Thursday, May 12, 2011

HARI PERTAMA

HARI pertama saya bekerja di tempat terasa hati ini sudah mula rindu pada mak dan abah. Semalam mak saya telefon pada malam hari. Hati terasa luluh tatkala mendengar suara emak. Suara emak juga kedengaran lain  membuatkan hati saya semakin meronta-ronta ingin pulang.
            Saya tidak tahu apakah hikmah di sebalik semua ketentuan Ilahi ini. Pekerjaan pertama saya adalah sama seperti pekerjaan sekarang ini. Saya tidak suakakn pekerjaan pertama saya bermakna saya tidak sukakan pekerjaan saya sekarang. Kalau ikutkan rasa hati, mahu saja saya tinggalkan terus pekerjaan ini. Tetapi, tidak sampai hati pula rasanya.
            Ini kerana kakak saya yang banyak berkorban dan berusaha bagi mendapatkan pekerjaan ini untuk saya. Dialah yang berhempas-pulas tenaga dan berulang-alik ke sini dan ke sana sewaktu dalam usaha memndapatkan pekerjaan ini.
            Kerana menghargai pertolongannya, kerana saya sayangkan kakak saya, saya biarkan saja rasa hati ini terbuku sendiri. Saya tidak mahu sia-siakan usahanya. Saya tidak mahu dia marah dan kecewa kepada saya. Jadi, saya lawan kata hati. Perasaan tidak suka yang acap kali muncul dalam fikiran cepat-cepat saya tepis. Fikiran saya serabut. Hati saya tidak seronok. Saya pujuk diri sendiri mengatakan hampir semua orang lain tidak sukakan pekerjaan mereka tetapi mereka masih terus bekerja. Jadi, saya menarik nafas dalam-dalam dan terus menghembusnya kuat.
            Kini, saya tiada selera untuk makan. Minum pun sudah kurang. Tidur pun tidak lena. Setiap hari saya terpaksa fikirkan cara untuk memujuk diri sendiri. Entahlah kenapa bila berkaitan pekerjaan, pasti perkara yang sama akan berlaku. Dan juga pasti saya akan mendapat pekerjaan dalam skop yang sama. Saya cuba larikan diri, tapi takdir tetap mengejar saya. Saya bersyukur kerana Allah berikan pekerjaan pada saya. Memang begitulah diri saya…yang sentiasa tidak bersyukur.
            Saya suka mengajar. Pengalaman mengajar walaupu tidak lama telah membuka pintu hati saya untuk menjadi seorang pendidik. Biarpun berkali-kali telah saya cuba, tetapi rezeki masih belum ada. Tidak mengapa kerana semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
            Esok hari kedua saya akan pergi bekerja. Entahlah….hati memang tidak gembira. Raut wajah saya dari tadi muram dan hingga ke saat ini bertambah kelam…. Apa yang perlu saya lakukan? Saya sendiri tidah tahu….

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree