Monday, March 28, 2011

SABARNYA PARA ISTERI…

BERTAHUN-TAHUN menunggu namun belum ada rezeki. Sudah bermacam-macam usaha yang dilakukan sama ada mengikut perubatan tradisional ataupun moden tapi masih lagi belum ada tanda-tandanya. Namun, usaha mesti diteruskan, doa jangan dilupakan dan tawakkal mesti disertakan setiap saat.
            Dilemma pasangan suami isteri yang masih tidak mempunyai anak biarpun sudah bertahun-tahun lamanya mendirikan rumah tangga menimbulkan pelbagai perasaan dalam hati. Tapi, biarpun keadaan ini dialami oleh suami dan pasangannya tapi tajuk saya lebih khusus kepada isteri Kerana apa? Kerana isteri adalah seorang wanita yang hatinya lebih lembut,lebih cepat terasa dan lebih sensitive. Bukannya saya nyatakan di sini lelaki tak ada perasaan, tapi wanita mempunyai hati cukup lembut dan mereka lebih mudah menitiskan air mata bagi mengubati kesedihan yang dialami. Berbeza dengan kaum lelaki, mereka dikurniakan oleh Allah semangat yang tinggi, akal yang melebihi kaum wanita, hati mereka lebih cekal dan mereka juga pandai menyimpan perasaan Maha Suci Allah yang menjadikan perbezaan di antara wanita dan lelaki adalah suatu hikmah yang besar kepada manusia.
            Cuba kita bayangkan jika wanita dan lelaki dijadikan dengan karakter dan attitude yang sama. Maka siapa pula yang mahu melindungi kaum Hawa yang lemah-lembut ini? Dan jika lelaki dan wanita mempunyai bilangan akal yang sama, bagaimana pula keputusan yang sebulat suara ingin dicapai? Dan siapa pula yang boleh jadi pemimpin di kalangan manusia? Dengan ini sudah jelaslah bahawa Allah Maha Mengetahui dengan setiap kejadian yang berlaku. Dijadikan lelaki dengan 9 akal kerana nanti mereka yang akan menjadi pemimpin di kalangan manusia lebih-lebih lagi dalam konteks kekeluargaan. Dan wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki membuktikan bahwa lelaki akan menjadi pelindung mereka berserta dengan kurniaan kekuatan oleh Allah kepada mereka bagi tujuan kebaikan, iaitu melindungi kaum wania yang lebih lembut sifatnya.
            Jadi, di sini, saya ingin memberikan selongkar sedikit sebanyak dugaan dan kepayahan yang terpaksa dihadapi oleh kaum Hawa apabila isu anak ini timbul. Ini adalah isu yang sangat sensitive bagi pasangan yang sudah berkahwin.Masakan tidak, apabila berkahwin perkara uatama yang ditunggu adalah menanti zuriat. Jangankan bagi pasnagan yang berkahwin tetapi juga daripada pihak keluarga.
            Di awal musim perkahwinan semuanya indah belaka. Hubungan di antara pasangan yang berkahwin dan keluarga mertua pada kedua-dua belah pihak baik-baik saja. Tapi setelah setahun berlalu, soal anak mula ditimbulkan. Pada awalnya soal anak hanya ditimbulkan sesekali saja, tapi apabila sudah mencapai tahun kedua dan ketiga sudah menjadi soal bila mahu mendapat anak menjadi soalan wajib yang akan ditanya. Dan sudah semestinya orang yang akan dihujani soalan yang bertubi-tubi mengenai anak ini adalah si isteri. Soalan yang dilemparkan bagaikan peluru, tak henti-henti daripada pihak keluarga dan saudara-mara bertanya tanpa sikit pun memikirkan perasaan si isteri. Dan kasihannya si isteri terpaksa menjawab dengan senyuman manis di bibir biarpun perasaan sedih sudah mula bergelora di dalam hati. Air mata yang bakal melimpah bila-bila masa saja terpaksa di tahan seorang diri.
            Dan apabila usia perkahwinan semakin meningkat, soalan mengenai anak tadi sudah mula bertukar kepada sindiran. Dan sekali lagi yang menajdi mangsa adlaah si isteri kerana mereka adlaah sasaran mudah bagi pihak keluarga dan saudara-mara meluahkan perasaan. Dan si isteri yang lemah dan ingin menjaga hati kaum-kerabat dipaksakan senyuman di bibir dan cuba mengahdam segala sindiran yang diterima. Di pujuk diri supaya percaya bahawa sindiran itu adlaah gurauan daripada kaum kerabat.
            Si isteri yang sepanjang hari terpaksa menanggung pedih di hati menangis di malam hari sambil mengadu pada suami tercinta dengan harapan si suami akan berbuat sesuatu tentang perkara ini. Tapi hampanya si isteri apabila jawpaan yang diterima kebanyakannya adlahs eperti ini :
            “Alaa….biarkanlah. Diorang berguarau je tu. Awak tak payahlah ambil hati snagat. Biasalah tu kalau saudara-mara bergurau.”
            Sekali gus menyebabkan si isteri percaya bahwa dia telah hilang tempat bergantung.
Kerana kepercayaannya selama ini si suami adalah orang yang akan melindunginya hingga ke akhir hayat dan akan membelanya di masa kesusahan. Maka makin lebatlah air matanya menyiimbah ke Bumi. Dan apa yang paling menyedihkan apabila kesengsaraan dan kesedihan ini dihadapi seorang diri olehnya.
            Manusia sememangnya mudah menggunakan mulut sebagai senjata untuk menyakiti orang lain. Dan saya tak faham kenapa orang lain yang bersungguh-sungguh menyakitkan hati pasangan yang belum lagi ada rezeki untuk mempunyai anak? Keluarga anda sudah mempunyai anak maka, bersyukurlah. Tapi, berilah ruang kepada pasangan yang lambat mempunyai anak itu. Sepatutnya mereka yang dah berkahwin ini faham akan perasaan menantikan zuriat. Dan mereka seharusnya menyokong dan memberikan kata-kata semangat. Bukannya memerli dan melemparkan pelbagai jenis tohmahan dan fitnah. Siapa lagi yang akan terkena fitnah ini kalau bukan si isteri.
            Fitnah bukanlah sesuatu yang mudah. Fitnah adalah satu dosa besar yang mana dosanya lebih besar daripada membunuh. Astagfirullah….
            Janganlah kita sesuka hati menyakitkan hati dan perasaan seseorang. Fikirlah kalau kita berada di tempat mereka apa yang akan kita rasa? Dan bagi si suami pula, janganlah ambil mudah tentang perasaan si isteri. Sekurang-kurangnya tunjuklah anda mengambil berat tentang perasaan mereka ataupun temanilah mereka sewaktu sedang menangis. Hanya dengan mengusap kepala mereka ataupun memeluk mereka sudah memadai. Biarpun perbuatan ini dianggap remeh dan seakan-akan tak membawa apa-apa erti tapi ketahuilah buat isteri besar maknanya. Kesedihan yang ditanggung akan beransur-ansr hilang apabila si suami menunjukkan keprihatinannya.
            Buat para isteri, jangan sekali-kali putus harapan kerana Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang baik dn buruk untuk kita. Dan ini adalah ujian bagi mereka yang sedang emgalaminya. Jangan pernah putus asa untuk memohon kepada Allah. Banyakkan doa dan senitasalah sabar apabila diri terpaka dengar benda-benda tak elok yang telah dilemparkan. Pedulikan semua kata-kata fitnah dan sindiran. Yang penting kita tak sakitkan hati orang lain. Biarlah orang sakitkn hati kita kerana suatu hari nanti Allah akan membalasnya.
Doa mendapat Zuriat yg baik :
“Ya Tuhanku, kurniakanlah dari sisi Mu zuriat yg baik sesungguhnya Engaku sentiasa mendengar(Menerima) doa….” (Surah Ali ‘Imran ayat 38)

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree