Monday, May 9, 2011

AIR SIRAP

SETIAP kali aku makan di luar mesti aku akan bawak botol air sendiri. Kalau pergi kerja pun aku lebih suka bawa air masak dari rumah. Kalau teringin nak minum ais, aku just minta kedai berikan aku segelas air batu, lepas tu tuangkan saja air masak yang dalam bekas air tadike dalam gelas. Ramai kawan sekerja asyik tanya kenapa aku selalu bawa air minum sendiri? Waktu study di universiti pun ramai jugak orang yang bertanya soalan yang sama. Dan aku hanya akan menjawab, “Dah biasa bawa bekal air sendiri.” Lepas tu senyum kat diorang. Senyum bukan sebarangan senyum, tapi senyum ada makna tau! Just orang terntentu saja yang tahu kenapa aku senyum.
14 Tahun sebelumnya….
HARI SUKAN menjelma lagi. Kali ini aku hanya menjawat jawatan sebagai AJK untuk Rumah Hijau. Aku buat keputusan untuk ‘pencen’ daripada menyertai mana-mana acara sukan sebab dah makin tualah katakan. Bagi peluang kat juniors menang pingat pulak. (Alasan…sebenarnya berat badan makin naik. Sebab tu dah tak larat nak bersukan.) Hehehehehe….
            Kak Tun Salawati selaku Naib Pengerusi Rumah Hijau mengarahkan aku, Yaya, Bonbon dan Anis untuk menyediakan air bagi ahli Rumah Hijau pada hari itu. Adatlah, kalau dah bersukan mesti ada air. Orang penat berlari ke sana, sini, mesti kena minum air. Selain daripada tugas membuat air, kami juga bertanggungjawab untuk menyediakan makanan bagi setiap ahli. Selalunya, makanan kami akan tempah saja. Gila kalau nak masak sendiri untuk diorang semua. Setiap rumah paling kurang mesti ada 85 ahli. Itu paling kurang tu. So, nak senang order je. Jadi untuk jimatkan duit, kami buatlah air sendiri. Bukan Rumah Hijau je buat macam tu, rival kitorang Rumah Kuning, Biru dan Merah pun buat benda yang sama. Selalunya setiap tahun macam itulah prosesnya kalau Hari Sukan menjelma.
            Jadi, nak dijadikan cerita, kami berempat pun tengah semangat nak sediakan air ni. Tengah orang lain semua sibuk bersukan, bertanding, bersorak-sorai, kami terkedek-kedek buat air. Setiap rumah masing-masing adalah ahli yang akan pegang tanggungjawab yang sama macam kami. Jadi, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.
            “Barang-barang semua dah ada Bonbon?” Soalku.
            All set! Semua cukup. Siap boleh bukak bisnes air lagi kalau kita nak!” Dia menjawab sambil tersengih.
            “Bisnes je yang ada dalam kepala kau ni.” Yaya menyampuk.
            “Dah bapaknya bisnes ayam, anak pun ikutlah sekali.” Aku pula menambah. Kami berempat terus ketawa.
            “Atoi, Nasi Lemak semua dah ambil ke?”  Yaya memandang aku.
            “Dah! Pak Ya dah hantar tadi.” Aku mengangkat ibu jari seraya tersengih.
            “Kau dah kira dah Nasi Lemak tu cukup ke tidak?” Anis pula menyoal.
            “Cukup, dan siap Pak Ya bagi lebih dua bungkus lagi in case ada emergency ke.”
            “Pak Ya memang sporting.” Ujar Bonbon. “Bila nak start buat air ni?”
            “Nak mula dah ni. Tunggu pakar je sekarang ni.” Jawab Anis seraya memandang aku.
            “Aku dengan Bonbon buat setong, kau dengan Yaya buat lagi setong.”
            Mereka bertiga mengangguk. Lantas masing-masing berdiri di sebelah pasangan masing-masing lalu mengambil satu tong setiap satu pasangan. Sambil-sambil buat air, sambil-sambil itu jugalah mulut kami bercerita itu dan ini. Siap ketawa sakan lagi.
            Tibalah masa kami menuang air masak ke dalam tong tadi selepas menuangkan pati sirap. Yaya memanggil aku yang sedang sibuk menuang air masak ke dalam tong.
            “Atoi!”
            “Apa?” Jawabku tanpa memandangnya kerana sibuk dengan Bonbon yang tengah pegang botol air masak untuk dituang ke dalam tong merah besar itu.
            “Mana pengacau?”
            “Ada kat situ.” Jawabku lagi tanpa mengangkat muka.
            Yaya menoleh ke kiri dan kanan. Kemudian kebelakangnya pula. Dia memandang ke arah Anis. “Kau tolong cari kat barang-barang tu.” Dia menjuihkan bibir ke arah barang-barang yang berterabur di belakang aku dan Bonbon.
            “Tak ada pun?” Anis membalas setelah habis barang-barang itu dipungggahnya.
            Aku dan Bonbon yang baru selesai menuang air masak mengangkat kening lalu terus menoleh ke arah Anis.
            “Apa yang tak ada?”
            “Pengacau!”
            Aik? Bukan semua barang-barang ada kat situ ke?”
            “Betullah semua ada, tapi pengacau yang tak ada.”
            “Bukan Bonbon dah bawa semua barang ke tadi?” Aku menoleh ke arah Bonbon.
            “Betullah aku dah bawa semua barnag yang kau pesan. Aku dengan Yaya yang bawa semua barang tu.”
            “Pengacau kau bawa sekali tak?” Anis memandang Yaya.
            “Aku ambil semua barang yang dada alam bekas putih jelah. Macam yang kau pesan tu.”
            “Pengacau bukan kat dalam bekas, tapi tergantung kat dinding tu.”
            Bonbon dan Yaya berpandangan sesama sendiri.
            “La…kenapa tak cakap awal-awal? Suruh ambil barang dalam bekas putih je, tak cakap pun pengacau tak ada sekali dalam bekas tu.”
            Aku dengan Anis melepaskan keluhan. Anis kembali berdiri di sebelah Yaya seraya memandang aku.
            “Macam mana ni? Nak kacau guna apa?”
            “Takkan nak naik balik? Penatlah.” Aku mengeluh. Mereka bertiga mengangguk setuju.
            Dimaklumkan di sini sekolah aku adalah berbukit. Jadi, jarak di antara padang dengan Bangunan sekolah sangat jauh. Kalau orang dah pergi padang, jangan harap mereka akan mahu naik ke bangunan sekolah semula. Lagi-lagi roang yang ‘rajin’ macam kami berempat. Kalau bayar RM50 sorang pun kami tak sanggup nak ulang alik antara padang dengan bangunan sekolah.
            “Rumah lain pun tengah sibuk bancuh air. Lagipun, jangan haraplah nak bagi pinjam pengacau diorang time-time gini.” Ujar Anis seraya memandang sekeliling.
            “Macam mana ni? Kejap lagi mesti diorang semua serbu kat sini.” Bonbon memandang kami bertiga.
            Aku menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya kuat. Aku terus berdiri di sebelah tong merah yang isinya sudah pun penuh hingga separuh. Aku duduk bertenggong di sebelah itu lalu menjenguk ke dalam tong.
            Aku mengangkat muka memandang mereka bertiga. “Ini rahsia kita berempat. Simpan rahsia ni sampai mati tau korang semua.”
            Yaya meraup wajahnya. “Oh no…Please don’t tell me you’ll do something stupid.”
            “Atoi! Please..for once in your life…please don’t do this.”
            Aku mengangkat kening. “Kau tak tahu pun aku nak buat apa?”
            “Tak yah tahu pun aku tahu kau nak buat apa!”
            “Kau cakap Bahasa Melayu ke? Sebab sepatah haram pun aku tak faham.”
            Aku tersengih memandang mereka bertiga.
            “Oh…Ya Allah..she’s going to do it!” Anis meraup wajahnya berkali-kali.
            Aku mengangkat kening memandang mereka. Kemudian aku mengalihkan pandangan ke dalam tong air itu semula. Perlahan-lahan aku melipat lengan baju tangan kanan hingga ke paras bahu.
            Yaya dan Anis melopong melihat aku sementara Bonbon pula  hanya mengekek ketawa.
            “Aku tahu kau nak buat apa!” Bonbon separa menejerit sambil tersengih.
            Aku memandang Bonbon dan hanya tersenyum lebar padanya. Selepas lengan baju dilipat, perlahan-lahan aku masukkan tangan kanan ke dalam tong air besar itu sambil diperhatikan oleh mereka bertiga.
            “Ooooohh…Ya Allah..she’s going to do it! She is totally going to do it!!!” Yaya memeluk tubuh sambil tangannya bermain-main dengan dagu.
            “Ooooh..no,no. I can’t watch this.” Anis menutup wajah dengan kedua-dua tangannya. Tapi, dalam dia cakap tak nak tu, sempat jugak dia mengintai dari celah-celah jari.
            Aku pun dengan semangatnya ‘mengacau’ air sirap tadi dengan tangan kanan. Selepas satu pusingan sampailah pusingan entah ke berapa aku tak berhenti-henti lagi daripada mengacau air sirap tadi. Rasa macam seronok pulak guna tangan sendiri untuk kacau air.
            “Bagi aku pulak!” Pinta Bonbon apabila dia sudah pun bertenggong di sebelah aku.
            “Bonbon!” Jerit Yaya dan Anis.
            “Kau jangan nak encourage dia pulak.” Anis memandangnya sambil menjengilkan mata.
            What? Aku tak encourage pun dia dah buat pun. Alang-alang baik aku cuba sekali. It does looks fun!
            Yaya dan Anis melepaskan keluhan entah buat kali yang ke berapa. Aku melihat mereka berdua sambil ketawa mengekek.
            “Masukkan ais cepat.” Arahku kepada Bonbon setelah mengangkat tangan kanan aku keluar dari dalam tong air tadi.
            “Tolonglah sekali. Ais tu berat.”
            Aku mengangguk lantas menolong Bonbon. Setelah ais dimasukkan, sepantas kilat Bonbon memasukkan tangan kanannya ke dalam tong. Kemudian dia pun apa lagi, mulalah tangannya ‘berkayuh’ sakan dalam tong tu.
            “Yuhuuuu….wahahahaha…sejuknyaaaa….best siot!!!”
            Aku ketawa melihat gelagat Bonbon. Dia pun turut sama ketawa. “You girls should try this!” Katanya kepada Yaya dan Anis. “It’s very fun! Rugi kalau korang tak cuba!”
            Yaya dan Anis saling berpandangan. Yaya mengeluh sambil menguak rambutnya ke belakang.
            “Argh! Why not?” Ujar Yaya lalu terus pergi ke arah tong air yang disediakan olehnya tadi. Dia melipat lengan bajunya seperti aku tadi lalu terus memasukkan tangan ke dalam tong.
            “Yaya!” Anis separa menjerit.
            Aku dan Bonbon masing-masing ketawa sakan. “You’ll be next!” Aku memandang Anis.
            Not this time!” Dia menggeleng.
            You said that before!” Aku tersengih memandangnya.
            Selepas bancuhan air sirap tadi sudah sebati, Yaya mengangkat tangannya lalu berdiri. Dia mengibas-ngibas tangannya bagi menghilangkan air yang berlebihan di tangannya. Dia berdiri di sebelah aku sambil tersengih.
            It was fun!” Ujarnya dengan mata bersinar-sinar sambil mulut ketawa sakan.
            Anis menepuk dahi. Aku menoleh ke belakang dan melihat Bonbon masih lagi sedang sibuk dengan kerja ‘mengacaunya’.
            Oit! Sudahlah tu! Takkan nak kacau sampai esok?”
            Bonbon mengangkat muka. “Over excited pulak aku kacau air ni.” Dia tersengih lalu membawa keluar tangannya. Dia berdiri di sebelah Anis.
            “Bolehlah tuang ais pulak dalam tong korang.” Ujar Bonbon sambil memandang Yaya dan Anis.
            Mereka berdua mengangguk-angguk. Lantas lebihan ais tadi dituang ke dalam tong air mereka. Setelah saki baki ais itu dihabiskan, Yaya mencampak plastik kosong itu ke belakangnya.
            Your turn!
            Membuntang mata Anis mendengarnya. “No..no…no…” Dia menggeleng-geleng.
            Yaya hanya tersengih. Dia menjeling ke arah aku dan Bonbon. Kami berdua mengangguk-angguk perlahan sambil tersengih.
            Yaya segera menangkap tangan kanan Anis dan Bonbon pula sepantas kilat memegang tangan kirinya.
            “Korrrraaang!!!!” Yaya menjerit.
            “Ssshhh….jangan jeritlah.” Ujar Yaya seraya ketawa.
            Aku melipat lengan baju Anis yang sedang meronta-ronta minta dilepaskan. Kemudian, mereka berdua memaksanya pergi ke arah tong air itu. Puas dia merayu tapi tidak seorang [un daripada kami mempedulikannya.
            Nooooo!!! Nooo!!!!
            Kami bertiga tidak mempedulikan segala bebelan Anis. Sambil ketawa Yaya terus memasukkan tangan Anis ke dalam tong air itu lalu membantu Anis mengacau air sirap itu.
            “Ya Allah…sejuknya…aku tak tahulah kenapa Bonbon suka sangat kacau air sejuk-sejuk ni.” Bebel Anis lagi.
            Kami bertiga hanya ketawa terbahak-bahak melihat kekalutan Anis. Dalam pada dia tak nak tu, tangan dia dah selamat kacau air sirap tu sampai sebati. Kemudian tangannya di bawa keluar oleh Yaya. Kami bertiga berpadangan sesama sendiri lantas kerana tak tahan sangat terus ketawa kuat-kuat.
            “Korang ni gilalah! Aku pun sama gila jugak dengan korang!” Ujar Anis sambil mengesat tangannya yang basah dengan sapu tangan.
            Kami bertiga tidak dapat berkata apa-apa sebab masing-masing masih lagi tak berhenti daripada ketawa.
SEPERTI yang dijangka, apabila jarum jam menunjukkan pukul 10.15 rata-rata para pelajar berhenti seketika daripada bersukan dan menuju ke rumah sukan masing-masing. Rumah Hijau juga tidak ketinggalan. Kami berempat sibuk membahagikan Nasi Lemak dan juga cawan plastik.
            “Atoi! Kau buat ke air ni?” Mika menjerit kepadaku.
            Aku mengangkat kening. “Ha’ah! Pasal?”
            “Sedap gila wei!”
            Hampir tersembur aku dibuatnya. Aku mengerling Bonbon di sebelah. Muka dia dah macam kena pam sebab tahan ketawa.
            “Kak Anis, air tahun ni sedaplah. Lagi sedap daripada tahun lepas. Tahun depan bolehlah Kak Anis buat air lagi.”
            Yeke Biha? Terima kasih. Kalau Biha nak akak buat lagi tahun depan pun akak tak kisah.”
            Biha tersenyum sebelum beredar dari situ.
            “Amboi..bukan main lagi ko ye?” Yaya berbisik di telinga Anis.
            Well…I have to admit. It was fun!”
            Terus meletus ketawa Yaya. Kami berempat saling berpandangan dan masing-masing buat muka bodoh aje. Semua ahli Rumah Hijau minum air sirap yang kami buat, tapi hanya kami berempat aje yang ‘puasa’ minum hari tu.
            Lepas aje habis sukan, kami terus meluru ke mesin jual air. Bertin-tin air kami beli hari itu. Dan setiap kali kami tengok air sirap, terus kami tergelak sakan.
MASA SEKARANG…
DISEBABKAN kejadian Hari Sukan itulah aku, Bonbon, Yaya dan Anis mula belajar bawa bekal air ke mana saja kami pergi. Dan sehingga sekarang, rahsia itu masih lagi selamat disimpan di antara kami berempat.
            Beep! Beep! Bunyi mesej masuk.
            From: Anis.
`           Message: Tengah melihat air sirap terhidang di depan mata.
            Message reply: Kau kat mana yang tetiba air sirap boleh ada kat depan mata ni?
            Selepas beberapa minit. Beep! Beep! Bunyi mesej masuk lagi.
            From: Anis
            Message: Kat kenduri kahwin! When you’re getting marry, better you change air sirap to fresh orange yah! Otherwise, I’m going to pancung your kepala! And one more thing, don’t you dare to use your hand again! If you dare, aku simbah kau dengan air tu tak kiralah kau tengah pakai baju pengantin waktu tu.
            Terus aku ketawa terbahak-bahak seorang diri di tepi jendela.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree