Tuesday, September 20, 2011

PETANG YANG INDAH…
APABILA membaca tajuk di atas bunyinya agak klise bukan? Tetapi, itulah perasaan saya pada petang tadi sewaktu berjogging. Saya dengan semangat berkobar-kobar ingin hapuskan lemak-lemak di badan yang gebu ini hasil daripada ketupat,lemang, lontong, soto, rendang dan lain-lain lagi. Alhamdulillah…rezeki yang dilimpahkan oleh Ilahi masih lagi mencukupi hingga kini…Tetapi, kesihatan harus dijaga. Setelah pemeriksaan di buat, hasilnya, paras kolestrol dalam darah saya…??? Cukuplah saya katakan boleh buat doktor pengsan! Wahahahaha… Terima kasih kepada lemang dan kawan-kawannya. Saya sambung kembali cerita berjogging tadi. Pada awalnya langit kelihatan cerah tapi lama-kelamaan awan mendung mula berarak (aiseh…guna ayat novel pulak…) Hari pun tiba-tiba mendung. Apabila sampai saja di tempat rekreasi, saya tidak terus keluar daripada kereta sebaliknya sedang fikir patut atau tidak untuk teruskan niat suci murni saya itu.
          Setelah tunggu beberapa minit saya ambil keputusan untuk terus berjongging saja. Kalau hujan, paling teruk pun badan saya akan basah. Itu aje! Sakit atau tidak itu terpulang kepadaNya. Jadi, saya pun dengan semangatnya keluarkan kaki daripada kereta. Kemudian seluruh tubuh saya pula mengikut kaki saya. Sebaik saja saya berdiri di luar kereta, terus bayu yang dingin menyapa seluruh tubuh. Ya Allah…sedapnyaaaaaa~ Rasa dingin, suasana mendung waktu itu betul-betul buat saya nak berjiwang! Aiceceh…. Jadi, di sebabkan suasana yang macam ‘balada’ itu, saya pun ambil keutusan untuk berjalan-jalan saja sementara nak tunggu hujan. Kalau dah hujan nanti baru nak lari! Wahahaha…
          Sambil berjalan-jalan, saya terlihat sepasang suami isteri yang sedang duduk santai berhadapan dengan tasik. Umur mereka sekitar dalam lingkungan 70-an. Saya melihat mereka bergelak ketawa dan beramah mesra. Sooooooo sweet! Saya pun terus jadi ‘cik sibuk’ lalu duduk di kerusi sebelah mereka. Saya hanya memerhatikan gelagat mereka. Bagaimana mereka ketawa dan bagaimana mak cik itu menepuk-nepuk belakang suaminya apabila batuk. Dan juga pak cik yang memegang tangan isterinya sepanjang masa. Saya tersenyum atau lebih tepat lagi tersengih melihat mereka berdua.
          Lama saya duduk di situ, hujan pun mula menitik. Saya melihat pak cik itu segera mencapai payung lalu memayungi isterinya. Mereka bangun bersama-sama sambil berpimpin tangan. Perlahan-lahan mereka berjalan beriringan mungkin menuju ke kereta mereka. Saya pun terus berlari kerana hujan semakin lebat menuju ke tempat parkir kereta. Hampir separuh tubuh saya basah dek hujan. Saya masuk ke dalam kereta lalu memasang CD. Dan secara kebetulan lagu Silly Love Song nyanyian Blaine Warblers (iaitu kumpulan daripada cerita Glee) terpasang. Saya duduk sebentar untuk mendengar dan menghayati lagu itu. Memang saya sangat jiwang pada petang tadi. Yup! Saya mengaku saya TERJIWANG! Wahahaha…
          Saya mula terfikir, bagamana hidup saya nanti bila tua? Adakah saya masih bahagia seperti pasangan pak cik dan mak cik tadi? Saya inginkan kebahagiaan seperti itu. Saya sangat-sangat inginkan teman hidup hingga nyawa saya diambil nanti.  Sebelum ini saya tak pernah ambil pusing pasal jodoh. Malah saya tak bersusah pun nak mencari sampailah sekarang. Tetapi, bila terpandangkan mak cik dan pak cik tadi, tiba-tiba saja saya terfikirkan hal ini. Sungguh, kalau kawan-kawan saya tahu pasal hal ini mesti mereka gelak guling-guling sampai jatuh katil. Keluarga saya juga akan ketawa sampai pengsan! Saya bukannya masuk dalam kategori gatal nak kahwin, tapi, hanya memikirkan masa akan datang. Jadi, saya rasa dengan umur yang makin meningkat, saya akan mula fikirkan perkara ini dengan serius. Yup! Bukannya terus nak kahwin, tak….Cuma mula fikirkan saja…dan berdoa..dan tawakkal…
          Ini kerana…JODOH PERTEMUAN ITU DI TANGAN ALLAH…

1 comments:

Unknown said...

salam...heh heh..barangkali petunjuk dari tuhan sudah datang, memberi tanda bahawa masanya sudah tiba...? ^_^...

Jadi, jangan abaikan petunjuk itu... Mudah-mudahan ALLAH mempermudahkan urusan, mempercepatkan jodoh dan bahagia sehingga ke hujung nyawa..AMIN :)

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree