Thursday, May 19, 2011

BAGAIMANA...?

SEWAKTU saya berjalan menuju ke masjid dari tempat kerja saya terserempak dengan seorang mak cik tua yang sedang menolak motosikalnya. Dari jauh saya sudah dapat melihat dia keletihan kerana menolak motornya.
Masakan tidak. Cuaca tengah hari itu sungguh terik ditambah pula dengan lori yang sedang lalu-lalang membuatkan saya bertambah risau melihat mak cik tua itu. Diriya yang tua menyebabkan dia terpaksa menggunakan lebihan tenaga yang ada untuk menolak motornya.
Sampailah saya dengan mak cik itu. Lalu saya pun bertanya, “Kenapa ni mak cik?”
Dia menjawab, “Motor mak cik mati tengah jalan. Boleh tolong startkan tak? Mak cik tak kuat. Starter motor pulak tiba-tiba rosak.”
“Boleh, mak cik. Saya cuba ya.” Jawab saya pula.
Lalu saya puj cubalah untuk hidupkan motor itu. Dan Alhamdulillah…dengan izin Allah enjin motor itu berjaya dihidupkan.
Tersenyum mak cik itu sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada saya. Saya pula hanya menjawab sama-sama juga berulang kali.
Lalu saya pun menuju ke masjid menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim iaitu menunaikan solat Zohor. Tiba-tiba hati saya terdetik. Bagaimana keadaan ibu dan ayah saya? Lebih-lebih lagi ibu saya dengan keadaan kesihatannya tidak menentu. Ibu saya selalu mengadu sakit lutut dan apa-apa saja sakit yang berkait dengan tulang.
Di waktu itu pelbagai soalan yang timbul dalam fikiran saya. Bagaimana ibu saya nak menggosok pakaian? Nak angkat iron pun dia dah sakit tangan. Bagaimana ibu saya nak memasak? Ibu saya bukannya boleh berdiri lama-lama. Bagaimana ibu saya nak membasuh, jemur dan angkat kain? Bagaimana itu? Bagaimana ini? Begitulah keadaan saya hingga sekarang ini yang masih lagi memikirkan ibu saya.
Saya hanya ada seorang ibu..tetapi sampai sekarang sikit pun saya tak mampu mahu membalas jasa ibu saya…
Saya sedih…saya sangat….sangat sedih…

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree