Sunday, March 27, 2011

PENJUAL @ PEMBELI YANG BERLAGAK…?

PENJUAL : “Eleh! Berlagak! Kalau kaya takpelah jugak! Takat nak beli barang murah macam ni pun nak bising-bising! Berlagak gila! Eeeii…bencilah!”
PEMBELI : “Tak sedar diri. Kerja tukang jual je pun tapi berlagak bukan main lagi! Macamlah dia punya kedai!”
PERKARA seperti ini biasa terjadi apabila sesuatu urus niaga itu tak erjalan dengan lancer. Dan selalunya petengkaran ini akan berahir dnegan pelbagai cemuhan dan kutukan baik dari pihak penjual atau pun pembeli.
Sebagai pembeli memang rasa sakit apaila ada penjual yang ‘ek’ dengan kita. Mana taknya, kita mahu membeli barangan yang dijual dan diharap dapat layanan yang baik dan hormat walaupun barang yang dibeli itu taklah mahal mana. Tak kisahlah berapa pun harga baranag tu, tapi kita mahu membeli. Kalau kita yang bergelar sebagai pengguna ini tak membeli, siapa lagi? Dah pastinya barang yang dijual di seluruh dunia adalah untuk pengguna! JAdi penjual tak perlulah nak berlagak ‘bagus’! Sebab jka tak ada pengguna, maka takkan adlaah pembeli.
Dalam perniagaan selain daripada perniagaan yang halal dan bebas daripada riba’ apa yang paling dititik beratkan adalah ‘customer service’ yang diberikan daripada pihak penjual kepada pembeli ataupun customer. Biarpun barang yang dijual itu tak ada gunanya pada pembeli, tetapi kalau ‘customer service’ yang diberikan oleh penjual bertaraf 5 bintang, pembeli secara tak langsung akan membeli barang tersebut kesan daripada layanan baik yang diterima. Contohnya, seorang wanita yang dah pun ada berjuta-juta handbag di dalam almari sedang window shopping di mall. Dan dia saja-saja mahu masuk ke dalam butik yang menjual handbag. Di dalam hatinya sudah nekad untuk tak mahu membeli kerana ada lagi handbag yang masih elok dan juga belum dipakai. Tetapi apabila menerima sambutan manis daripada penjual, dan dirinya dilayan sebagai seorang ‘permaisuri’ maka hatinya akan menjadi lembut dan akan terus meluangkan masa untuk dengar celoteh daripada penjual. Telinganya tak jemu mendengar penjual ‘promote’ handbag ynag dijual dan mulut tak henti-henti tanya itu dan ini kerana minatnya untuk membeli semakin lama semakin menebal di dalam hati. Dan di akhirnya wanita itu akan pulang ke rumah sekurang-kurangnya dengan membeli sebuah handbag pada hari itu sambil tersenyum girang. Dan percayalah, apa yang paling akan diingati oleh wanita itu adalah layanan istimewa yang diterimanya dalam butik tadi manakala handbag itu akan menjadi perkaa nombor dua dalam kotak fikirannya.
Dan kontranya pula adalah apabila seorang wanita juga yang amat memerlukan satu set suit bagi memenuhi keperluan pekerjaannya. Dia masuk ke sebuah kedai dan membelek-belek semua jenis suit yang ada baik yang murah ataupun mahal. Dan apabila hatinya dah sangat berkenan pada sepasang suit itu, dia mencari penjual untuk bertanya soalan. Penjual pun datang dengan wajah yang masam, jalan pun sengaja dibuat-buat malas. Apabila ditanya soalan jawab seperti acuh tak acuh tanpa membuat eye contact dengan pembeli. Terus hilang perasaan wanita tadi untuk membeli walaupun dalam hati dia amat sukakan suit itu. Dia memang sangat-sangat berkenan dengan suit itu sehinggakan dia sanggup untuk membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya. Tetapi oleh kerana layanan yang diterima adalah layanan ‘first class’ daripada penjual tadi hatinya sudah tawar. Lalu dia terus berlalu keluar dari butik itu mencari di tempat lain.
Begitulah senario yang sering terjadi. Pada contoh nombor 2 di atas saya tak terapkan ada pertelingkahan yang berlaku. Lebih kepada senario yang ‘diam-diam’. Tetapi ada kejadian di mana jika pembeli menerima layanan ‘first class’ seperti di atas, maka ada sesetengah mereka akan mula hilang sabar. Ditambah pula dengan sikap penjual yang tak tahu nak hormatkan orang, maka tak mustahil pergaduhan akan mula berlaku.
Pernah suatu ketika di mana saya ingin membeli hadiah untuk seseorang. Saya baru teringat birthday seseorang last minute jadi saya pun terkocoh-kocohlah pergi ke salah sebuah pusat membeli belah untuk membeli hadiah. Waktu itu adalah di malam hari hampir pukul 9.30. Jadi saya malas mahu bersiap lalu saya pergi ke pusat membeli belah itu dengan pakaian yang sempoi. T-shirt, seluar track dengan selipar jamban. Saya pun terkejar-kejar apabila sampai di pusat membeli-belah itu kerana jam hampir menujukkan pukul 10 malam. Saya pun terus meluru ke salah sebuah butik berjenama untuk mencari hadiah yang bersesuaian.
Dan sewaktu saya masuk ke dalam butik itu, saya dah dapat rasakan yang terdapat beberapa pasnag mata memadnang kea rah saya. Tapi saya buat tak kisah sebab saya nak cepat. Saya malas mahu fikir kenapa pandnagan mereka tertumpu kea rah saya. Akhirnya mata saya tertumpu pada sebuah barang yang sangat cantik dan sangat sesuai jika mahu dihadiahkan kepada kawan saya. Lalau saya memanggil pekerja di situ untuk tahu lebih lanjut mengenai barang itu. Tapi, malangnya tak ada seorang pun yang mahu membantu saya. MEreka lebih senang buat-buat tak dengar dengan panggilan saya. Mereka melayan pelanggan lain yang lebih bergaya dari saya. Pelanggan yang masuk ke butik itu dengan emas berselirat di tangan masing-masing dengan  leather handbag yang berkilau dan bersinar. Sedangkan saya hanya seorang yang biasa berselipar jamban bagi pandangan mereka.
Sedihnya saya pada waktu itu memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apa yang lebih menyedihkan mereka yang sebangsa dengan saya juga tak ambil peduli pada saya. Saya terus keluar daripada butik itu dan saya ingat setiap raut wajah mereka. Selepas beberapa hari, saya datang semula ke butik itu kali ini dengan penampilan yang berbeza. Saya masuk dengan lebih classy, dan beberapa perhiasan mewah saya gayakan pada tubuh badan saya.
Dan sebaik saja kaki kanan saya melangkah masuk, saya terus disapa mesra oleh mereka di mana kebanyakannya adalah orang yang sama pada malam itu dengan senyuman manis sambil berkata. “Selamat Datang cik ke……”
Saya mengangguk sambil tersenyum lalu melihat-lihat di dalam kedai sambil setia diikut oleh salah seorang pekerja di situ. Dan pada hari itu saya telah mendapat layanan first class berbeza daripada malam itu (tapi syaa taj beli apa-apa pun saya just buat-buat tanya itu berapa?ini berapa?apa beza ni dnegan yang tu? Akhirnya saya blah macam tu aje tanpa beli apa-apa. Kik..kik..kik..)
Saya tak nafikan yang penjual juga selalu berasa dengan sesetengah sikap pembeli yang tak kurang berlagaknya. Tapi janganlah kerana mereka yang berlagak itu pelangagn lain pula yang menjadi mangsa. Ada juga satu keadaan di mana penjual yang lebih sanggup pembeli yang banyak ragam dan kerenah dan lebih menyakitkan hati daripada pembeli yang jah beza sikapnya semata-mata berasaskan penampilan seseorang itu. Bagi mereka, orang yang bukan dressed up, tak mampu nak membeli. Baik layan yang dressed up sebab diorang mampu membeli.
Tak kira pembeli atau penjual bagi saya sikap berlagak itu tak perlu ada. Kerana kita adalah manusia dijadikan dari bahan yang sama iaitu tanah. Jadi apalah yang nak dibanggakan sangat kalau asal-usul kita adalah daripada tanah dan keturunan daripada Nabi Adam a.s dan juga Hawa. Jika wanglah yang menjadi ukuran, maka seharusnya diingatkan semua itu adalah pinjaman semata-mata di dunia ini kerana semua itu adalah hak milik Allah. Kita sebagai khalifah di muka Bumi ini dijadikan sebagai pemegang amanah untuk menjaga semua kemudahan yang Allah berikan kepada kita untuk digunakan ke arah kebaikan dan dikongsi sesama manusia.
 Firman Allah Subahanahu Wataala dalam Surah Lukman ayat 18 Tafsirnya; “Dan janganlah engkau memalingkan muka-mu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong  takabbur lagi membangga diri.”

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree