Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Teringat zaman sekolah dulu-dulu...berarak selawat ramai-ramai..keliling kampung..tp skrg...aktiviti tuh dh mcm xderz..
:(

Monday, February 14, 2011

WHAT GOES AROUND COMES AROUND....

GELANGGANG badminton pada petang itu penuh lebih awal daripada biasa. Una melihat jam di tangan sambil melepaskan keluhan.
            “Nampaknya hari ni kita jadi penonton jelah.” Keluhnya seraya memandang Didi, Cho-in dan Nad.
            Mereka berempat saling berbalas pandangan kemudian berjalan lemah menuju ke tempat penonton.
            “Kenapa ramai sangat orang ek hari ni?” Soal Nad sambil menghempaskan punggung di kerusi.
            “Tau takpe. Baru pukul 5.10. Selalu time-time macam ni muka kita je yang ada kat sini. Hari ni tetibe sume orang datang awal pulak?” Sampuk Cho-in.
            “Dah takde rezeki kita nak main hari nak buat macam mana? Biarlah wei, kita pun dah selalu sangat conquer court ni. Sekali-sekala bagi orang lain pulak main.”
            Didi melentokkan kepalanya di bahu Una. “You’re right!”
            Una tersenyum sambil mengusap-usap lembut kepala Didi.
            Pelan-pelan sikit usap tu, keremot tudung aku tu nanti.”
            “Eleh, keremot pun bukan ada beza pun.” Cho-in mencelah.
            “Dengki!” Didi mencebik sambil mengangkat kepala. Una pula hanya ketawa kecil.
            Tangan Nad yang bermain baling-baling botol air segera berhenti. Dia melihat ke arah mereka bertiga di sebelah. Sah dia dah bosan.
“Aaaah….kita nak buat apa ni wei? Takkan nak lepak macam ni je kot?”
“Nak pergi mana lagi? Squash pun penuh. Tennis kena booking dulu. Nak pergi mana je pun kat ‘u’ ni?”
Una mengangguk-angguk setuju dengan Cho-in.
“Kita jogging jelah. Nak tak?” Una beri cadangan.
Didi mengeluh. “Aku kalau bab-baba jogging ni memanglah tersangat malasnya.”
“Aku pun.” Cho-in menambah.
“Habis tu? Nak pergi mana lagi? Balik kolej? Lagilah boring!”
“Hai korrrangggg~”
Keempat-empat pasang mata menoleh ke arah suara yang menegur. Jarak jauh sikit dari mereka kelihatan Yaya sedang berjalan menju ke arah mereka bersama-sama dengan Tini.
Udah datang Melodi bergerak. Kalau kita cabut awal sikit takdelah kita tersangkut dengan Melodi bergerak ni.”
Una menyiku lengan Nad sambil ketawa. “Tak baiklah cakap dia macam tu.”
“Betul apa kata Nad tu. Macam kau tak tau je perangai Yaya tu Una. Mana-mana dia pergi ada aje ceritanya. Dhalah semua cerita dia tu pasal orang lain. Entah betul entah tidak cerita tu.”
Nad mengangkat tangan tanda nak High Five dengan Didi. Dengan Cho-in sekali tumpang sekaki.
“Amboi~ seronok betul korang bertepuk tangan ni Tak nak share dengan aku ke kenapa?”
Tanpa dijemput Yaya dengan muka tak malunya duduk sekali dengan mereka berempat sambil tersengih. Tini juga tak payah suruh terus menyibuk sekali dengan mereka.
Muka Nad, Didi dan Cho-in dah mula berubah. Nad yang paling ketara sekali.
“Baru lepas mengumpat kau!” Lantang Nad berusara. Didi dan Cho-in melepskan tawa sementara Una hanya tersenyum
Yaya membuntangkan mata. “Tak baik tau ngumpat aku. Dosa! Kan Tini kan?”
Tini di sebelah hanya mengangguk-angguk. “Betul, betul! Dosa!”
Didi buat muka menyampah. “Yelah, minta maaf.”
“Ikhlas ke tak ni?” Yaya tersengih mengada.
“Ikhlassssss…..”
Yaya ketawa mengekek. “Aku maafkan.”
“Aku pun maafkan jugak!” Sampuk Tini.
Serentak Nad, Didi dan Cho-in mengalihkan mata ke arahnya. Pehal pulak minah sorang ni?
Yaya menyiku Tini sambil mengetap bibir. “Jangan menyampuklah!”
Pantas Tini menundukkan kepala. Una yang simpati dengan Tini yang selalu dibuli oleh Yaya cepat-cepat mengubah topik. Dia tak mahu Tini dimalukan di hadapannya dan juga mereka yang lain.
“Korang nak main badminton jugak ke? Kalau ye, tak dapatlah sebab court penuhlah hari ni.”
“Una! Kau ingat aku dengan Tini ni rajin sangat ke nak berlari kejar shuttle cock tu? Tak kuasa aku! Buat lenguh kaki je.”
“Habis tu, dah tahu tak nak main, yang kau menyibuk kat court ni kenapa?” Cho-in membalas geram. Geram dengan lagak mengada-ngada Yaya tu.
“Aku datang nak tengok tuuuuu…” Dia menjuihkan bibir ke tengah court.
Serentak empat sekawan itu menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh Yaya. Masing-masing panjangkan leher melihat ke tengah court. Kemudian mata melilau-lilau cari siapa yang dimaksudkan oleh Yaya.
Nad memalingkan muka ke arah Yaya sambil mengerutkan dahi. “Kau cari siapa sebenarnya ni? Bukannya seketul dua orang yang tengah main kat court tu!”
Yaya mengeluh lalu diangkat jari telunjuknya. “Tuuu…nampak tu? Yang pakai baju orange seluar track hitam topi putih tu?”
Sekali lagi Nad menoleh ke arah court diikuti oleh Una, Didi dan Cho-in
“Siapa tu?”Soal Una.
“La..korang tak tau ke dia tu siapa?”
Mereka berempat menjungkit bahu tanda tak tahu.
Yaya menepuk dahi. “Apalah korang ni. Nama je duduk satu ‘u’, satu kolej, tapi macam mana boleh tak tahu. Budak tu bukan main famous lagi sekarang. Tambah-tambah lagi cerita pasal…”
“Yaya, okeylah. Nanti kita jumpa lagi ek? Kitorang nak balik kolej dah ni.” Cepat-cepat Una memotong sambil bangun dari duduknya.
“Eh, cepatnya nak balik?” Yaya mengerutkan dahi.
“Lagi cepat lagi bagus.” Jawab Nad pula seraya bangun diikuti oleh Didi dan Cho-in.
“Korang tak nak dengar ke cerita aku ni? Mukaddimah pun aku tak mula lagi ni.”
“Simpan ajelah cerita kau tu Yaya. Daripada kitorang dengar kau bercerita baiklah aku dengar katak menyanyi panggil hujan.” Dengan selamba Nad berkata.
Didi dan Cho-in hanya ketawa.
“Pergi dulu Yaya, Tini. Assalamualaikum.” Ucap Una lembut sebelum pergi diikuti mereka bertiga yang lain.
Yaya hanya memerhatikan keempat-empat mereka pergi menuju keluar dari situ.
“Eleh, takde korang pun aku boleh jual cerita aku ni kat orang lainlah.” Dia mencebik.
“Jom Tini. Aku dah nampak sasaran mudah nak jual cerita sensasi aku ni.”
Tini membetulkan cermin matanya. “Mana Yaya?”
“Tuuuu…” Dia menjuihkan bibir lantas bangun menuju ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang saja-saja duduk menjadi penonton.

NAD melambai-lambaikan tangan ke arah Una, Didi dan Cho-in sebaik saja melihat mereka yang sedang bergelut melepaskan diri dari kesesakan manusia di kafeteria. Cho-in yang terlihat lambaian Nad, cepat-cepat menarik Una dan Didi supaya mengikutnya.
            “Mencabar betul hidup kat ‘u’ ni. Nak cari sesuap nasi pun macam nak pergi berperang.” Cho-in melepaskan keluhan.
            “Kira bersyukurlah ada sesuap nasi. Orang lain seketul nasi pun belum tentu dapat tau. Lagi satu, kira nasib baiklah kita dapat makan kat sini daripada orang lain belum tentu lagi ada tempat nak makan.”
            Cho-in tersengih. “Huhuhu…saya dah insaf ustazah.”
            Una ketawa kecil. “Mana pulak aku ni ustazah. Terang-terang dah aku amik Engineering kat sini.”
            “Kau kenapa ni Nad?” Tegur Didi apabila melihat muka Nad yang masam mengalahkan ikan masak asam.
            “Tu ha..kornag tengok kat sana tu.”
            Serentak mereka bertiga melihat ke sebelah.
            Didi mengeluh sambil mengalihkan pandangannya semula ke arah Nad. “Dah berapa lama dia buat projek kat situ?”
            Nad menjungkit bahu. “Aku datang-datang tadi dia dah ada kat situ.”
            “Tu takde kerja lain tengah sibuk bercerita pasal oranglah tu.”
            “CIk Kak! Tak baik cakap macam tu tau. Kita dengan dia jarak bukan main lagi jauhnya. Bukannya kita dengar pun dia cakap apa kat meja sana tu. Entah-entah diorang tengah discuss pasal assignment ke?”
            “Una…setahu aku orang perempuan ni kalau berkumpul ramai-ramai macam kat sana tu ada 1 sebab je. Sebabnya…”
            “Nad!” Una memotong. “Kalau kau teruskan apa yang kau nak cakap tu, maknanya kita ni pun sama je tau. Tu pun dah dikira mengumpat. Lagi teruk kalau yang kita cakap tu tak betul boleh jadi fitnah tau.”
            Nad mengeluh. “Aku tau.” Ujarnya perlahan. “Just aku tak faham kenapalah manusia ni tak boleh nak fikir. Kalau kita tak tau cerita tu betul ke salah, tak payahlah nak buat assumption membabi buta.
            Benda-benda macam ni kalau dah tak terkawal silap haribulan ada yang terasa hati tau. Lepas tu mulalah perang sesama sendiri. Orang perempuan takde benda lain kang mesti pulaukan orang yang kena umpat a.k.a fitnah. Pada hal benda yang diorang dengar tu entah betul entah tidak.”
            “Betullah. Kadang-kadang aku pun tak faham mentaliti sesetengah manusia ni. Cepat sangat setuju dengan sesuatu cerita tu tanpa selidik dalam-dalam dulu.” Cho-in menambah.
            “Sebab tulah pentingnya ilmu dan doa. Sentiasa doa kepada Allah tunjukkan kita ke jalan yang benar dan elakkan diri kita ni dari terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan dan kemungkaran. Jauhkan kita dari segala perkara yang boleh mendatangkan dosa pada kita.
            Dan yang paling penting, kalau dah hidup dalam berkumpulan macam ni, jangan lupa nasihat sesama sendiri. Kalau ada member-member yang macam nak hanyut je, cepat-cepat kita betulkan. Janganlah kita pun join sekali. Last-last satu group tu hancur.”
            Mereka bertiga diam mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Una. Tidak ada yang membangkang kerana betul apa yang dikatanya.
            “Haaaiiih….mintak-mintaklah kita semua ni dijauhkan dari segala perkara-perkara yang buruk dan dilindungi Allah daripada segala maksiat.”
            “Aminnnn!!!!!” Sahut Una, Nad dan Didi serentak.

UNA bersiap-siap untuk keluar dari dewan kuliah bersama-sama para pelajar yang lain. Baru dia hendak bangun dari kerusi, sempat telinganya menangkap geng-geng Jaja bersembang. Bukan niat dia nak menyibuk apatah lagi nak jaga tepi kain orang, tapi telinganya yang tak sengaja terdengar. Dia ingat nak angkat kaki je, malas nak ambik pusing dengan celoteh Jaja and The geng, tapi tak jadi.
            “Jaja, itu ke budak yang Yaya cerita tu?”
            “A’ah. Dialah yang ada affair dengan Prof Arifin.”
            “Cis! Patutlah semedang je test markah tinggi melambung. Ada scandal rupanya.”
            “Hah! Kan Prof suruh buat partner assignment. Aku ingat nak buat dengan dialah. Dapat markah tinggi. He..he..he..”
            “Huh! Aku rela fail daripada belajar tak berkat! Bairlah Prof nak bagi aku kosong pun, janji aku tak buat maksiat dengan student ataupun lecurer!”
            Terangkat kening Una. Dalam hati tak henti-henti daripada istighfar. Lantas dia menoleh ke belakang.
            “Korang, tak baiklah cakap macam tu.”
            Jaja angkat kening sambil senyum mengejek.
            “Kau pehal pulak ni Una? Tetibe je masuk tak bagi salam?”
            Una tersenyum nipis.
            “Sorry. Aku terdengar korang cakap-cakap tadi. Tak eloklah kita buruk sangka kat orang. Lagipun kita bukannya kenal sangat pun dengan budak tu.”
            “Una, kau jangan menyibuk boleh? Mulut ni kitornag punya. Suka hatilah nak cakap apa pun! Dahlah wei. Jom blah!”
            Jaja and The Geng bangun serentak. Masing-masing menjeling dan ada yang mengata Una sambil berlalu dari situ.
            “Membebel mengalahkan ustazah aku!” Tengking Jaja.
            Una masih lagi tersenyum. Tipulah kalau dia kata tak terasa hati dengan sikap Jaja and The Geng, tapi salah dia juga yang tak pasal-pasal menyampuk orang tengah bercakap.
            Una mengeluh seraya mengalihkan pandangan ke arah pelajar perempuan tadi. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke arahnya.
            “Assalamualaikum.”
            Dia mengangkat muka. “Waalaikumussalam.”
            “Una.” Dia menghulur tangan.
            “Tasya.” Dia menyambut huluran salam.
            “Dah ada partner untuk assignment?”
            Dia menggeleng lemah. “Obviously, all the female students in this class tak nak jadi partner saya.”
            Una tersenyum nipis. “Saya pun takde partner lagi. So, how about you and me?”
            Tasya mula tersenyum. Jelas wajahnya yang mendung tadi mula berubah.
            Takpe ke saya jadi partner awak?”
            “Eh, kenapa pulak?”
            “Saya…ada dengar rumors. Pasal saya. Saya rasa sebab tu kot ramai yang dah mula pandang serong kat saya. Awak tak dengar ke pasal rumors tu?”
            Una mengambil tempat duduk di hadapan Tasya.
            “Nama pun rumors kan?” ujarnya lembut sambil tersenyum manis.
            “Saya tak tahulah macam mana boleh mulanya cerita pasal scandal tu. Silap saya jugak sebab datang bilik prof time tu tengah takde orang. Kebetulan pulak saya datang bilik dia waktu malam.”
            “Malam?” soal Una terkejut.
            TAsya menagngguk lemah. “Waktu tu saya ada kelas malam, Prof pun sama. Saya pulak nak tanya pasal assignment. So, dah alang-alang prof ajak discuss kat bilik dia lepas kuliah. Tapi waktu tu pintu memang terbukak luas. Agaknya orang yang nampak tu terlupa pasal pintu tu.”
            Una mengangguk-angguk. “Kalau dah tak ada apa-apa yang jadi, baguslah. Next time, kena beringat. Jangan buat lagi macam tu. Kita ni perempuan, Senang sangat nak jadi bahan fitnah orang.
            Janji awak tak buat apa yang orang lain cakap pasal keburukan awak. Saya nasihatkan awak bersabar jelah. Dan kalau ada orang yang nak mendnegar awak berilah penjelasan. Ceritakan apa yang betul. Dan bagi diorang yang tak nak dengar tu, awak redha ajelah. Sebab Allah tu Maha Adil. Esok lusa orang yang buat salah tu pasti kena balasan.”
            Tersenyum lebar Tasya mendengar nasihat Una. Hatinya yang daripada tadi sentiasa risau dan sedih, dan fikirannya yang setiap masa berserabut mula beransur-ansur lega dan tenang. Di saat ini. Dia betul-betul bersyukur berjumpa dengan Una.
            Dia tahu Una sekuliah dengannya, tapi mereka tak pernah bertegur sapa. Setakat bertukar-tukar senyuman aje. Tak disangka orang luar yang paling tak dikenalinya hadir dalam hidup memberikan sokongan dan dorongan sementara kawan-kawannya yang konon-konon mengaku best friend tinggalkan dia terkontang-kanting serang diri.
            Sungguh dia tak percaya kawan-kawannya terus meninggalkan dia tanpa memberikannya peluang untuk membela diri. Begitulah hebatnya mulut manusia. Dan begitu cepat juga manusia berubah diri.

TUALA yang disangkut diambil untuk dibawa ke bilik air. Barang-barang mandinya juga dibawa sekali.
            “Cho-in, mau mandi ka?”
            Cho-in geleng. “Aku mau layan blues dulu.”
            Nad ketawa sebelum hilang menuju ke bilik air.
            “Nad!!!”
            Pantas langkahnya terhenti. Tak perlu menoleh dia dah tahu suara siapa yang memanggil.
            “Nad. Aku panggil kenapa tak jawab?”
            “Malas aku!” jawab Nad selamba sebaik saja Yaya sudah berdiri di depannya. Tini macam biasa ada je dia  kat sebelah Yaya.
            “Eh, kau tahu tak budak nama Syakirah?”
            Nad menjungkit bahu.
            “Ala…kau ni budak level sendiri pun takkan tak kenal?” Yaya mencebik.
            Malas Nad mahu layan dia pun terus berlalu meninggalkan Yaya yang terkebil-kebil di situ. Baik aku blah kang silap haribulan nak aje aku debik minah sorang ni.
            “Nad!! Nad!! Naaadd!!!!!”
            Tapi Nad buat tak layan. Terus dia menuju ke bilik air. Masuk saja ke bilik air. Dia terus masuk ke dalam bilik mandi. Air pancut di buka lalu dia pun mandi berkemban. Sedang dia seronok-seronok main air sambil dalam hati menyanyi lagu korea dari kumpulan After School, tiba-tiba telinganya menjadi besar macam telinga gajah.
            “Eh, eh korang kenal tak budak nama Syakirah?”
            Berkerut seribu dahi Nad. Yaya? Getusnya di dalam hati.
            “Syakirah budak Marketing ke?” soal seorang yang lain yang ada di situ.
            “A’ah!” bersungguh-sungguh Yaya mengangguk. “Yang itulah. Kenal tak?”
            “Apa pulak tak kenal. Kitorang satu course.”
            “La….yeke? Korang tau tak yang dia tu pernah kena tangkap basah dengan boyfriend dia?”
            Nad mengetap bibir. Dia dah mulalah tu.
            “Hah! Biar betul? Err…sebelum tu nak tanya, awak ni siapa?”
            Yaya tersengih. “Saya Yaya. Tapi siapa saya tak penting. Yang penting ni cerita pasal kawan awak tu.
            Dia kan sok..sek..sok..sek..lepas tu kan…sok..sek..sok..sek… Boyfriend dia pulak sok..sek..sok…sek… Sampailah pencegah maksiat datang…sok..sek..sok..sek..”
            Hati Nad yang dari panas terus jadi menggelegak. Terus dibuka pintu bilik mandinya dengan kasar.
            “Yaya! Kau keluar daripada sini sekarang!” Tengkingnya.
            Terkejut badak Yaya dibuatnya. Tini pulak cepat-cepat menyorok di belakang Yaya. Diraba jantungnya dan nasib baik, jantungnya masih ada lagi. Ingatkan dah selamat gugur ke lantai.
            “La…Nad? Kau kat sini rupanya. Kau dengar tak apa aku cerita kat budak-budak ni tadi? Kalau tak dengar aku boleh ceritkan lagi sekali.”
            “Kau tak dengar ke apa yang aku cakap tadi?” Suara Nad masih lagi tinggi. “Aku suruh kau keluar kan? Pehal kau duduk kat sini lagi?”
            Ala..Nad. Aku bukan apa, aku just..”
            “Keluar!!!”
            Terkedu Yaya dan Tini. Sementara dua orang pelajar perempuan tadi awal-awal lagi dah cabut.
            Yaya tak ada pilihan terpaksa menurut saja walaupun dalam hati tak rela. Dia terpaksa keluar sebab sebenarnya dia pun tengah takut dengan Nad. Tak pernah dia tengok Nad marah-marah macam ni.
            Tini tak payah cakaplah. Awal-awal lagi dia sedut ubat athma dia tu. Semput sebab takut sangat dengan Nad.

UNA hanya dapat mengeluh sementara Cho-in dan Didi masing-masing dah mula rasa marah dengar cerita dari Nad pasal incident katbilik air petang tadi.
            “Apa punya oranglah Yaya tu! Kalau aku ada tadi Nad memang aku sepak je mulut dia tu!”
            “Jangankan kau Cho-in aku pun tadi kalau nak diiikutkan hati memang nak kasi pelempang je kat dia!.”
            “Eeeiii..aku tak pernah jumpalah orang macam Yaya tu. Ni first time aku jumpa.” Didi pula menambah.
            “Bukannya kita tak pernah nasihat si Yaya tu, pernah. Banyak kali pun. Tapi….entahlah.” Una menjungkit bahu. Dia sendiri dah mati akal nak buat apa dengan Yaya.
            “Banyak kesannya tau perbuatan Yaya tu. Kalau kesan yang baik takpelah jugak, ni sah-sahlah kesan buruk. Tak pasal-pasal hidup orang punah dikerjanya.”
            “Aku percaya, nanti lambat-laun Allah mesti balas jugak perbuatan dia tu.”
            Mereka bertiga mengangguk setuju.
            “Dahlah la wei. Daripada duk bercakap pasal dia jom makan maggi nak?” Una senyum lebar sambil mengajak mereka bertga.
            “Una buatkan boleh?” Cho-in buat-buat suara manja.
            “Nak Una buatkan jugak….” Didi pun sama naik manjanya.
            “Aku pun sama jugak…” Nad pun join sekali.
            “Pleaseeeeeee….” Serentak mereka bertiga memujuk.
            “Yelah, yelah. Aku buatkan dalam tuppeware besar punya!”
            “Caaaaaayang kau lebih!”
            “Iyalah tu!”
            Una mencebk kemudian dia sendiri ketawa bersama-sam mereka bertiga yang lain.

HARI-HARI yang berlalu dirasakan begitu sekejap. Pejam celik, pejam celik semester kali ini hampir menuju ke akhirnya. Tapi, nak sampai akhir yang payah tu. Kena ada exam pulak. Buku pun tak bukak-bukak lagi.
            “Wei, malas nak baca ni.” Ujar Didi seraya membaringkan dirinya di atas lantai. Kepalanya elok saja diletakkan di atas paha Una.
            “Aku pun sama!!!! Waargh!!!!” Cho-in pula menyampuk. Buku rujukan yang konon-konon dijadikan sebagai rujukan penuh sudah dengan contengan segala macam kartun. Boleh diakatakan setiap ruang kosong yang ada mesti ada gambar kartun.
            “Otak aku pun dah tepu dah ni.” Nad melunjrkan kakinya sambil menggeliat. Kepalanya digerak-gerakkan ke kiri dan kanan bagi menghilangkan lenguh.
            Una yang dari tadi menumpukan perhatian ke atas nota-notanya juga mula mngangkat muka. Matanya juga dah letih dan otaknya juga mahu berehat. Tengkuknya dipicit-picit sambil menghela nafas lega.
            “Wei, korang ada dengar tak pasal Yaya?”
            Cho-in memandang Didi. “Aku ada dengar gak.”
            “Pasal apa?” Nad mengangkat kening. Una pula serius memandang Didi.
            “Budak-budak yang satu kuliah dengan aku dan dia dah mula gossip pasal dia. Aku tengok sejak minggu lepas dia asyik sesorang dia je. Tini pun dah join group lain sekarang ni.”
            “Aik? Kenapa pulak macam tu? Selalu aku tengok mana ada Yaya di situlah orang ramai berkumpul.”
            “Sekarang ni dah terbalik Una. Mana ada Yaya di situlah orang semua nak lari.”
            “Kenapa wei?”
            “Aku dengar-dengar cerita yang diorang semua dah tau yang gossip Yaya selalu ceritakan tak betul Dia tipu.”
            “A’ah! Aku pun dengar cerita yang sama jugak. Ada budak yang satu kolej dengan dia merangkap satu kelab dengan aku ceritakan benda yang sama.” Tambah Cho-in.
            Una melepaskan nafas dengan berat. Nad pula hanya menjungkit bahu. Sementara Didi melemparkan pandangan ke siling dan Cho-in tak cukup dengan mencoteng kartun di bukunya dia beralih pula ke buku rujukan Didi. Seketika suasana bertukar sepi.
            “Bertuah punya budak!” Sergah Didi tiba-tiba seraya bangun dari baringnya. “Habis buku aku jadi mangsa!”
            Cho-in hanya tersengih dengan muka tak bersalah sambil menolak buku rujukan itu kepada Didi. “Cantik tak? Aku lukis khas untuk kau.”
            Didi bercekak pinggang dengan mata terbuntang memandang wajah baru bukunya. “Aku debik kau kang!”
            “Tolong debik bagi pihak aku sekali. Hari tu dalam kuliah aku tidur, selamba badak dia je lukis kartun kat notes aku.” Nad menyampuk.
            Una menjenguk ke buku rujukan Didi lalu ketawa.
            “Aku rasa cukuplah sampai sini kita study. Nampak sangat otak masing-masing dah jadi senget.”
            Mereka yang lain mengangguk-angguk. Sambil menutup buku masng-masing serentak mengucapkan, “Sadaqallahula’zim…………………”

SEDANG berjalan menuju ke perpustakaan, dia terlihat Yaya yang sedang berlari menuju keluar dari situ. Dari jauh dia lihat Yaya macam sedang menangis. Tanpa fikir panjang dia terus berlari mengikut Yaya dari belakang.
            “Yaya!” Jeritnya.
            Terus Yaya berhenti lalu perlahan-lahan menoleh ke belakang. Membuntang mata Una apabila melihat wajah Yaya yang kusam, matanya yang merah kerana menangis serta air mata yang tak henti-henti mengalir. Cepat-cepat Una berjalan menghampirinya.
            “Yaya? Kenapa ni?” soalnya sejurus berdiri di depan Yaya.
            Yaya tak menjawab sebaliknya esak tangis semakin kuat. Malu Una dibuatnya kerana orang yang lalu-lalang sedang memerhatikan mereka. Cepat-cepat Una menarik Yaya ke bawah sepohon pokok teduh yang kebetulan berada di situ. Sekurang-kurangnya dapat jugaklah dia dan Yaya megelak daripada ditenung orang macam tadi.
            “Yaya, kenapa menangis ni?”
            “U..U..Una…”
            Una mengangkat kening. “Kenapa ni Yaya?” Soal Una lembut.
            “Semua orang mengata aku macam-macam. Dalam library pun sama. Aku sedih snagat Una.” Ujarnya dalam keesakan.
            Una mengeluh kecil.
            “Sekarang dah study week, tapi aku satu benda pun tak study lagi. Bukan tak nak study, tapi tak boleh study dengan keadaan sekarang. Mana-mana pergi je mesti ada orang mngumpat. Tadi kat library pun macma tu jugak.
            Aku dah tak tahan lagi Una. Tini pun dah tak nak kawan dengan aku lagi. Dia pun sama naik dengan orang lain seronok mengata aku” Tambahnya lagi tersedu-sedan.
            Lembut bahunya disentuh. Kemudian Una menghulurkan beberapa helai tisu kepadanya.
            “Yaya…aku  rasa kau sendiri tahu kan kenapa benda ni jadi kat kau?”
            Perlahan-lahan Yaya mengangguk.
            “Aku tau sebab aku selalu mengumpat pasal orang lain. Tapi…tapi… bila dah kena macma ni, serik dahlah aku. Aku janji tak buat lagi, tapi orang lain semuanya macam…macam…”
            “Yaya…bukan senang kita nak betulkan apa yang silap. Tapi, jangan sekali-kali putus asa. Dan yang paling penting kembali kepada Nya. Doa setiap hari mohon kemapunan. Dan juga minta maaf balik dengan orang lain yang kita pernah buat silap.”
            “Tapi, Una…susah betul nak buat bend tu semua. Lagi-lagi semua orang dah pandnag lain kat aku.”
            “Mana ada benda yang senang dalam dunia ni. Kalau kita nak kan sesuatu, kita kena berusaha. Nabi dulu pun ank sebarkan Islam bukannya macam makan kacang. Siap kena berperang lagi tau.
            Yaya, sekarang ni apa yang penting kau mohon ampun kat Allah dan terus kuatkan semangat untuk berubah. Jangan risau, kalau boleh aku tolong, aku akan tolong. Dan aku akan sokong kau untuk menuju kea rah kebaikan macma sekarang ni.”
            Semakin laju air amtanya mengalir. Sebak hatinya mendnegar kata-kata yang keluar dari mulut Una. Tak snagka dalam banyak-banyak orang kepada Una jugalah dia akan pergi. Sedangkan Tini? Awal-awal lagi dah tinggalkan dia. Dan Tini jugalah orang yang paling seronok sekali mencanang cerita pasalnya.
            Sekali lagi Una menghulurkan tisu kepada Yaya.
            “Aku, Nad, Cho-in dengan Didi selalu buat study group. Kadang-kadang kat bilik Nad dengan Cho-in, kadang-kadang kat bilik aku dengan Didi. Tapi malam ni kat bilik aku dengan Didi. Kalau kau nak join, bolehlah datang kat bilik aku malam ni. Lepas Isya’.”
            Yaya mengangkat muka melihat Una. Pandangannya tepat dihalakan ke wajah gadis itu.
            “Kau tak kisah ke?”
            Una tersenyum. “Aku lagi suka kalau ada orang lain join sekali. Boleh tukar-tukar pendapat. Lagi banyak yang boleh kita share informatins.”
            “Yang lain-lain?”
            “Diorang pun macam aku jugak.”
            Yaya diam.
            “Okey, aku nak kena pergi library ni Nak pulang buku.” Dia tunjukkan buku yang sedang digendongnya.
            Yaya mengangguk perlahan. “Thanks.”
            Una hanya membalas dengan senyuman kemudian dia pun mula melangkah pergi.
            “Jangan lupa malam ni tau.” Pesannya lagi sekali kepada Yaya sebelum hilang dari padangan.

JAM sudah menunjukkan pukul 9.30 malam tapi batang hidung Yaya masih lagi belum nampak. Resah gelisah Una dibuatnya.
            “Kau ni kenapa Una? Daripada tadi aku tengok semacam je. Pehal?”
            “A’ah. Aku pun perasaan jugak tadi.”
            Una memandnag Didi dan Nad silih ganti.
            “Aku tengah tunggu orang ni. Aku ada ajak someone join kita malam ni.”
            “Patutlah pun tak tentu hala aku tengok kau. Ala…kejap lagi sampailah tu. Eh, kau ajak siapa? Jangan kau ajak Yaya sudah.” Ujar Nad sambil menggososk-gosok dagunya.
            Belum sempat Una menjawab, pintu biliknya diketuk. Tergesa-gesa dia bangun menuju ke pintu. Nad, Cho-in dan Didi masing-masing panjangkan leher melihat siapakah manusia yang bakal menyertai mereka pada malam ini.
            “Masuklah.” Pelawa Una lembut sambil tersenyum.
            Pada awalnya dia teragak-agak, namun digagahkan juga kakinya melangkah masuk. Dan apabila nampak saja tuan punya muka, Nad, Cho-in dan Didi masing-masing rasa nak pengsan. Nad rasa jantung dia hampir-hampir berhenti berdenyut. Cho-in pulak rasa macam nak terkeluar bijik mata. Yang si Didi pulak ternganga luas sampaikan kalau sumbat seekor ayam pun boleh muat dalam mulutnya.
            Terkedu Yaya melihat reaksi mereka bertiga. Serta-merta dia berasa malu. Lantas dia menoleh ke sebelah melihat Una dengan pandangan yang sayu.
            “Una, kau tak bagitau diorang ek aku nak datang malam ni?”
            Una diam tak tahu nak jawab apa. Bukan dia tak nak bagitau tapi tak sempat. Time nak bagitau ada-ada je yang menghalang.
            “Aku balik dululah Una.” Ujar Yaya sayu sebelum mula melangkah.
            “Yaya, tunggu dulu.” Halang Una seraya memegang tangan Yaya.
            Una melihat ke arah ketiga-tiga sahabatnya bergilir-gilir. “Korang, sedangkan Allah sendiri Maha Pengampun inikan pulak kita manusia yang lemah yang sememangnya tak lepas daripada melakukan kesalahan.
            Everybody deserves a second chance.”
            Nad pandang Cho-in. Cho-in pandang Didi. Didi pulak pandang Nad. Ketiga-tiga mereka mengangkat kening.
            “Kalau aku dengar sepatah je kau mengumpat orang, aku debik kau cukup-cukup.”
            Serta-merta Yaya tersenyum lebar. Berkali-kali dia mengangguk-angguk tanda faham dengan kata-kata Nad itu.
            “Dahlah wei, cepatlah study. Sekarang dah pukul berapa ni?”
            “Haaiitt!!!” Cho-in menabik pada Nad.
            Una dan Yaya berpandangan sambil tersenyum. Lantas mereka berjalan beriringan menuju ke arah mereka bertiga yang sudah pun mula menyambung mengulangkaji.
            “Aku tension wei Eco ni.”
            “Aku punya OB lagilah buat otak aku tepu. Banyak wei nak kena cover.”
            “Statistik pun payah jugak.”
            “Uwaaaaa!!!!!”
HASAN AL-BAS RI BERKATA: “Aku pernan menemui seseorang yang tidak memiliki cacat. Setelah ia mencela orang lain, maka orang lain pula menemui cacatnya. Aku pernah berjumpa dengan seseorang yang mempunyai banyak cacat-cela. Namun, kerana dia diam daripada menceritakan kecelaan orang lain, maka orang lain pun tidak membicarakan cacat-celanya.”
(Solusi No.28, “Menumpat Kebiasaan Mudah Yang Membawa Padah”,  Umar. M. Noor)
 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree