. Di kawasan perkuburan itu dilihat hanya dia dan beberapa orang lain lagi di situ. Tetapi yang paling hampir dengannya adalah gadis itu. Dia serba salah. Perlu atau tidak dia menyapa. Kalau tegur nanti takut orang lain salah anggap pulak. Tapi kalau tak tegur, rasa menyesal pulak. Mana tau kot-kot hamba Allah sorang ni ada maslah ke.
            Dia menggeleng sekali kemudian terus berjalan ke arah gadis itu.
            “Assalamualaikum.” Sapanya sopan. Dia pastikan ada jarak antara dia dan gadis itu.
            “Waalaikumussalam.” Jawabnya perlahan lantas menoleh. Dia melihat lelaki itu yang sedang berdiri. Sempat juga dia mengerling keadaan sekitar. Tengok ada orang tak dekat-dekat situ. Takut nanti ada apa-apa jadi senang nanti menjerit nak mintak tolong.
            “Cik ada maslah ke?” Saolnya sopan sambil tersenyum nipis.
            Gadis itu hanya mendiamkan diri. Dia melangkah dua tapak ke belakang menjauhi lelaki itu.
            “Saya bukan nak buat apa-apa cik. Sebab dari tadi saya nampak cik macam kelam-kabut je. Macam tercari-cari barang. Ada apa-apa ke yang saya boleh tolong? Saya tengok cik pun macam resah je.”
            Aku resah sebab takut dengan kaulah. Gumamnya gadis itu di dalam hati. Dia mengalhkan pandnagan ke arah kubur arwah ayahnya. Kemudian dia memandang semula lelaki di hadapannya itu.
            “Saya tertinggal Surah Yasin.” Ujarnya perlahan.
            “Oh!” Sepatah yang keluar dari mulut lelaki itu. Lantas dia mengeluarkan Surah Yasin dari poket bajunya lalu dihulurkan pada gadis itu.
            Sekali lagi gadis itu berganjak setapak ke belakang. Huluran lelaki itu dibiarkan saja tanpa sebarang reaksi.
            “Ambiklah.” Dia mempelawa ikhlas. Tangannya masih lagi setia menghulurkan Surah Yasin itu.
            “Saya dah selesai baca Surah Yasin ni. Cik ambiklah saya punya.”
            Teragak-agak gadis itu. Lama dia merenung huluran lelaki itu. Separuh daripada hatinya menyuruh dia menyambut saja huluran itu. Tapi separuh lagi berkeras menghalangnya.
            “Ambiklah.” Lelaki itu masih lagi tak berputus asa.
            Lama dia berdiam diri akhirnya huluran itu di sambut juga perlahan-lahan.
            “Terima kasih.”
            “Sama-sama.” Jawabnya dengan senyuman nipis lalu mula mengatur langkah untuk pergi dari situ setelah niatnya untuk membantu tercapai.
            “Nanti nak pulang macam mana?”
            Langkahnya terhenti. Dia memusingkan kepalanya sedikit melihat gadis itu sambil tersenyum.
            “Tak payah. Ambik terus je.”
            Dan dia pun terus menyambung langkahnya yang terhenti tadi. Semenatar gadis itu pula sudah mula bersiap-siap untuk memulakan bacaan Yasin.

********************

TUDUNGNYA di sangkut kemas di tempat penyangkut. Baju kurung yang dipakai tadi ditukar dengan baju lengan pendek dan juga seluar track hitam. Dia menyisir rambut lalu mengikatnya kemas. Kemudian, dia meluru keluar dari bilik menuju ke dapur di mana ibu, angah dan adik sedang berkumpul.
            Hajah Rahmah tersenyum melihat anak sulungnya apabila dia muncul di dapur. “Ramai orang ke hari ni di kubur tadi?”
            “Tak ramai sangat ibu.”
            “Sebab bukan hujung minggu.”
            Hijrah mengangguk setuju.
            “Masak apa ibu?” Soalnya seraya mengambil tempat di sebelah angah yang dari tadi khusyuk sedang mengupas kulit kentang. Sementara adik di sebelahnya sedang bermandi dengan air mata kesan daripada bahana mengupas kulit bawang merah.
            Hijrah mengambil alas pemotong dan pisau lalu mula bekerja. Dia membantu adik mengupas kulit bawang kerana kasihan melihat adik bongsunya itu. Sedih betul adik aku sorang ni.
            “Masaklah apa yang ada hari ni. Rezeki hari ni ada ikan siakap, ibu ingat nak masak ikan tiga rasa.”
            “Sedapnya!” Hijrah sudah mula terliur.
            “Kentang ni nak buat apa ibu?” Angah menyoal.
            “Nak bagi angah makanlah!” Adik pula menyampuk.
            “Eeei..dia ni kan!” Angah  mengacah mahu memukul adik.
            “Hah! Hah! Pisau tu angah, adik! Jaga-jaga! Nanti tak pasal-pasal ada jugak yang berbalut karang.” Puan Rahmah menjengilkan mata ke arah angah dan adik sementara Hijrah pula hanya ketawa mengekek.
            Adik menjeling lidah ke arah angah. Angah pula mencebik ke arahnya.
            “Angah dengan adik pergi tolong kemaskan halaman rumah, Sapu semua daun kering lepas tu bakar. Siramkan sekali pokok bunga ibu. Kebun sayur ibu pun jangan lupa siram.”
            “Hah? Alaa…angah sorang buat dahlah. Lagipun adik tak laratlah nak sapu daun-daun kering tu, Banyak!”
            “Sebab itulah ibu suruh angah pergi sekali. Kalau adik buat sorang memanglah letih.”
            “Kalau pergi dengan angah memang kerja semua adiklah yang kena buat.” Rungut adik manja.
            “Eleh! Baru suruh buat kerja sikit dah letih! Lembik!”
            Adik menggigit bibir geram dengan usikan angah. Dia memeluk tubuh sambil bersandar di kerusi.
            “Memanglah letih kalau semua kerja adik yang buat! Angah tu tau lepak je!”
            “Eh? Bila masa angah asyik melepak? Angah tak melepak je ye. Angah ada buat kerja sekali ye.”
            “Eleh, takat kutip sehelai dua daun bolehlah.”
            “Eeeiii!!!! Dia ni kan….”
            “Ya Allah Ya Tuhanku…budak-budak ni. Nak ibu rotan ke? Dah besar-besar pun nak kena rotan dengan ibu lagi ke?”
            Puan Rahmah memandang kedua-dua anaknya bersilih ganti.
“Ibu suruh buat apa tadi adik? Angah?”
            “Sapu daun, bakar sampah dengan siram pokok bunga.” Jawab mereka serentak lemah tak bersemangat.
            “Ibu suruh buat dengan siapa adik?”
            “Angah!” jawabnya sambil mengerling ke arah angah.
            “Angah…ibu suruh tolong siapa?”
            “Hhm….adikkkkk~” jawabnya malas.
            “Pandainya….sekarang bolehlah pergi jalankan amanah yang ibu bagi ni.”
            Angah meletakkan pengupas kulit kentang di atas meja lalu membasuh tangannya di singki.Selesai dia mengelap tangannya dia berpaling ke arah adik yang masih lagi duduk bersandar di kerusi.
            “Cepatlah!” Dia menggesa.
            Mahu atau tak adik terpaksa juga bangun setelah ibu menjengilkan matanya.
            Puan Rahmah hanya menggeleng-gelengkan kepala sementara Hijrah dari tadi hanya ketawa.
            Puan Rahmah menarik kerusi di sebelah Hijrah lalu duduk. Dia mengambil pengupas kulit kentang lalu menyambung semula kerja anaknya yang tinggal separuh saja lagi untuk dihabiskan.
            “Kenapa anak ibu tiba-tiba nak balik pulak ni? Selalu hari raya dengan akhir bulan je balik. Ni kenapa tiba-tiba cuti sekolah kali ni balik kampung?”
            Hijrah mengangkat muka memandang ibu tercinta. “Aik? Ibu tak bagi along balik ke?”
            “Bukan tak bagi..tapi angin takde, ribut takde alih-alih anak ibu balik kampung. Pelik jugak ibu.” Jawab Hajah Rahmah sambil tangannya cekap membuat kerja.
            “Saja jelah ibu. Sekali-seala nak jugak rasa mood hidup di kampung ni. Hidup kat KL tu memang sesak jiwa along ni dibuatnya.”
            Terus Hajah Rahmah diam. Dia tak mahu mengulas tentang perkara itu lagi. Baginya, jika Hijrah ada masalah dan dia ingin kongsikan masalah itu dengannya, maka dia sudi mendengar dan membantu apa yang terdaya. Tetapi jika Hijrah lebih suka mendiamkan perkara itu, dia akur. Mesti ada sebab anaknya berbuat demikian.
            “Along….”lembut suara Hajah Rahmah memanggil.
            Hijrah mengangkat kening. “Kenapa ibu?”
            “Along ada kenan dengan siapa-siapa ke?”
            Tersentak Hijrah dengan pertanyaan ibunya itu. Hatinya berdebar tiba-tiba.
            “Ke..kenapa ibu tanya?”
            Hajah Rahmah melepaskan keluhan kecil. Tangannya dari tadi yang sedang bekerja itu berhenti. Dia mengalihkan pandangan ke arah wajah anak sulongnya itu.
            “Ibu bukan nak masuk campur dalam hidup along. Tapi, along ni dah 29 tahun. Kalau along dah ada yang berkenan di hati, ibu bersyukur sangat. Dan kalau boleh ibu naklah along mula fikrikan tenatang hidup along kat masa depan nanti.
            Dan kalau along takde siapa-siapa dalam hidup along, ibu nak kenalkan along dengan anak kawan baik ibu dan arwah ayah.”
            Hijrah diam membisu. Sepatah pun mulutnya tak bersuara.
            “Along?” Panggil Hajah Rahmah.
            Hijrah meletakkan pisau di atas meja lalu perlahan-lahan dia mengangkat muka. Memberanikan diri bertentang mata dengan ibunya.
            “Anak kawan ibu yang mana?”
            “Anak Puan Najwa dengan Encik Fatah. Along pernah jumpa keluarga diorang waktu kecik-kecik dulu je. Itupun waktu kita tiggal sama-sama di Melaka dulu. Sekarang ni dia tinggal di Kedah. Waktu ada arwah ayah dulu ibu sekali sekala ada jugaklah pergi rumah diorang. Waktu tu along kecik lagi. Angah pun baby lagi waktu tu,. Adik langsunglah tak lahir lagi.”
            Hijrah diam lagi. Lama dia berfikir sebelum mengajukan soalan bertubi-tubi.
            “Ibu pernah tengok ke anak lelaki diorang?”
            “Waktu along study di Egypt dulu adalah jugak 2,3 kali ibu dengan arwah ayah pernah jumpa. Tapi baru-baru ni taklah.”
            Hijrah mengangguk.
            “Anak lelaki diorang tahu ke pasal ni?”
            Hajah Rahmah tersenyum lebar. “Dia dah setuju pun dengan along!”
            Tersedak Hijrah dibuatnya. Semput terus dia bila dengar jawpan yang keluar dair mulut ibunya.
            “Ibu buat keputusan tak bincang dengan along dulu ke?”
            Hajan Rahmah menggeleng perlahan.
            “Along…dengar dulu ibu nak cakap. Anak lelaki diorang tu tak kenal pun siapa along. Ibu ada bagi gambar along pada kawan ibu tu, tapi dia cakap yang anak lelaki diorang tu tak tengok pun gambar along. Dia setuju sebab dia cakap dia percayakan pilihan mak dengan ayah dia. Dia yakin sangat dengan pilihan orang tua dia. Dan kawan ibu pula oercaya dengan anak sulong ibu ni.
            Tapi anak lelaki diorang tu ada cakap, dia akan setuju untuk teruskan ikatan ni melainkan kalau along masih lagi tak berteman dan setuju dengan kehendak along sendiri. Bukannya along setuju sebab dipaksa. Dia cakap dia tak kisah kalau along tolak dia kalau hati along dah jadi milik orang lain.”
            Lama Hijrah mendiamkan diri. Dia menyeka 4,5 helai rambut yang meutupi dahinya. Tanpa sedar keluhan kecil dilepaskan sehingga menarik perhatian Puan Rahmah.
            “Along…kalau along tak nak tak apa. Ibu tak paksa along.”
            “Ibu rasa anak lelaki diorang tu okey tak? Bagus tak? Ibu rasa dia boleh jadi ketua keluarga yang bertanggungjawab macam arwah ayah tak?” Soalnya berturut-turut menyebabkan Puan Rahmah tergelak kecil.
            “Alhamdulillah. Ibu tengok anak lelaki diorang tu berkenan terus hati ibu ni. Arwah ayah dulu pun pernah juga fikir nak jodohkan along dengan dia kalau ada rezeki.” Jawab Puan Rahmah tenang.
            “Ibu….ibu suka ke dengan anak lelaki diorang tu?”
            Puan Rahmah tersenyum melihat anak gadisnya.
            “Kalau along tanya ibu, mestilah ibu suka. Kalau tak, takkanlah ibu nak jodohkan along dengan dia. Tapi, semua ni bukannya kehendak ibu tapi kehendak along. Along sendiri yang kena buat keputusan. Sebab ni hidup along. Ibu cuma menolong je. Kalau along dah ada pilihan hati sendiri, atau along belum bersedia, along boleh buat keputusan untuk tolak cadangan ibu ni. Ibu tak marah. Lagipun ibu nak anak-anak ibu bahagia dan gembira.”
            Hijrah hanya mengangguk-angguk. Tiba-tiba rasa ingin tahu muncul dalam hatinya lantas dia pun bertanya lagi kepada Puan Rahmah.
            “Yang anak lelaki diorang tu takda berkenan dengan siapa-siapa ke?”
            Tiba-tiba wajah Puan Rahmah berubah. Dia menghela nafas dengan berat sekali. Lama dia biarkan soalan anaknya itu tak terjawab.
            “Kenapa ni ibu?” Hijrah pelik melihat reaksi ibunya. Adakah dia sudah salah bertanya soalan? Tapi dia juga ada hak untuk tahu memandangkan lelaki itu kalau ada jodoh akan menjadi suaminya nanti. Dia juga tak mahu merampas hak milik orang lain. Cukuplah sekali pengalaman dia dan Razif membuatkan hidupnya hampir separuh gila. Dia betul-betul serik.
            “Dia pernah bertunang.  2 tahun lebih. Tapi, empat tahun lepas tunangnya tu dah meninggal dunia. Sebab…..kemalangan. Kebetulan pulak tunangnya tu orang kampung kita. Ibu tak kenal rapatlah dengan tunang dia tu, tapi selalu juga bertegur sapa dengan mak ayah si arwah.
Diorang sekeluarga tinggal tak jauh sangat dari kawasan rumah kita ni”
            Suasana terus berubah suram. Hijrah sendiri dapat merasakan kesedihan yang terpaksa di tanggung oleh lelaki itu. Mendnegar suara sayu ibu bercerita, dia yakin lelaki itu amat mencintai arwah tunangnya. Dan lelaki itu juga mesti sangat sedih di atas kehilangan tunangnya. Tapi sebagai manusia apa yang kita dapat lakukan? Kerna semua itu adalah takdir yang ditentukan oleh Allah.
            “Ibu…”
            Puan Rahmah mengangkat kening.
            “Bagi along masa untuk fikir dulu boleh?”
            Terus bibir Puan Rahmah mengukir senyum yang lebar.
            “Ambillah masa sebanyak mana yang along nak. Sekurang-kurangnya along tak tolak cadangan ibu ni bulat-bulat. Along nak tengok gambar dia? Ibu ada simpan dalam laci kat depan tu.”
            Hijrah menggeleng perlahan. “Hijrah percaya dengan pilihan ibu. Lagipun, lelaki tu pun tak tengok gambar along kan. Jadi, lebih baik kalau along pun buat benda yang sama.”
            “Nama pun tak nak tahu ke?”
            “Dia tahu ke nama along siapa?”
            “Tahu! Dan mak dia cakap bila sebut je nama along terus dia ketawa besar!”
            “Hah? Kenapa pulak? Ni mesti dia main-mainkan nama along.”
            “Bukanlah….kalau along tahu nama dia mesti along pun ketawa jugak nanti.”
            “Erk?”
            “Nama dia kan…nama dia….nama kan….dia kan….”
            “Ibu!!! Buat suspen je tau.”
            Puan Rahamh tergelak besar melihat muka anaknya.
            “Yelah, yelah. Nama dia kan…..Mu…ha…ram!”
            Melopong mulut Hijrah seketika. Setelah beberapa saat suasana sunyi menemani mereka berdua, lantas berubah hingar apabila ketawa masing-masing terus meletus.
            Muharam? Hijrah? Is that a sign?

********************

LENGUH betul kakinya berjalan ke hulu dan hilir mengikut Raudhah ke merata-rata tempat. Lututnya dah rasa macam nak tertanggal daripada tempatnya. Kedua-dua tangannya pula sakit menjijit beberapa buah beg plastik dan kertas. Terhuyang-hayang dia berjalan di sekitar bandar yang dipenuhi dengan kesesakan manusia.
            “Raudhah!” Panggilnya setelah melihat Raudhah hampir jauh meninggalkannya di belakang.
            Raudhah menoleh lantas mengeluh kecil. Dia berhenti daripada melangkah sambil menuggu Hijrah yang terkial-kial berjalan ke arahnya.
            “Lambat betul kau ni.”
            Hijrah menjengil mata. Peluh yang mula mengalir di dahi cepat-cepat di lap dengan tisu yang sudah dipegangnya dari tadi.
            “Mak cik! Awak tu yang jalan laju mengalahkan Superman! Lagipun, aku yang terseksa bawak barang-barang ni semua tau!”
            Raudhah mengekek ketawa.
            “Dah tu barang kahwin tu kau yang punya. Kaulah yang kena bawak lebiihhhh…”
            Hijrah mendengus mendengarnya. Pada hal Raudhah yang lebih-lebih dari tadi waktu tengah shopping. Suruh beli itulah! Inilah! Ini padanlah! Itu tak padanlah! Yang terseksa sekarang ni siapa? Akuuuuuuuuu jugak! Raudhah senang jelah bawak 3,4 beg plastik je. Haaih~ kalau tak kerana ibu yang kena pergi ziarah jiran yang ada kematian, dah tentulah dia tak akan mengajak Raudhah shopping sekali. Kalau shopping dengan Raudhah macam nilah jadinya!
            “Lepas ni pergi cari Al-quran pulak!”
            “Hah?” Hijrah sedikit menjerit kerana terkejut dnegan kenyataan sahabatnya.
            “La…kenapa?”
            “Penatlah. Rehat dulu tak boleh ke?”
            “Alaa….kedai yang aku nak tunjuk kat kau depan tu je. Sikit je lagi nak sampai. Kita pergi beli Al-Quran dululah lepas tu baru pergi rehat. Okey?”
            Hijrah diam membisu. Bibirnya mencebik.
            “Alaaaa….bolehlah..kita rehat lepas nilah ek?” Raudhah buat-buat suaa manja.
            “Yelah,yelah!”
            Terus Raudhah tersenyum gembira. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kedai yang di sebut oleh Raudhah. Masuk saja ke dalam kedai itu, Hirah mengehmbus nafas lega kerana sejuk penghawa dingin terus menyapa tubuhnya. Terasa lega sungguh dapat duduk dalam tempat sejuk macam ni.
            Raudhah menyiku lengan Hijrah.
            “Cepatlah cari Al-Quran. Boleh pulak dia berangan dalam kedai ni.”
            “Bukan beranganlah. Orang nak feeling dalam tempat sejuk macam ni pun tak boleh! Humph!”
            Terus Raudhah ketawa kecil. Dia dan Raudhah berjalan perlahan-lahan di dalam kedai itu sambil melihat Al-Quran yang sesuai untuk dijadikan barang hantaran nanti. Masing-masing pergi ke arah yang berlainan. Lama dia berpusing akhirnya dia jumpa Al-Quran yang menarik perhatiannya.
            Dia cepat-cepat berjalan menuju ke rak di mana Al-Quran itu berada hingga dia tak perasan seorang lagi insan yang juga sedang laju menuju ke arah yang sama. Naib baik dia sempat berhenti mengelakkan dia daripada berlaga dengan insan tadi.
            “Ooppss..sorry.”
            Hijrah mengangkat muka perlahan-lahan. Dia mendongak untuk melihat wajah yang meminta maaf tadi. Tanpa sedar terus bibirnya mengukir senyuman nipis.
            “Awak!”
            Lelaki itu mengerutkan dahi sambil fikir apa yang dimaksudkan oleh Hijrah dengan’awak’. Lalu, ingatannya kemabli menangkap kejadian di tanah perkuburan bulan lepas.
            “Awak!” Ujarnya pula dengan gembira.
            “Nasib baik ingat. Kalau tak, malu saya kalau awak tak ingat.”
            “Sorry. Otak saya ni lambat sikit nak tangkap.”
            Hijrah hanya tersenyum. Kemudian dia tersedar hanya sejengkal saja jarak di antara dia dan lelaki itu. Dengan pantas dia melangkah setapak ke belakang menambahkan jarak di antara mereka. Lelaki itu juga menyedari khilafnya lalu dia juga beralih sikit dari tempatnya.
            “Eh, awak nak….” Lelaki itu menunjukkan ke arah Al-Quran di rak.
            “Ha’ah.” Hijrah mengangguk. “Awak pun nak…”
            “Yup!” Jawab lelaki itu pantas tanpa membiarkan Hijrah sempat menghabiskan soalannya.
            Kedua-dua mereka terus diam. Lelaki itu melihat Al-Quran itu sebelum mengalihkan pandngannya ke arah Hijrah.
            “You can have the Al-Quran.”
            “What? No!” Hijrah menolak sambil kepalanya menggeleng. “You should take the Al-Quran.”
            “No..no..It’s okey. I can buy other Al-Quran here.” Lelaki itu juga tak mahu beralah.
            Hijrah mengeluh kecil sambil tangan kanan membetulkan lipat tudungnya.
            “Awak ajelah yang ambil Al-Quran ni. Budi baik awak hari tu saya tak sempat balas lagi. Sekurang-kurangnya hari ni biarlah hati saya gembira sebab dapat balas balik budi baik awak pada saya.
            Awak ambillah Al-Quran ni. I really mean it!”
            Lelaki itu mengusap dagunya yang berjanggut nipis dan kemas itu. Kemudian dia menghelas nafas dengan perlahan-lahan.
            “Alright! I’ll take the Al-Quran.”
            Serta-merta Hijrah tersenyum.
            “Thank you so much.” Ucap lelaki tadi sambil memanggil pekerja di kedai itu untuk menolongnya mengambil Al-Quran yang di letakkan di rak.
            “Thank you again.”
            Hijrah menggeleng. “It’s nothing. In fact I’m so happy you take the Al-Quran.”
            Masing-masing tersenyum gembira. Dan ketika mata mereka bertentanganmasing-masing terus kelu untuk berkata-kata. Tiba-tiba saja Hijrah rasakan hatinya berdebar-debar apabila mata lelaki itu merenung ke dalam anak matanya. Lelaki itu juga tak tahu mengapa ada rasa resah gelisah apabila bertentangan mata dengan Hijrah. Perasaannya pada waktu itu sukar ditafsirkan kerana dia sendiri tak tahu apa yang sedang dirasanya pada saat itu.
            “Hijrah!”
            Panggilan Raudhah menyedarkan mereka berdua. Cepat-cepat Hijrah menoleh ke belakang lalu melihat Raudhah sedang berjalan merapatinya. Raudhah merenung pelik lelaki itu kemudian memandang Hijrah pula.
            “Kitorang berkenan Al-Quran yang sama.” Jawab Hijrah yang seakan-akan faham soalan yang berlegar-legar dalam kepala Raudhah.
            “Siapa yang dapat?” soal Raudhah.
            “Saya!” jawab lelaki itu sambil mengangkat tangan tinggi paras bahunya.
            “Habis tu kau tak nak cari yang lain ke?” Raudhah mengerling ke arah Hijrah.
            “Nak!” Pantas Hijrah menjawab.
            “Habis tu jomlah cari. Yang berdiri macam patung kat sini buat apa?”
            Hijrah tersengih. Sebelum berlalu pergi dari situ dia sempat menoleh ke arah lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sementara Hijrah pula mengangguk sedikit sambil berjalan meninggalkan lelaki itu sendirian.
*******************

MALAM  itu barulah dia dapat tidur lena. Kesemua hantaran sudah pun siap. Tinggal lagi kek dan barang makanan yang lain belum lagi diletakkan bersama-sama barang hantaran yang lain. Nanti waktu hari akad nikah barulah barang yang tak ada tu akan diletakkan sekali. Nanti kalau letak awal-awal jawabnya berkulatlah.
            Pintu biliknya ditolak perlahan. Dilihat Raudhah masuk sambil tersenyum. Dia membalas senyuman Raudhah sambil mengisyaratkan kepada Raudhah supaya baring di sebelahnya. Tudung yang dipakai oleh Raudhah dibuka lalu dicampakkan saja ke atas meja solek Hijrah.
            “Pemalas betullah anak dara sorang ni!”
            “Ahhh!” Jawab Raudhah dalam keletihan lalu terus menghempas tubuhnya ke atas katil. “Esok kalau rajin baru aku sangkut balik.”
            Hijrah ketawa kecil. Kalau rajin maknanya sampai bila-bilalah rajin tu takkan datang.
            Mereka berdua sama-sama menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan. Kedua-dua pasang mata itu memandang siling melihat kipas yang sedang berputar di atas mereka.
            “Thanks Raudhah sebab bersusah-payah tolong aku. Esok kau nak kena balik ke KL. Mesti kau penat kan. Sorry sangat-sagat tau kalau aku susahkan kau.”
            Laju sikunya mengena lengan Hijrah. Dan selaju kilat jugalah mulut Hijrah menjerit kesakitan.
            “Kau jangan nak mengada-ngada ek. Buat ayat sedih pulak malam-malam buta ni. Lagipun…nanti bila jodoh aku pulak sampai, aku kerjakan kau lagi teruk tau! Jangan ingat aku tolong ni free.”
            “Eeii..berkira!”
            “Yelah! Mana ada lagi benda free sekarang ni? Toilet pun bayar tau. Nak tengok ikan dalam akuarium pun bayar jugak tau macam kat Underwaterwold Langkawi tu.”
            “Yang gatal sangat pergi tengok kat situ buat apa? Datang je kat kampung aku ni. Aku siap boleh rendamkan kau terus dalam sungai tu kalau nak tengok ikan sangat!”
            Terus meledak keatwa Raudhah diikuti oleh Hijrah pula.
            “Hijrah?” Panggil Raudhah perlahan setelah ketawanya reda.
            “Yup?”
            “Kau betul ke nak kahwin ni? Dahlah kau tak kenal lelaki tu siapa? Gambar pun kau tak nak tengok?”
            Hijrah memusingkan kepala ke arah Raudhah. Raudhah juga memusingkan kepala menghadap Hijrah.
            “Aku dah buat solat istikharah dan memang petunjuknya kepada anak kawan ibu. Lagipun…aku percaya dengn pilihan ibu.
            Kalau kita kenal seseorang tu tak semestinya dia adalah yang terbaik untuk kita. Dan bukan juga kalau kita tak kenal seseorang tu maknanyadia tak baik untuk kita.”
            Raudhah mengangguk perlahan.
            “What happened with Razif…”
            “Sshhhh….” Hijrah meletakkan jari telunjuk di bibirnya memberi isyarat pada Raudhah supaya tidak meneruskan kata-katanya.
            “Nothing happened between us. And I’m very glad we’re just friend. Not more and not less.”
            Raudhah tersenyum nipis. Dia tahu kecewa yang disembunyikan oleh Hijrah, menyebabkan perasaan kasihan menerjah ke dalam hatinya.
            “Kau tahu kan aku sentiasa doakan setiap hari kau dikurniakan kebaikan dan kerahmatan dariapada Allah. Dan aku juga selalu berdoa moga suatu hari nanti kau akan bertemu dengan jodoh yang baik, soleh, sabar, bertanggungjawab dan beriman?”
            “Tahu…” Hijrah menagngguk sambil tersenyum. “Sebab aku pun selalu doakan perkara yang sama untuk kau.”
            Mereka berdua tersenyum ceria. Malam itu dihiasi dengan gelak tawa oleh kedua sahabat itu sehinggalah menjelang pagi. Pukul 2.30 pagi barulah mereka berdua terlelap.

*******************

HATINYA yang berdebar-debar sejak dari tiga hari lepas hinggalah sekarang. Rumahnya kini sudah pun dipenuhi dengan saudara-mara dan jiran tetangga. Hanya kawan-kawan yang terdekat saja dijemput bagi maraikan hari pernikahannya. Kawan-kawan yang lain dia jemput untuk menghadiri kenduri esok.
            “Ya Allah…kau ni. Asyik berpeluh daripada tadi.” Rungut Raudhah sambil mengesat peluh di dahi Hijrah. “Kau jangan keluarkan semua peluh tu, mak andam dah tak ada. Nanti siapa pulak nak make up kan kau balik kalau yang ni pun dah hancur?”
            “Panaslah!” Hijrah pula merungut.
            “Panas ke nervous?” Raudhah tersenyum nakal.
            Hijrah memukul lengan Raudhah. RAaudhah pula menyambutnya dengan ketawa besar.
            “Dah datang ke?”
            “Siapa? Tok Kadi ke Muharam?”
            Hijrah mencebik. Raudhah ni buat-buat tak tahu pula siapa yang dia maksudkan.
            Sekali lagi ketawa Raudhah kedengaran. “Baik Tok Kadi dengan Muharam, dua-dua belum datang lagi.”
            Raudhah duduk di sebelah Hijrah yang sedang cemas itu. Dipegang lembut tangan sahabatnya itu.
            “Don’t worry okey. I’ll always be here. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar.”
            “Thanks so much Raudhah.” Hijrah tersenyum lega.
            Hajah Rahmah yang tiba-tiba tersembul di muka pintu memeranjatkan mereka berdua.
            “Ibu, terkejut along tau.”
            “Saya pun mak cik. Nasib baik jantung saya tak terkeluar.”
            “Kalau keluar nanti mak cik masukkan balik.” Gurauan Puan Rahmah disambut dengan tawa Hijrah dan RAudhah.
            Puan Rahmah merapati anak sulongnya itu. Di pegang lembut dagu anaknya.
            “Hari ni anak ibu akan jadi seorang isteri. Ibu doakan rumah tangga yang bakal dibina akan sentiasa dirahmati oleh Allah. Ingat pesan ibu, jadi seorang isteri yang solehah. Bagi seorang isteri syurga itu adalah di bawah telapak kaki suami.”
            Tersentuh hati Hijrah di kala itu. Suara sayu ibunya menusuk kalbu. Air matanya menitis tanpa dapat di tahan lagi. Dengan pantas Raudhah mengelapnya.
            “Nak nangis pun tunggulah dah sarung cincin nanti cik kak oi~”
            Hijrah tersenyum.
            “Kak Mah.”
            Ketiga-tiga mereka menoleh ke arah pintu. Dilihat Puan Fauziah adik bongsu Puan Rahmah sedang berdiri sambil menyelak langsir.
            “Tok Kadi dengan rombongan lelaki dah sampai.”
            Membuntang mata Hijrah. Serta-merta dia rasa macam nak pitam. Darah terasa tersekat daripada mengalir. Air liur yang ditelan terasa berpasir. Puan Rahmah yang perasan perubahan pada wajah anaknya segera menenangkannya. Dia mengusap lembut belakang badan anaknya.
            “Ibu keluar dulu. Jangan risau, doa banyak-banyak kat Allah. Mohon pertolongan daripada Dia.”
            Kelu lidah untuk berkata-kata lantas dia hanya mengangguk. Sebaik saja Puan Rahmah dan Puan Fauziah hilang daripada pandangannya, dia terus memalingkan muka ke arah Raudhah.
            “Doa banyak-banyak Hijrah. Doa supaya perasaan cemas kau tu hilang.”
            Sekali lagi Hijrah mengangguk. Suasana riuh di rumahnya sejak daripada tiga hari lepas tiba-tiba bertukar sunyi. Semua yang berada di rumah itu diam tidak bersuara. Hijrah menggenggam erat tangan Raudhah.
            “Dah nak mulalah tu.” Raudah tersenyum.
            Dari dalam biliknya, dia dan Raudhah sayup-sayup mendengar bacaan akad nikah yang sedang berlangsung di ruang depan rumah. Hati berdebar-debar tidak terkata. Setiap saat dia berdoa kepada Allah memohon pertolongan daripada Nya. Setiap saat juga perasaan cemas semakin mguasai dirinya.
            Namun, biarpun begtu, telinganya sempat menangkap bakal suaminya melafazkan akad. Biarpun perlahan tapi, dia masih lagi boleh mendnegar setiap perkataan yang dilafazkan. Dengan sekali lafaz Hijrah akhirnya sah menjadi seorang isteri. Selepas doa dibaca, Raudhah cepat-cepat bangun dari duduknya apabila dia mendengar bunyi tapak kaki sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua. Dia berdiri di sudut bilik menanti penuh debar. Dia dan Hijrah sama-sama teruja ingin tahu bagaimanakah wajah lelaki itu.
            Sebaik saja langsir diselak, kakinya kaku di pintu. Tergamam dia apabila wajah isterinya. Hijrah yang dari tadi menunduk pantas mengangkat muka apabila terasa ada sesuatu yang lain. Di saat dia bertentang mata dengan suaninya, terus raut wajahnya berubah.
            “Angah? Kenapa tercegat je kat sini? Pergilah masuk?”
            Muharam mengangguk-angguk kepada emaknya. Dia berjalan perlahan-lahan lalu duduk di sisi Hijrah. Mereka yang lain yang turut berada di situ tersneyum gembira melihat upacara pembatalan air sembahyang yang bakal berlangsung. Ada yang memuji mengatakan mereka adalah pasangan yang secocok. Tidak kurang ada juga suara yang bergurau untuk memeriahkan suasana. Yang memegang kamera tak henti-henti daripada menangkap gambar pada hari yang bersejarah itu.
            Tangan kanan Hijrah di pegang lembut. Dia malu dengan Hijrah kerana tak dapat nak sorokkan bahawa dia juga sedang cemas. Mana taknya, tangan Muharam yang sedang menggigil itulah yang sedang memegang tangan Hijrah. Sementara itu, Hijrah juga berasa malu terhadap Muharam kerana tangannya yang sedang sejuk mengalahkan ais. Mesti Muharam tahu yang dia sedang cemas waktu itu.
            Dengan lafaz Bismillah, perlahan-lahan Muharam menyarungkan cincin emas bertakhtakan berlian di jari manis Hijrah. Semua hadirin yang hadir bersorak gembira. Jurugambar professional dan juga amatur berebut-rebut memancarkan flash ke arah pasangan yang itu. Puan Rahmah dan Puan Najwa berpelukan sambil menangis kegembiraan. Raudhah juga turut menyertai mereka berdua. Berkali-kali dia mengesat air mata yang mengalir.
            Hijrah mencium tangan suaminya dengan penuh hormat. Kepalanya diangkat perlahan lalu mereka bertentangan mata.
            “Cium dahi isteri tu angah.” Suara emaknya kedengaran di telinga.
            Muka Hijrah sudah bertukar warna. Daripada kulitnya yang putih melepak bertukar kepada merah padam kerana malu. Dia rasa sungguuuuh malu pada saat itu.
            “Cepatlah angah.” Gesa emaknya lagi.
            Pada awalnya Muharam teragak-agak. Tapi setelah digesa oleh ibunya, ibu mertuanya dan para tetamu yang lain, maka dia pun menyentuh lembut dagu Hijrah. Hirah dongakkan sedikit kepala memandang suaminya. Perlahan-lahan Muharam merapatkan bibirnya ke dahi Hijrah. Sebaik saja bibirnya menyentuh dahi Hijrah, suasana terus bertukar menjadi gamat. Keadaan di waktu itu bertambah meriah.
            Muharam dan Hijrah memandang sekeliling. Lama-kelamaan mereka berdua turut tersenyum gembira di hari yang berbahagia itu.

******************

HIJRAH melihat surah Yasin yang sedang terusun rapi di almari kayu itu. Dia melihat di atas meja soleknya. Di situ dia letakkan Al-Quran yang menjadi hantaran daripada pihak suaminya. Dia tersenyum seorang diri apabila teringat kejadian tempoh hari. Di ambil Al-Quran itu lalu di letakkan bersama-sama surah Yasin.
Pintu bliknya di ketuk lalu dia pun cepat-cepat menyarungkan tudung di kepala. “Masuk.” Arahnya.
Pintu bilik dibuka perlahan. Muharam mulakan kaki kanan melangkah ke dalam bilik isterinya itu.
“Assalamualaikum.” Dia memberi salam sambil tersenyum.
“Waalaikumussalam.” Jawab Hijrah pula.
Masing-masing diam tidak tahu macam mana nak mulakan perbualan. Muharam berjalan merapati isterinya yang sedang berdiri berhampiran almari lama. Di situlah tersusunnya Al-Quran, Surah Yasin, buku-buku bacaan doa dan zkir dan juga buku-buku agama.
“Jadi milik awak juga akhirnya Al-Quran awak tu. Murah rezeki awak.”
Hijrah ketawa sedikit.
“Terima kasih. Untuk Surah Yasin dan juga…Al-Quran tu.”
Muharam mengangguk senyum.
“Saya ada benda nak cakap dengan awak.”
Hijrah mengangkat kening.
“Waktu kat kubur hari tu, saya ziarah kubur arwah…”
“Saya tahu.” Potong Hijrah. “Ibu dah ceritakan semuanya pada saya.”
Sekali lagi Muharam mengangguk. Dia memberanikan diri memegang kedua-dua tangan Hijrah. Dipegang erat tangan isterinya itu. Hijrah yang terkejut dengan tindakan suaminya itu hanya mendiamkan diri saja kerana suaminya berhak melakukan apa saja ke atas dirinya. Hijrah menundukkan kepalanya kerana malu.
“Tolong pandang muka saya.” Pinta Muharam.
Takut-takut Hijrah mengangkat kepalanya Mereka berdua berdiri sambil bertentang mata. Muharam merenung dalam ke dalam anak Hijrah.
“Saya nak awak tahu, di saat awak sudi terima saya menjadi suami, waktu itu saya telah padamkan perasaan cinta saya pada arwah tunang saya. Di saat itu juga saya sudah mula menyemai benih-benih cinta untuk awak biarpun saya tak mengenali dan tak pernah tengok gambar awak.
Saya sudah berjanji pada diri saya bahawa saya akan menjadi seorang suami yang akan mencintai awak sepenuh hati. Saya akan menajaga awak sebaik-baiknya. Saya akan melindungi awak selagi kudrat saya masih ada dan selagi diri saya masih bernyawa. Saya sudah menyemai benih cinta saya kepada awak. Dan sekarang ini saya akan mebuatkan benih itu bercambah lalu tumbuh dengan suburnya.
Saya mahu dirikan keluarga bahagia bersama-sama awak dan Insya Allah, kita akan dikurniakan anak yang ramai.” Lafaz Muharam seikhlas hati.
Setitis demi setitis air matanya mula membasahi pipi. Dia mencium kedua-dua tangan Muharam dengan penuh kasih.
“Segala milik saya adalah milik awak. Dan saya akan berusaha menjadi seorang isteri yang solehah dan taat kepada awak. Dan saya juga…mencintai awak.”
Terus dirangkul tubuh Hijrah ke dalam pelukannya. Semakin lama semakin erat pelukan mereka berdua.
Doa Muharam di dalam hati, “Ya Allah, tiada apa lagi yang paling menggembirakan aku selain daripadaEngkau kurniakan aku sebaik-baik wanita menjadi isteriku.”
“Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan lelaki ini menjadi suamiku. Maha Suci Mu Ya Allah….” Hijrah berdoa di dalam hati.
Muharam melepaskan pelukan. Perlahan-lahan dia membuka tudung yang menutup mahkota isterinya. Hijrah hanya membiarkannya saja sambil memejam mata. Dia letakkan tudung itu ke atas lantai kemudian dengan penuh kahis dia mengucup dahi pipi isteri yang tercinta.
“Sudah lama aku menunggu seseorang seperti dikau bagi mengisi kekosongan di hati ini…”
“Sudah lama aku menanti insan seperti dikau bagi menduduki takhta di hati ini…”
 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree