Thursday, September 22, 2011

DARAH MERAH VENTIAGE

100 DEKAD YANG LALU….
TORN VENUS, Ace Jupitus, Grown Menus dan Bleed Minus datang menghadap Luke Questra yang sedang dalam kegelisahan dan keresahan. Pahlawan berempat itu segera dapat menangkap pemimpin mereka yang berwibawa itu sedang dalam kesusahan berdasarkan air muka Luke Questra yang cemas itu.
            Sebaik saja melihat keempat-empat pahlawan handalan bagi Planet Ventiage, Luke Questra mengukir senyuman tetapi hambar. “Kalian…” sapanya dengan kepala ditunduk sedikit memberi hormat sambil tangannya berada di belakang.
            “Yang dihormati Luke Questra….” Sepantas kilat para pahlawan tadi berlutut apabila berhadapan dengan Luke Questra. Luke Questra mengangguk-angguk lalu memberikan isyarat dengan tangan kepada mereka supaya kembali berdiri.
            “Wahai Luke Questra, mengapa kami berempat dipanggil menghadap dalam keadaan tergesa-gesa?” Soal Bleed Minus yang risau melihat keadaan Luke Questra.
            Luke Questra tidak terus menjawab sebaliknya dia melepaskan satu keluhan yang amat berat sehinggakan keempat-empat pahlawan yang berdiri dihadapannya juga turut menjadi bimbang melihat keadaannya.
            “Luke Questra… Apa yang sedang mengganggu fikiran kamu?” Torn Venus pula membuka soalan baru setelah melihat soalan rakan seperjuangannya berlalu sepi dibawa angin.
            “Pahlawan-pahlawanku…” Luke Questra menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskn bicaranya. “Aku telah melihat satu lagi visi di mana pada masa hadapan Planet Ventiaga akan musnah kerana rakyat akan saling berbunuhan semata-mata berebutkan takhta.
            Di dalam visi itu lagi, aku melihat rakyat akan terbahagi kepada empat puak di mana setiap puak mempunyai kebolehan masing-masing seperti sekarang. Puak yang pertama mereka mengusai kuasa Excessionsive Shields…” Dia berhenti daripada meneruskan kata-katanya lalu memandang Ace Jupitus.
            “Adakah itu dari puak dan keturunan aku?” Soal Ace Jupitus perlahan.
            Luke Questra mengangguk lemah. Ace Jupitus melepaskan keluhan kecil. “Puak kedua pula adalah mereka yang mempunyai kuasa Dirtrive Quakes…iaitu keturunan daripada Grown Menus.” Sambung Luke Questra lambat-lambat. Seperti Ace Jupitus, Grown Menus juga turut melepaskan keluhan. Cuma kali ini lebih kuat bunyinya.
            “Dan puak yang ketiga dan keempat adalah mereka yang mempunyai kebolehan Aggressionsive Explodes dan juga Expetrive Ices di mana mereka adalah daripada keturunan aku dan Torn Venus.” Bleed Minus mencelah sebelum Luke Questra sempat meneruskan ceritanya.
            Luke Questra tersenyum nipis sambil memandang Bleed Minus dengan pandangan yang sarat dengan makna. Serentak Bleed Minus dan Torn Venus menumbuk tiang istana milik Luke Questra sehingga bergegar dibuat mereka.
            “Venus, Minus! Tenang! Sekarang bukan masanya untuk melepaskan segala kemarahan dengan kuasa.”
            Torn Venus memadang Grown Menus yang serius wajahnya. Dia mengangguk bersetuju. “Maaf.” Ujarnya perlahan setelah menyedari kesilapan dirinya. “Aku pun sama.” Sampuk Bleed Minus pula.
            “Luke Questra, apa yang kau lihat sebenarnya hingga takut begini?”
            Luke questra memandang Ace Jupitus. “Hanya kemusnahan dan peperangan yang aku lihat. Darah merah mengalir di serata Ventiage, mayat bergelimpangan di setiap ceruk Ventiage dan keadaan suram menyelubungi Ventiage. Apa yang aku lihat jauh lebih teruk daripada keadaan Ventiage sekarang.” Jawab Luke Questra lemah. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke jendela melemparkan pandangan ke arah luar. Dilihat rakyat jelatanya yang sedang bergembira di bawah disulami dengan suara kanak-kanak yang ketawa keriangan. Hatinya tiba-tiba menjadi sedih apabila bayangan visinya kembali menerjah fikiran.
            Torn Venus berjalan merapati Luke Questra. Bahu Luke Questra disentuh lembut membuatkan pemimpin bagi Ventiage itu berpaling melihatnya. Torn Venus mengukirkan senyuman.
            “Jangan bimbang Luke Questra, kita akan mencari jalan bersama-sama bagi menghalang perkara ini daripada berlaku.”
            Luke Questra memegang tangan Torn Venus. “Aku tahu, kerana dalam visi itu sendiri aku telah melihat cara bagaimana untuk menghalang perkara ini daripada berlaku.”
            Terus terangkat kening Torn Venus sementara Ace Jupitus, Grown Menus dan Bleed Minus saling berpandangan. Luke Questra melepaskan genggamannya lalu berjalan menuju ke arah tempat simpanan barang-barang peribadinya. Dia membuka pintu gerbang itu lalu membawa keluar sebilah pedang yang bilahnya berkilau tidak terkata. Beratnya pula seumpama memerlukan lima orang untuk mengangkatnya. Dan panjangnya cukup membuatkan orang mendongak untuk melihatnya jika pedang itu diletakkan dalam keadaan menegak.
            “Kalian, aku persembahkan hasil agung yang tidak ternilai harganya. Pedang ini aku hasilkan selama tujuh hari dan tujuh malam tanpa henti juga tanpa makan dan minum. Quesnza adalah namanya.”
            Keempat-empat mereka segera merkumpul mengelilingi Luke Questra yang sedang mengagumi hasil ciptaannya. Masing-masing terpegun dengan hasil ciptaan Luke Questra. Mereka tahu Luke Questra adalah seorang pencipta senjata yang handal dan hanya dia seorang saja yang mempunyai kuasa seperti itu di Ventiage. Tetapi, mereka sama sekali tidak menyangka yang Luke Questra mempunyai kehebatan seperti ini. Pedang yang dihasilkannya amat hebat dan sungguh berseni. Hanya dari melihatnya saja sudah tahu bahawa pedang itu sungguh istimewa dan kuasa yang mengalir dapat dirasai oleh mereka yang sedang berdiri mengelilinginya.
            “Luke Questra, apakah makna semua ini?” Soal Torn Venus dengan matanya tidak beralih daripada menatap pedang itu di hadapannya.
            “Aku melihat pedang ini dalam visi aku. Dan daripada situlah aku dapat rasakan bahawa hanya dengan menghasilkan pedang ini kemusnahan dapat dihalang di Ventiage.”
            “Adakah kau melihat sendiri bahwa pedang ini satu-satnya cara yang dapat menghalang Ventiage daripada menghadapi kemusnahan?” Grown Menus memandang Luke Questra serius.
            Luke Questra menggelengkan kepalanya. “Tapi, aku yakin pedang ini adalah jawapannya.”
            “Jadi, adakah maknanya kami tidak perlu risau lagi mengenai visi yang telah dilihat oleh kau, Luke Questra?”
            Luke Questra mengalihkan pandangan ke arah Torn Venus. “Tidak, Venus! Kuasa pedang ini sama sekali tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kerana itulah aku mahu meminta bantuan daripada kamu berempat untuk mengunci pedang ini sementara menunggu hari peperangan itu tiba. Mereka yang berjaya memecahkan kunci itu, maka dialah orang yang layak menggunakan kuasa pedang ini. Orang itulah yang akan menghentikan segala kemusnahan yang bakal melanda Ventiage dan rakyatnya.”
            Keempat-empat mereka berpandangan sesama sendiri lalu menangguk-angguk tanda faham dengan maksud Luke Questra.
            “Jika ini yang dapat menjamin keselamatan rakyat, dan mengembalikan ketenangan pada planet Ventiage, maka kami berempat patuh pada suruhan mu Luke Questra.”
            Luke Questra tersenyum lebar memandang pahlawan-pahlawannya. Lalu pedang itu di bawa oleh Luke Questra ditemani mereka berempat ke suatu tempat pedalaman yang sunyi-sepi. Sebaik saja sampai di situ, mereka semua terus melakukan tugas masing-masing.
            Grown Menus berlutut lalu meletakkan telapak tangan kanannya ke atas tanah. “Ontassium Duprecia!”
            Booom!!!!! Terus bergegar kawasan di situ. Serta-merta tanah di situ merekah lalu membentuk lompang yang sangat besar dan dalam. Grown Menus bangun memadang Luke Questra. Lantas Luke Questra mengangguk. Dia membuka balutan pedang itu lalu menyebut, “Esgrewnissainta!” Lalu terapung-apunglah pedang itu di hadapan mereka berlima. “Kalian, mulakanlah apa yang patut kalian lakukan.”
            Mereka berempat memandang tepat ke arah Luke Questra. Lalu masing-masing mengangguk patuh. Masing-masing membawa keluar senjata yang dibuat khas oleh Luke Qustra hanya untuk mereka berempat. Torn Venus membawa keluar Estinania iaitu sebuah seruling hitam. Diikuti pula oleh Ace Jupitus yang menarik keluar Skitrillio, sejenis trisula. Grown Menus pula perlahan-lahan mencapai cemeti emasnya yang bernama Cruxiescies. Sementara Bleed Minus dari awal lagi sudah bersiap sedia memegang Wrifria, bentuk yang seakan-akan cota tapi lebih besar dan panjang di mana hujungnya mempunyai berlian yang berkilau. Ianya diperbuat daripada besi tebal dan sangat berat. Hanya mereka yang betul-betul kuat saja boleh mengangkatnya.
            Estinania dibawa ke mulut lalu menjeritlah Torn Venus dengan lantang. “Frintancy daptreonva!!!!!! Menyanyilah, Estinania!!!!” Terus dia meniup seruling itu lalu beralunlah muzik yang amat membingtikan telinga di samping mengeluarkan cahaya berwarna merah terang lalu perlahan-lahan mengelilingi pedang itu.
            Skitrillio dihunuskan ke arah Pedang Quensza yang sedang dikelilingi aura merah itu. Dengan sekuat hati Ace Jupitus pun menjerit, “Qullionsiansa Venlis!!!! Memancarlah, Skitrillio!!!!” Terus Skitrillio memancarkan kuasa seperti kilat yang berwarna putih kebiruan yang juga turut menyertai aura merah Torn Venus.
            Tanpa membuang masa Grown Menus memukul cemetinya ke arah pedang itu sambil memekik, “Zengrins Ekuactum!!!! Menjalarlah, Crusxiescies!!!!” Lalu terpancarlah cahaya berwarna hitam yang turut megelilingi pedang itu.
            Dan akhir sekali tibalah masa bagi Bleed Minus. Dia mengangkat Wrifia setinggi-tingginya menggunakan tangan kanan dan kiri lalu menghentaknya dengan kuat ke atas tanah selepas menjerit, “Qritanya Frezntaszen!!!! Memukullah, Wrifia!!!!” Sekali gus menyebabkan cahaya kuning keemasan itu terpancar terang.
            Selepas keempat-empat cahaya itu mengelilingi Quensza, mereka berempat memegang tangan. “Grundiumnipassentre Extrviende Quinfandassa!” Ucap mereka berempat. Perlahan-lahan Quensza yang bercahaya kerana dikelilingi keempat-empat aura itu terapung-apung sambil menerosok ke dalam lubang yang dalam tadi. Sehinggalah sampai ke hujungnya barulah mereka berempat melepaskan tangan. Grown Menus kembali berlutut lalu meletakkan tangan kanannya seperti tadi. “Ontassium Aprecia!” Terus lubang tadi dikambus semula dengan tanah. Dia bangun lalu berganjak ke belakang sedikit memberi ruang kepada Luke Qustra. Luke Questra berjalan ke hadapan lalu memandang mereka berempat Dia mengangguk sekali kepada mereka. Mereka terus berlutut kepadanya tanda hormat dan patuh.
MASA SEKARANG….
VISI yang dilihat oleh Luke Questra itu akhirnya menjadi kenyataan. Keempat-empat puak iaitu Puak Venus, Puak Jupitus, Puak Menus dan Puak Minus berkumpul beramai-ramai bertemankan senjata masing-masing. Hari ini merupakan hari penentuan bagi siapa yang patut memerintah Ventiage. Entah bila mulanya perang ini, sedar-sedar saja keadaan sudah menjadi bertambah parah sehinggalah ke hari ini mereka mengambil keputusan untuk berlawan bermatian-matian setelah berkurun lamanya empat puak ini bermusuhan.
            Setiap puak dipimpin oleh seorang ketua. Ketua dipilih bagi sesiapa yang boleh menggunakan senjata khas yang dibuat oleh pemimpin Ventiage yang lalu iaitu Luke Questra. Mewakili Puak Venus adalah Filiwania, seorang lelaki berambut panjang berwarna merah diikat setengah dengan berbekalkan Estinania. Puak Jupitus pula diketuai oleh Reguroves. Dia merupakan seorang lelaki yang mempunyai rambut sama panjang seperti Filiwania, tetapi berwarna hitam. Rambutnya diikat kemas seperti ekor kuda. Hujung pangkal Skitrillio digenggam kemas olehnya. Puak yang ketiga pula iaitu Puak Menus, dipimpin oleh Dazinking. Rambutnya yang berwarna kuning keemasan paras bahu hanya dibiarkan lepas beralun ditiup angin. Dia dari awal lagi sudah bersiap-sedia dengan memegang Cruxiescies. Dan akhir sekali adalah Puak Minus di mana satu-satunya puak dipimpin oleh seorang perempuan bernama Fabri Anya. Rambutnya yang berwarna coklat paras bahu itu di sisir rapi. Apabila melihat ketiga-tiga mereka sudah bersedia dengan senjata masing-masing, dia juga tidak ketinggalan. Wrifia yang dipegang sejak dari tadi semakin erat genggamannya.
            Suasana hening menyebulungi keempat-empat puak itu. Masing-masing menanti dengan penuh debaran. Dada berombak cemas sementara peluh dingin mula membasahi seluruh badan. Tumpuan diberikan sepenuhnya ke atas musuh masing-masing. Filiwania, Reguroves, Dazinking dan Fabri Anya daripada tadi ligat berfikir bagaimana cara untuk memulakan langkah dengan berkesan. Fabri Anya mengerling Reguroves dengan ekor matanya sementara Reguroves menjeling sekilas ke arah Filiwania. Dan Filiwania pula memerhatikan Dazinking dengan penuh waspada. Dazinking pula tidak ketinggalan memerhatikan musuhnya Fabri Anya. Cengkaman senjata masing-masing semakin kuat. Apabila Dazinking mula membawa kaki kanannya setapak ke hadapan, mereka bertiga yang lain mengikutnya. Tangan Filiwania yang erat memegang Estinania perlahan-lahan di angkat, ketiga-tiga mereka yang lain juga turut mengangkat senjata mereka dalam keadaan bersedia. Keadaan di waktu itu sungguh cemas. Masing-masing tidak mahu tersilap langkah kerana nanti akan ada yang membawa padah. Para pengikut yang lain juga tidak ketinggalan mengikut jejak langkah ketua masing-masing. Mereka juga telah mempersiapkan diri bagi menghadapi pertarungan yang hebat ini. Filiwania, Dazinking, Reguroves dan Fabri Anya bertukar-tukar pandangan buat kali yang terakhir sebelum…..
            “Serrranngg!!!!!!!!!!!!”
            Bertempiaranlah mereka yang menyertai perang itu mencari musuh untuk ditewaskan. Pekikan demi pekikan semakin jelas kedengaran. Keadaan Ventiage yang tadi berwarna hambar telah bertukar warna apabila darah merah yang mengalir semakin memenuhi planet itu. Bilangan mereka yang maut semakin meningkat kiraannya. Ternyata masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka menggunakan segala kekuatan dan kuasa yang ada untuk menumbangkan musuh di depan mata. Mantera demi mantera lancar di baca oleh mereka semua.
            “Mestesstinia Fradrente!”
            “Eclixe Qwerivaria!”
            “Ontassium Acrecia!”
            “Ontassium Gulicia!”
            “Mestesstinia Vabrente!”
            “Sofatrente Rilio!”
            “Eclixe Beverivaria!”
            “Sofatrente Hollowilio!”
            Peperangan yang penuh dengan kemusnahan ini tidak berhenti hanya pada rakyat saja. Ketua bagi setiap puak awal-awal lagi telah terbang jauh ke arah di mana tersimpannya Pedang Quesnza. Hanya itu saja matlamat mereka berempat dan juga para pengikut. Memiliki Pedang Quensza. Kerana, sejak turun-temurun, telah diriwayatkan barangsiapa yang dapat menguasai dan memiliki Pedang Quensza, maka dialah yang akan menjadi pemimpin kepada Ventiage. Sejak berkurun lamanya ramai pahlawan dan juga rakyat biasa cuba memiliki pedang itu, tetapi hingga sekarang tiada siapa pun yang berjaya. Jadi, pada hari ini, Filiwania, Reguroves, Fabri Anya dan Dazinking sudah bertekad untuk memiliki pedang itu biar dengan apa cara sekali pun. Biarpun terpaksa membunuh, mereka rela asalkan pedang itu menjadi milik salah seorang daripada mereka.
            “Zengris Tianctum!” Dazinking pantas memulakan serangan  terhadap Reguroves.
            Reguroves segera menahan dengan telapak tangannya sambil menjerit,“Exclixe Purivaria!” Lalu menjelmalah suatu bulatan lutsinar yang berkilau menghalang serangan daripada Cruxiescies.
            Fabri Anya melompat dari satu dahan ke satu dahan yang lain sementara dirinya dikejar oleh Filiwania. Bagaikan puting beliung pantas mereka meredah hutan belantara itu. Filiwania menunjukkan penumbuk dengan tangan kanannya ke arah belakang Fabri Anya. “Mestesstinia Quartente!” Terus keluar duri-duri tajam daripada ais laju menuju ke arah belakang Fabri Anya.
            Fabri Anya yang sentiasa peka dengan keadaan sekitarnya pantas menoleh ke belakang lalu memegang Wrifia dengan kedua-dua tangannya. “Qritanya Vanquestzen!” dengan hanya satu pukulan daripada Wrifia, serangan Filiwania dapat di halang dengan sungguh mudah. Baru saja Filiwania ingin memberikan satu lagi serangan kepada Fabri Anya, kedua-dua mereka dikejutkan dengan kehadiran Reguroves. Reguroves tercampak laju akibat terkena serangan daripada Dazinking. Filiwania dan Fabri Anya sepantas kilat melompat membiarkan tubuh Reguroves terpelanting jauh melanggar pokok-pokok besar yang ada di situ. Hampir tumbang kesemua pokok gergasi yang menghuni di hutan itu kerana dilanggar Reguroves.
            Filiwania dan Fabri Anya memandang Dazinking yang tersengih mengejek. Dahi dan hidungnya berdarah. Sementara tangannya pula dibasahi dengan darah merah. Reguroves bangun perlahan-lahan. Pakaiannya koyak-rabak. Dia memperkemaskan pegangan Skitrillio. Dia mendongak memandang mereka bertiga yang lain. Sepantas kilat dia melompat menyertai mereka yang lain. Reguroves menghunus Skitrillio ke arah kumpulan itu lalu menjerit, “Qullionsiansa Genkhis!” Bunyi halilintar yang berdentum kuat di tambah pula dengan cahaya yang sangat terang daripada Skitrillio menyebabkan Dazinking, Filiwania dan Fabri Anya berterbangan kerana serangan hebat daripada Reguroves.
            Fabri Anya mengesat bibirnya yang berdarah. Dengan renungan yang tajam dia mengangkat Wrifia tinggi ke langit sebelum menghentaknya dengan sekuat hati. Lantas dia pun menjerit, “Qritanya Exandrizen!” Sekali lagi gelombang kuat menimpa mereka yang lain menyebabkan mereka semua tercampak jauh ke belakang.
            Filiwania segera bangun untuk melancarkan serangan. Dia mula berasa bosan kerana asyik dirinya saja menjadi mangsa. Lalu, daripada jauh, dia merapatkan Estinania ke bibirnya, “Fritancy Ligreonva!” Apabila dia mula meniup Estinania alunan yang nyaring mula kedengaran. Semakin lama, semakin bingit alunan yang keluar daripada Estinania. Fabri Anya, Dazinking dan Reguroves terduduk menutup telinga sambil mengerang kesakitan. Dirasakan saat itu gegendang telinga mereka mahu pecah! Sedikit demi sedikit darah merah mula mengalir keluar daripada telinga Reguroves. Sementara hidung Fabri Anya turut menerima nasib yang sama seperti telinga Reguroves. Filiwania pula semakin lama semakin yakin dengan kemenangan yang akan menjadi miliknya. Oleh sebab itu, dia secara terus-menerus meniup Estinania.
            Semakin kuat jeritan mereka bertiga yang lain menahan kesakitan. Fabri Anya sudah pun tersungkur ke tanah kerana tidak dapat menahan lagi bunyi nyaring Estinania. Diikuti pula oleh Dazinking dan Reguroves. Mereka berdua terus jatuh terhempas ke atas tanah. Masing-masing bergelut menahan kesakitan. Filiwania mula berjalan perlahan-lahan menghampiri mereka bertiga dengan mulut masih lagi meniup Estinania. Semakin dekat dia dengan mereka, semakin menderita mereka bertiga. Kedua-dua telinga Dazinking sudah pun dibanjiri dengan darah sementara hidungnya darah mula merembes keluar.
            “Aaaggrrrhhhhh!!!!!” Pekik mereka bertiga menahan sakit.
            “Aaaahhhhh!!!!!!!!”
            Tanpa belas, Filiwania terus meniup seruling hitamnya. Kini, impiannya untuk memiliki Pedang Quensza semakin hampir. Dada Reguroves tiba-tiba menjadi sesak. Mulutnya tiba-tiba termuntah darah. Membuak-buak darah keluar daripada mulutnya. Fabri Anya sedaya upaya mengumpul saki baki tenaga yang ada. Dia mengangkat tangan kanannya perlahan-lahan ke arah Filiwania. Dengan telapak tangan yang terbuka menghadap Filiwania, Fabri Anya menjerit sekuat hati melawan bunyi nyaring Estinania. “Sofatrente Hyfrivilio!!!!!!” Satu letupan kuat menghala ke arah Filiwania menyebabkan dia terpelanting sehinggalah dia terhumban jauh ke dalam hutan. Dirinya rebah ke tanah. Badannya mula mengalami cedera parah. Dia cuba bangun perlahan-lahan, tapi lututnya lemah. Serangan mendadak daripada Fabri Anya menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk melindungi dirinya. Sementara itu mereka bertiga yang lain mula bernafas secara perlahan-lahan. Semakin lama semakin lancar pernafasan mereka. Fabri Anya mengesat darah yang mengalir dari setiap rongganya. Reguroves yang sudah mula berdiri merengus kasar. Dia mengetap bibir geram dengan tindakan Filiwania. Dazinking yang tertiarap daripada tadi sudah mula duduk. Daripada duduk dia bangun berdiri sambil mengelap wajahnya yang basah dipenuhi darah. Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri lalu tanpa bicara terus berterbangan menuju ke arah Filiwania.
            Filiwania yang masih lagi tercungap-cungap membuntangkan mata apabila melihat ketiga-tiga mereka terbang laju ke arahnya.
            Qritanya Frezntazen! Memukullah, Wrifia!!!!”
            Zengrins Ekuactum! Menjalarlah, Cruxiescies!!!!”
            Qullionsiansa Venlis! Memancarlah, Skitrillio!!!!”
            Serentak dengan serangan daripada mereka bertiga, Filiwania langsung tidak mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri. Dia maut bersama-sama dengan letupan yang sungguh hebat gabungan daripada mereka bertiga. Letupan yang sungguh kuat dan besar itu menyebabkan ketiga-tiga mereka melantun jauh di antara satu sama lain. Kepulan asap mula menyelubungi hutan itu.
            Dazinking terbatuk-batuk kerana asap tebal yang mengelilinginya. Dia mengerang kesakitan kerana kepalanya terhantuk pada batu besar. Dia meraba-raba belakang kepalanya. Terasa basah. Dia melihat tangannya lalu tahulah dia bahawa kepalanya sedang berdarah. Fabri Anya yang terlentang cuba mengiring ke kanan perlahan-lahan. Dia tidak mampu untuk bangun lagi buat masa sekarang. Matanya yang kabur di tenyeh perlahan. Sementara itu Reguroves mengerang kesakitan kerana tangan kiri dan kaki kanannya patah dan mengalami luka yang dalam. Darah tidak berhenti-henti daripada mengalir.
            Setelah kepulan asap semakin berkurangan, akhirnya pandangan mereka menjadi semakin jelas. Mereka melihat ke kiri dan kanan mereka. Masing-masing berusaha untuk berdiri bagi menyambung pertarungan yang masih lagi belum selesai. Mereka pasti Filiwania sudah menemui ajal menyebabkan persaingan menjadi semakin sengit. Fabri Anya, Dazinking dan Reguroves sudah mula berdiri. Biarpun tidak gagah dan tegap seperti awalnya, tetapi semangat mereka masih lagi cekal. Malahan semangat mereka semakin kuat untuk menumpaskan musuh. Baru saja Reguroves ingin memulakan serangan, Fabri Anya terlebih dahulu menjerit. “Tunggu!”
            Mereka berdua berpaling ke arah Fabri Anya. “Cuba tengok di atas sana.” Arah Fabri Anya kepada mereka berdua. Jari tenlunjuknya menunjukkan ke atas di mana terdapat gelombang yang terapung-apung. Mereka berdua memandang ke atas sambil mengerutkan dahi.
            “Apa benda tu?” Dazinking menyoal pelik. Mereka bertiga berjalan terhinjut-hinjut untuk melihat lebih jelas lagi benda apakah yang sedang terapung itu.
            “Itu…” Reguroves berkata perlahan sambil matanya mengecil memandang ke atas.
            “Pedang Quesnza!” Jerit mereka bertiga. Masing-masing terkedu apabla melihat hasil ciptaan Luke Questra yang indah dan sangat berkuasa itu. Mereka berpandangan sesama sendiri. Diam! Suasana bertukar hening. Masing-masing terkesima.
            Dazinking melepaskan keluhan dengan berat.
            “Aaaarrrgghhh!!!!!!!” Dia menjerit sekuat hati. Fabri Anya dan Reguroves sudah pun bersiap sedia. Lantas bermulalah pertempuran di antara mereka sekali lagi. Kali ini mereka bertiga bertekad untuk menumpaskan musuh di depan mata.
            “Exclixe Deprevaria!”
            “Ontassium Breeztacia! Ontassium Gikerucia!”
            “Sofatrente Xilio!”
            “Qritanya Helleaszen!”
            Serangan demi serangan dilancarkan oleh mereka. Darah merah memercik ke sana sini. Tubuh mereka melayang tanpa henti. Letupan demi letupan dilepaskan tanpa rasa sesal di hati. Sehingga akhirnya mereka bertiga terbaring lemah sambil tercungap-cungap. Masing-masing sudah semakin lemah hinggakan hendak bernafas pun tidak mampu. Fabri Anya melihat Dazinking dan Reguroves. Dia melihat keadaan mereka berdua lagi lemah berbanding dengan dirinya. Lalu otaknya pun mula berfikir. Jika dia mencederakan mereka berdua sikit saja lagi, dia akan mempunyai lebih masa dan peluang untuk mencapai Pedang Quensza itu.
            Fabri Anya mengangkat tangannya perlahan-lahan dengan keadaan tercungap-cungap. Dadanya berombak-ombak bernafas. Seksa benar untuk dia bernafas walaupun untuk sesaat. Dengan penuh berhati-hati, tanpa disedari oleh Dazinking dan Reguroves, Fabri Anya mula membaca manteranya perlahan dan tergagap-gagap.“So…Sof…Sofatrente….Sofatrente A…Sofatrente Aggressisilio!
            Terus keluar letupan yang amat kuat dan menakutkan ke arah Dazinking dan Reguroves. Fabri Anya menutup mata menahan segala serpihan daripada letupan itu. Angin yang sangat kuat menerbangkan segala benda yang berada di situ. Setelah beberapa saat saja keadaan di situ diselubungi debu yang berterbangan. Fabri Anya membuka mata perlahan-lahan. Dia melihat Reguroves dan Dazinking tercampak jauh dari tempatnya dan Pedang Quensza itu. Dia melihat dada Dazinking masih lagi bergerak-gerak, menandakan dia masih bernafas, tetapi lemah. Sementara Reguroves dia tidak pasti. Ruguroves dilihat kaku jauh nun di sana. Fabri Anya mencapai Wrifia lalu berusaha untuk bangun menggunakan tsisa teanga yang masih ada. Dia berjalan seperti budak yang baru bertatih menuju ke arah Pedang Quensza itu.
            Grundiumnipassentre Extrviende Quinfandassa.” Ucapnya lemah tetapi lancar. Terus, gelombang yang melindungi Pedang Quensza hilang lalu pedang itu selamat jatuh ke tangan Fabri Anya. Fabri Anya tersenyum puas. Wrifia di sangkutkan ke belakang badannya. Dia memegang hulu Quensza dengan kedua-dua tangannya sambil berfikir, inilah pengakhirannya. Akulah pemimpin mutlak Ventiage! Dia menjerit sekuat hati lalu menikam tanah dengan dalam menggunakan Quensza. “Hiyyaaarrgghhhhh!!!!!!!!!”
            Satu letupan yang maha besar dan gelombang yang maha hebat menyelubungi Ventiage pada waktu itu. Beberapa saat saja Planet Ventiage dalam keadaan seperti itu hinggalah letupan dan gelombang tadi berhenti lalu hilang perlahan-lahan. Quensza yang tegak menikam tanah juga semakin lama semakin hilang mejadi debu lalu diterbangkan oleh angin. Fabri Anya melihat sekeliling lalu tersenyum gembira.
            “Akhirnya!!!! Akhirnya Puak Minus yang berkuasa!!! Huwarrrgghh!!!!” Jeritnya sekuat hati. Dia tidak sabar untuk kembali kepada puaknya dan juga puak-puak yang lain untuk mengumumkan bahawa dirinyalah yang berkuasa dan akan menjadi pemerintah Ventiage yang mutlak.
            Ternganga mulut Fabri Anya apabila sampai di situ. Matanya membuntang apabila melihat keadaan di situ. Kepalanya melihat ke kiri dan kanan, depan dan belakang. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Semuanya musnah! Hancur! Termasuklah puaknya. Dia terduduk di situ menangis teresak-esak. Kini, yang tinggal di Ventiage hanyalah dirinya. Semua yang hidup telah mati di situ kerana kuasa Pedang Quensza tadi. Dia terduduk di situ sambil meraung-raung di atas kehilangan pengikutnya. Tidak ada gunanya menajdi ketua jika tiada pengikut dan juga hidup dalam keseorangan. Dia menepuk-nepuk dadanya dengan kuat menyesali perbuatan bodohnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree