Friday, September 23, 2011

GEMUK + DEBAB + BUNTAL = OBESSITI   – . –
AAAHH…Tajuk di atas ‘sejibik’ kena batang hidung saya sendiri. Sebab saya pun kategori yang ‘muk’ gak! Saya tuliskan tajuk ini kerana saya baru saja lepas menonton English Series iaitu ‘LAW & ORDER – SVU’ salah satu rancangan kesukaan saya. Jadi, pada episode malam ini (saya ringkaskan saja), ada cerita pasal budak gemuk yang kena pukul dengan orang kurus. Kemudian, adik kepada orang yang gemuk ini balas dendam untuk abangnya dengan cederakan orang yang kurus ini. Hinggalah di akhir cerita (saya skip terus sampai ending), adalah yang bergaduh sampai mati.
          Tragis bukan? Kerana kebencian orang kurus ini kepada orang gemuk, sehingga ada yang yang terkorban nyawa. Syukurlah sepanjang saya gemuk  tak ada lagi yang kena masuk keranda sebab saya gemuk! Alhamdulillah…Berat saya dulu pernah melebihi 70kg. Jadi, mak dan ayah saya hantar untuk pemeriksaan darah, dari situlah saya tahu yang kesihatan saya kurang baik. Kandungan gula dan kolestrol dalam darah sangat tinggi. Doktor yang merawak saya pulak yang risau lebih pasal kesihatan saya. Mula-mula tu saya memang malas nak ambil berat pasal isu gemuk ini sebab saya dah biasa jadi orang yang gemuk, tapi, lama-kelamaan bila saya dnegar keburukan obesity dan bahaya penyakit yang mungkin dihidapi oleh saya terus mata terbuka luas! Mulut juga ternganga! Dahsyat wooo…~ Jadi, bermula dari situ saya terus berazam untuk kuruskan badan kerana ingin menjalani hidup yang sihat. Dan Alhamdulillah… berkat segala diet, exercise, saya telah hilang 10kg.
          Saya rasa saaaaaaangat gembira! Sebab  penampilan saya jauh berubah! Saya akui keyakinan saya juga menibgkat! Kalau dulu saya selalu beri alsan tak nak keluar rumah sebab malas pada hal saya malu sebab badan besar, tapi, bila dah kurus saya rasa nak keliling satu dunia! Wahahaha…kalau asaya ada duit dah lama saya pergi! Malah, saya juga menerima layanan yang berbeza khususnya kalau terjumpa mana-mana kaum Adam yang tak dikenali. Selalunya, kalau saya duduk seorang diri di McDonalds, tak ada sesape pun nak tegur. Tapi, time saya tengah kurus, ramai pulak yang ringan mulut. Siap snegih-sengih lagi. Mula-mula agak janggal kerana jarang(sebenarnya tak ada langsung!) kaum Adam yang tak kenal ni baik dengan saya tiba-tiba. Saya sendiri pelik. Kemudian, bila saya ceritakan pada kakak-kakak dan kawan-kawan saya, ramai yang cakap sebab saya dah kurus dan muka saya dah lain.
          Awalnya, saya cakap diornag mengarut. Tapi, lama-kelamaan saya akui ada kebenaran di sebalik kata-kata mereka. Saya mengeluh seorang diri tentang perkara ini. Jadi sudah terbukti bukan mata hanya melihat cantik? Saya tak mengaku saya cantik, tapi, sungguh berlainana sekali saya dilayan ketika saya gemuk dan kurus. Dua keadaan yang berbeza jadi, layanan juga akan berbeza? Cetek sungguh akal manusia! Dan juga, kalau saya singgah mana-aman kedai, ramai betul si Kaum Adam ni yang menyapa.. Kalau gemuk dulu, pandang sebelah mata pun tak mahu! Seriously?!!!! Apa kejadahnya perangai macam tu? Diskriminasi! Yup! Ini sudah dikira diskriminasi kepada saya yang gemuk ini!
          Saya pernah diejek gemuk sewaktu sekolah. Banyak kali! Dan yang rajin mengejeknya adalah mereka yang dari kaum Adam ini! Dan saya sangat sakit hati! Sedih! Cuba bayangkan kalau mereka yang kurus dan bermulut durjana itu berada di tempat saya yang gemuk ini! Barulah mereka tahu betapa seksanya saya waktu sekolah dulu. Yang perempuan juga tidak kurang hebatnya yang mengejek saya! Kalau time bergaduh tu(budak permepuan kalau bergaduh memang mulut senajat utama!), mulalah mulut tu mengejek sakan! Apa la punya perangai? Macam, ehem,ehem! Yang jelasnya, pengalaman sebagai orang gemuk memang sedih! SEDIH! Tapi, segemuk mana pun saya, Alhamdulillah..dapatlah jugak jejakkan kaki ke ‘u’ dan dapatlah jugak segulung ijazah.  Dan mereka yang mengejek saya? Hurm….?
          Dan pengalaman saya untuk turunkan berat badan punyalah seksa! 2,3 bulan jugaklah saya tak dapat minum cappuccino! Kemudian, kalau ada orang bagi Ferrero Rocher terpaksa telan air liur aje dan bagi orang lain yang makan! Seksa wooo! Kalau iman tak kuat memang dah selamat coklat mewah itu saya sumbatkan ke dalam mulut! Dah jadi kurus ada perkara lain pulak nak kena ambil kira iaitu untuk maintain berat. Pun satu kerja yang payah! Macam hari raya hari tu, memang iman saya tak kuat main bedal je segala jenis lemang dan kuih raya yang terhidang! Akhirnya….semuanya tahu apabila lemak mula berkumpul di badan! Saya kembali menajdi gemuk semula! Hoooray! Saya kini tak takut sangat bila gemuk sebab saya yakin berat badan boleh turun kalau berusaha!
          Dan sekarang badan saya dah mula naik sejak raya hari tu. Still lagi berusaha untuk turunkan berat badan. Bukan kerana inginkan layanan yang konon-kononnya ikhlas daripada mereka yang kononnya kata ikhlas menegur kita, tetapi lebih kepada kesihatan diri. Kalau sehari kita luangkan masa membaca bahayanya penyakit Diabetis ini, sudah tentu kita akan ternganga. Percayalah! Sebab saya dah membacanya, dan saya sangat-sangat takut jika terkena penyakit diabetis ini. Alhamdulillah…saya masih selamat. Itu baru satu jenis penyakit. Belum lagi pelbagai jenis penyakit yang lain! Darah tinggi! Sakit jantung! Uwaaa…tatot!!!!
          Jadi, marilah kita mengamalkan cara hidup sihat. Mencegah lebih baik dari mengubati. Ahaks!

1 comments:

Unknown said...

Tak kira kurus atau gemuk, yang penting kita sihat, kan? Sihat itulah cantik. Tak usah pedulikan apa pandangan orang tentang kita. Yang sangat penting, apa pandangan kita tentang diri kita sendiri. ^_^.

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree