Saturday, March 26, 2011

MENCURI SEBAGAI KERJAYA

RUMAH saya adalah sasaran mudah bagi pencuri. Entah berapa kali rumah ni dah dipecah masuk pencuri tapi yang pasi sudah lebih dari 3 kali.. Dan tiap kali rumah saya di pecah masuk, hati saya luluh bila melihat habis semua barang yang berharga dan juga wang telah habis dikebas oleh penyangak-penyangak! Bila lihat hasil titik peluh ibu dan ayah saya yang setiap hari berhempas pulas mencari rezeki menjadi habuan mudah bagi si penyangak!
            Pernah suatu ketika, duit yang dikumpul oleh ibu dan ayah saya untuk menghantar kakak saya melanjutkan pelajaran(PTPTN belum lagi wujud waktu itu) lesap begitu sahaja! Terduduk jugalah ibu saya dibuatnya kerana terlalu sedih duit yang ada cukup-cukup untuk menghantar kakak saya pergi belajar hilang sekelip mata. Dan duit tabung kakak saya juga turut dicuri oleh si bedebah tanpa sikit pun perasaan kasihan. Nasib baiklah ada juga saudara-mara yang prihatin, maka merekalah yang datang menghulurkan bantuan. Bersyukurnya kami tak terkira pada waktu itu kerana beban yang ditanggung telah berkurangan sedikit demi sedikit.
            Selepas satu kejadian ke satu kejadian hinggalah kejadian yang entah ke berapa kali barulah kami mengambil tindakan untuk meningkatkan tahap keselamatan di rumah. Sebelum ini keluarga saya tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, tapi, Alhamdulillah, rezeki yang semakin bertambah maka bolehlah kami menambah apa yang patut untuk meningkatkan keselamatan di rumah. Di samping doa yang berterusan kepada Allah agar melindungi saya dan keluarga daripada segala bahaya dan bencana.
            Dan baru-baru ini rumah jiran di seberang jalan pula dkejutkan akibat dipecah masuk oleh si bedebah! Habis rantai pagar dipotong dan tingkap dikumpil! Berselerak semua barang yang ada dalam rumah. Dan yang paling sedih sekali apabila tabung anak-anak jiran yang baru sekolah rendah dan tadika juga di kebas tanpa ihsan! Anak kecil yang tak faham apa-apa itu tanya pada ibunya,”Ibu, duit adik yang berat dalam tabung tu pergi mana?” Ibunya terus mengalirkan air mata kerana sedih dnegan pertanyaan anaknya. Barang-barnag kemas dan duit dan juga motor yang baru saja dibeli juga ‘selamat’ pergi bersama dengan si bedebah itu!
            Tidak apa yang boleh kami lakukan sekadar memberikan kata-kata semangat. Tapi itu langsung tak mencukupi! Apatah lagi dapat puaskan perasaan! Seharusnya bedebah-bedebah itu di bawa ke hadapan kami yang bergelar mangsa dan dipotong tangan mereka! Dan kalaulah imipian kecil saya ini tercapai alangkah bahagianya…
            Tapi, apa yang menghairankan, mereka yang bergelar penyangak ini tahu saja bila ‘line clear’ untuk mencuri. Macam jiran saya tadi, dia dan sekeluarga tak ada di rumah kerana pulang ke kampung. Keadaan yang sama juga berlaku pada saya dan keluarga. The rest, all of us can sit and think about this for a while.
            Sehingga ke hari ini, mengambil barang orang tanpa kebenaran atau kasarnya mencuri(walaupun saya rasa tak kasar sikit pun) sudah menjadi kerjaya bagi mereka yang mempunyai hati yang sungguh busuk! Mereka yang tdak ada perasaan. Merampas hak milik orang lain yang penat lelah bekerja mencari rezeki bagi menyara keluarga.
            Kejadian mencuri sesuka hati ini semakin lama menjadi semakin hebat seumpama mencuri menjadi kerja ‘part time’ bagi mereka yang tak ada hati dan perasaan ini. Ada yang lagi advance, meningkatkan kerjaya mencuri ini kepada satu tahap yang lebih extreme di mana parang, kapak, pistol dan pelbagai lagi senjata berbahaya dijadikan ‘teman’ sewaktu operasi mencoroboh dilakukan. Jika ada mangsa yang melawan, maka dengan senang hati kepala mangsa tersebut akan dicantas! Tempurung kepala pecah akibat tembakan! Badan berkecai akibat ditikam berkali-kali!
            Persoalnnya sekarang, takkah mereka takut pada azab yang bakal mereka terima nanti? Adakah mereka berasa begitu hebat dengan kapak dan parang di tangan berbanding dnegan kuasa Allah? Tidakkah mereka rasa berdosa makan dari hasil yang haram dan akhirnya akan menjadi darah daging? Allah sudah menyyatakan secara terang-terangan bahawa mencuri itu haram! Berdosa! Tapi, mengapa manusia sikit pun tak takut akan larangan dari Yang Maha Esa ini?
            Itulah menjadi tanda tanya buat saya. Takkah mereka takut kepada Tuhan Yang Maha Agung pada hal sudah jelas Allah menyatakan mencuri itu adalah dosa besar. Dan betapa beraninya mereka melakukan jenayah tersebut tanpa sikit pun perasaan takut pada Allah Yang Maha Esa…
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (SurahAl-Maidah ayat 38)
            Dan di harap perbuatan ini dapat dihenatikan dan segeralah bertaubat kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Hidup manusia itu tak akan tenang jika melakukan dosa melainkan dia kembali bertaubat kepada Allah.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree