Thursday, September 22, 2011

TRY N ERROR!

CERPEN ‘Darah Merah Ventiage’ adalah cerpen pertama saya yang kononnnya ala-ala fantasi. Saya tak biasa menulis cerpen genre ini jadi sudah pasti banyak kelemahan yang dapat dikesan. Walau bagaimana pun, saya rasa puas hati sebab dapat mencuba cerpen genre ini. Saya rasa kurang berminat untuk hasilkan cerpen seperti ini kerana mungkin susah untuk dihasilkan. Impak yang terima hasil membaca cerpen genre begini sangat berbeza jika kita menontonnya dalam TV atau di wayang.
     Ambil contoh cerita Harry Potter. Saya hanya membaca novel yag pertama saja, kerana saya lebih suka menonton sendiri cerita itu di panggung wayang. Ini kerana melhat orang yang berlakon ditambah pula dengan teknik computer yang menjadikan ahli sihir benar-benar wujud. Malah penonton juga turut teruja apabila melihat tongkat sakti Harry Potter mengluarkan magik. Jika hanya membaca, kesannya kurang sedikit. Kerana apa? Kerana saya lebih suka melihat benda yang nyata di depan mata. Malah, apabila dapat melihat sendiri segala jenis magik yang digunakan dalam cerita Harry Potter ini, rasa snagat seronok. Tanpa sedar, saya tersengih seorang sendiri sewaktu menonton sebab bayangkan bagaimana kalau diri sendiri ada kuasa sakti seperti itu? (dah tentu itu hanyalah anga-angan!)
     Jadi, bagi penulis yang menulis cerpen atau novel genre ini mungkin memerlukan usaha melebihi 100% untuk membiarkan pembaca rasakan impak yang berkesan. Kita perlu membawa pembaca ke alam imaginasi yang penulis sendiri ciptakan. Tidak gunalah jika hanya penulis yang syok sendiri dalam alam fantasinya tetapi pembaca pula awal-awal lagi sudah menguap sebaik saja membaca muka surat pertama.
     Dan bagi saya, cerpen Darah Merah Ventiage ini adalah 1/10! Sangat teruk! Tetapi, kenapa saya tetap pamerkan juga dalam blog? Sebab saya harap suatu hari nanti ada orang yang membacanya dan memberikan komen. Saya mahu tahap saya di mana. Bukan saja cerpen ini, tetapi juga cerpen-cerpen saya yang lain.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree