Tuesday, February 8, 2011

AKU TUNGGU DAN...KAU DATANG

MASING-MASING duduk di atas pasir berlapikkan selipar buruk yang memang layak masuk muzium. Lima pasang mata  memandang ke tempat yang sama. Laut yang biru kehijauan kadang-kadang bergelora dengan hentakan ombak dan kadang-kadang tenang mengikut rentak bayu yang bertiup.
            “Haaaaaaiiiih~”
            Serentak Jaja, Jojo, Mai dan Alif menoleh ke arah Qui. Qui mengangkat kening dengan mata membuntang.
            “Apa?”
            Keempat-empat mereka berpandangan lalu ketawa.
            “Apa?” Soal Qui lagi dalam kebingungan. Kali ni suaranya makin kuat dari tadi.
            “Tak ada apa-apa…” Jawab mereka serentak.
            “Dah kalau takde pape yang tetibe sume gelak ni pehal? Gila ke apa?”
            “Yang kau ni tiba-tiba mengeluh apsal? Orang lain tengah feeling habis tadi tetibe kau pulak rosakkan mood kitorang.” Jojo menjeling ke arah Qui.
            “Eleh, feeling konon.” Qui mencebik.
            “Aku tak faham tau dengan budak berdua ni. Pantang berjumpa tak gaduh tak sah!”
            “Bukan aku, si Qui ni yang mula dulu.”
            “Aku pulak! Kau yang tetibe tadi marah-marah aku.”
            “Bila masa pulak aku marah?”
            “Habis tu kalau bukan marah nak panggil apa? Menyanyi?” Qui menjengil mata.
            Jojo dah tak tahan lantas diangkat sikit duduk lalu mencapai selipar buruknya. Dengan pantas dibaling selipar itu ke arah Qui yang duduk di akhir sekali di sebelah Alif. Tak sempat mengelak, nasib dia selipar itu terkena bahunya.
            “Oit!” Qui menggosok-gosok bahunya kemudian mengambil selipar yang dibaling tadi. “Hari ni kau balik dengan sebelah kaki ayam!” Terus disumbat selipar tadi ke dalam poket seluar. Tak muat pun dia kasi muat jugak.
            Jojo membuntangkan mata. “Bagi balik!”
            Qui buat tak layan.
            Jojo mengetap bibir. Baru saja dia ingin membuka mulut segera Mai memotongnya.
            “Tengok, baru je aku cakap kan dah gaduh?” Dia memandang Jojo dan Qui silih ganti.
            “Ala..kau biarkan je diorang tu Mai. Nanti lepas ni nak gaduh pun tak boleh dah sebab ada orang tu lepas ni nak terbang ke UK.” Jaja mengerling sekilas ke arah Qui yang buat-buat tak dengar.
            Alif ketawa lalu menoleh ke sebelah. “Rindulah aku kat kau ni Qui.”
            Qui memandang senget ke arah Alif.
            “Kau pehal tetibe nak berjiwang dengan aku pulak ni?”
            “Sekali-sekala aku nak berjiwang dengan kau apa salahnya. Lepas ni aku nak berjiwang dengan sape lagi kalau kau dah ke UK nun~”
            Qui mencebik. “Porrrah!”
            “Kau dah siap semua barang ke?” Soal Jaja seraya pandangannya di halakan semula ke laut.
            “Sudah.” Qui menjawab sepatah.
            “Haaih~” Giliran Mai pula mengeluh. “Tak sangka ek kita nak masuk ‘u’ dah.”
            Biarpun diam tapi hati masing-masing setuju dengan Mai.
            “Wei, nanti jangan lupa emel kat kitorang tau. Lagi-lagi korang berdua ni.” Jojo memandang Mai kemudian ke arah Qui. “Mai especially.” Jojo tekankan pada nama Mai.
            Mai ketawa kecil lalu memeluk kedua-dua bahu Jaja dan Jojo. “I’m going to miss you guys..entah bila pulak lagi aku boleh balik Malaysia ni. Qui sah-sahlah lepas 3,4 tahun dia dah boleh balik. Aku ni? Segala keturunan aku nak kena terbang ke Korea nun!”
            Tau takpe…” ujar kedua-dua kembar itu dengan lemah. Sedih dah mula terasa di hati.
            “Kalau ada rezeki Insya-Allah kita jumpa lagi.” Alif cuba memujuk. Qui di sebelah mengangguk-angguk.
            “Haaaih~”
****************

JAJA memandang Jojo yang sedang membaca novel di sebelah. Tak berkelip langsung matanya memandang.
            “Kau nak apa cik kak oi~” Ujar Jojo tanpa mengalihkan pandangan dari novel yang sedang dibaca. Rimas dia dipandang lama macam tu. Nak tak nak terpaksalah dia bersuara juga kalau tak sampai tahun depanlah Jaja pandang dia macam tu.
            “Kau tak nak bagi apa-apa ke kat Qui?”
            Sepantas kilat Jojo mengangkat muka dan novel di tangan terus ditutup lalu diletakkan di sebelahnya.
            “Soalan apa tu?” dahinya berkerut seribu.
            Jaja tersengih. “Yelah, esok dia nak gi KL. Lepas tu terus naik flight ke UK.”
            “So?” Jojo buat muka.
            “Yelah, kau tak nak ke bagi apa-apa sebagai kenang-kenangan?”
            “Apa kena pulak aku nak kena bagi barang kat dia? Yang kau ni malam-malam buta merapu meraban apsal?”
            Jaja ketawa.
            “Aku tanya je.” Ujarnya sambil menepuk-nepuk bantal untuk tidur. “Nanti kalau kau rindu kat dia jangan cari aku kat UKM nanti. Dahlah kau punya ‘u’ kat Gombak. Jauh tu.”
            “Eleh, takde maknanya aku terhegeh-hegeh nak cari kau. Entah-entah kau tu yang lari-lari kat aku nanti. Homesick!”
            Jaja memukul bahu Jojo.
            “Sakitlah!’ dia memegang bahunya.
            “Padan!” Balas Jaja sebelum pusingkan badannya lalu menutup mata.
            Jojo menagmbil semula novel lalu buka di muka surat terakhir yang dia baca. “Debik kang!”
            “Uwwek!!!” Jaja membalas dengan mata terpejam.

SEMALAM dia dan Jaja dah berair mata menghantar Mai. Biarpun bukannya sampai ke KLIA nun, tapi terasa jugaklah sedihnya tengok Mai dan sekeluarga pergi. Hari ni Qui pulak…Dia tak tunjuk dan tak cakap tapi dalam hati terasa nak menangis je. Puas dia pujuk diri supaya jangan bagi air mata tu keluar setitis pun. Lagi-lagi depan Qui. Mau kena gelak punya nanti.
            Lepas sorang,sorang dia salam bagi yang lelaki, dan ucapkan selamat tinggal bagi yang perempuan, kini sampailah pulak giliran Jojo. Tegak dia berdiri di depan gadis yang bertudung litup itu.
            “Aku pergi ni.”
            “Hhhmm..” Balas Jojo sambil pandang arah lain. Jaja di sebelah menyikunya sementara Alif yang melihat hanya tergelak kecil.
            Qui memadnang ke arah Jaja. “Aku pergi dulu Jaja.”
            Take care Qui.” Sayu suaranya.
            Qui hanya menagngguk senyum. “Kau pun sama.”
            “Alif.” Dia menghulur tangan lalu hulurannya di sambut Alif. Kali ini genggaman salam mereka lebih erat daripada selalu. Kemudian mereka berpelukan sesama sendiri sambil diperhatikan oleh ekor mata Jojo.
            Selepas pelukan dilepaskan Qui menghaal semula pandangannya ke arah Jojo. Gadis itu masih lagi tak mahu memandangnya.
            “Aku pergi dulu Jojo.” Lembut dia bersuara.
            Serta-merta hati Jojo terasa pilu apabila ditusuk dengan suara lembut Qui. Puas dia menahan akhirnya pecah juga empangan air matanya.
            “Jojo..” Qui memanggil lembut. Namun, gadis itu tak juga menoleh. Bukan dia tak mahu tapi tak sanggup melihat wajah Qui sekarang.
            Take care. Nanti aku emel kat kau ek?”
            “Hhmm…” hanya itu saja balasnya. Tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab mesti suara tak keluar. Kalau cakap pun yang dengar sedu-sedan je sebab menanagis.
            Qui hanya tersenyum nipis. Dia berjalan perlahan-lahan melangkah pergi ke kereta di mana ahli keluarganya sedang menunggu. Kemudian barulah Joj berani menoleh perlahan-lahan melihat belakang Qui pergi ke arah kereta.
            “Jojo!” Langkahnya berhenti. “Tunggu aku tau.” Sambungnya tanpa menoleh ke belakang.
            Terus dia berjalan laju ke kereta. Tanpa menoleh dia masuk ke dalam kereta lalu pintu pun ditutup. Apabila semua sudah bersedia, Encik Rahim, ayah Qui pun memulakan enjin kereta lalu terus meluncur pergi.
            Dan Jojo terus melontarkan dirinya ke dalam pelukan Jaja sambil teresak-esak. Jaja mengusap kepalanya perlahan-lahan.

****************

TAHUN KETIGA QUI KE UK
SUDAH hampir sebulan dia tak terima khabar berita dari Qui. Dan hati menjadi-jadi sedihnya. Dia nak tanya pada Jaja atau Alif kot-kot diorang tau pasal Qui. Tapi malaslah pulak. Sebab dia tahu nanti mesti diorang nak cakap apa.
            “Kan aku dah cakap. Kau mesti rindu punya kat dia.”
            Tak pun…
            “Tulah, dulu-dulu gaduh sakan. Sekarang tengok siapa yang terover rindu?”
            Atau pun macam ni…
            “Hah!!!! Kan dah rindu. Tulah, jual mahal lagi! Tengok sekarang ni siapa yang rindu menonggeng?”
            Jojo menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak cukup dengan itu tangannya pula meramas-ramas rambut macam orang tak betul. Kemudian dia tekapkan mulut pada bantal, dan…..
            “Huaaaarrghhh!!!!!!!!!!!!!”
            Sampailah anak tekaknya sakit barulah dia berhenti.
            “Fuuuhhh….” Perlahan-lahan dia mengangkat muka.
            “Warrgh!!!” Dia menjerit terkejut.
            “Ya Allah, Giha! Terkejut aku tau. Yang kau tercongok kat situ buat apa?”
            Giha berlalau dari pintu menuju ke meja study. Tudung yang dipakai dibuka lalu disangkut kemas di kerusi.
            “Aku lagi terkejut. Masuk-masuk je dengar kau terpekik-pekik mengalahkan orang gila. Kau apsal ni?” soalnya sambil berjalan agiah Jojo.
            “Nothing~” Kepalanya menggeleng sambil menunduk ke bawah.
            “Putus cinta ke putus urat saraf kau ni?” Giha ketawa.
            Jojo mengangkat muka lalu memandang Giha. Dia mengecilkan matanya.
            “Kalau boleh aku harap sangat aku ni putus saraf.”
            “Putus cintalah tu. Tak tau pulak aku kau ni dah ada yang punya.”
            “Oit! Debik kang! Nak putus cinta apanya boyfriend pun takde!”
            “Dah tu? Nih pehal serabai semacam je aku tengok? Dah lama dah aku tengok kau ni kusut semacam. Dah berminggu-minggu aku rasa.”
            Jojo mengeluh. “Entahlah.”
            Giha mengangkat kening. Kemudian dia tersenyum nipis.
            “Aku nak makan agi. Nak tak?”
            “Tolong buatkan?” Jojo buat-buat suara manja.
            “Yelaaahhh~”
****************

TAHUN KEEMPAT TIGA BULAN QUI KE…?(patutnya Qui dah balik Malaysia~)
LECEH betullah nak kena naik bas hari ni. Lepas tu nak kena jalan kaki pulak. Dari bus stop dengan rumah bukannya dekat. Yang Jaja ni pulak dan-danlah dia nak balik kampung. Entah apa yang urgent dia pun tak tahu. Kalau urgent kenapa pulak tak kasi aku ikut? Misteri betul Jaja kali ni. Lepas tu dibalunnya Kancil ayah bawak balik sekali. Memanglah dia tu. Tak kesian langsung kat kembar dia yang sorang ni.
            Baru saja dia membuka kunci mangga di pintu pagar tiba-tiba ada sesuatu di baling di hadapannya. Sempat jugaklah dia menjerit sampai jiran selang dua buah rumah pun boleh dengar. Nasib baiklah tak ada sesiapa yang keluar tengok dia.
            Dia mengurut dada seraya tunduk perlahan-lahan melihat benda yang dibaling tadi. Diambil perlahan-lahan lalu direnungnya. Berkerut-kerut dahinya  memikir apa kenalah selipar buruk ni tetibe ada kat depan mata? Selipar siapa pulak ni?
            Lama dia merenung dan memebelek selipar itu lalu barulah mulutnya terbuka luas dengan mata terbeliak!
            “Qui!” Segera dia menoleh ke depan, belakang, kiri, kanan dan barulah dia melihat sebujur tubuh sedang berdiri jauh sikit dari tempatnya.
            Perlahan-lahan tubuh itu berjalan merapatinya hinggalah jelas wajah lelaki itu kelihatan.
            “Assalamualaikum…” Qui memberi salam sambil tersenyum.
            “Waalaikumussalam.”
            “Oit, Jojo! Sejak bila melatah ni? Mengalahkan mak aku je kau ni kalau melatah.”
            Semakin erat selipar di tangan dipegang.
            Lorrr…kau kenapa senyap je ni?”
            Jojo mengetap bibir.
            “Kau tak suka ke tengok aku? Penat aku tau datang jauh-jauh nak tengok kau. Aku baru balik pagi tadi petang ni terus datang jumpa kau.”
            Tangan Jojo dah sedia diangkat.
            “Wei, Jojo! Kau pehal..”
            Terus tanpa sedar tangannya yang memegang selipar memukul-mukul Qui sekuat hati yang mungkin. Qui menjerit-jerit kesakitan cuba mengelak dirinya dipukul.
            “Oi! Oi!” Jeritnya berkali-kali.
            Jojo tak peduli dia terus pukul, pukul dan pukul. Tak dapat bahu, belakang badan pun jadi. Belakang badan pulak diblock oleh Qui, dia cuba pula kat bahagian depan. Ceruk mana pun dia akan cuba dapatkan jugak asalkan hatinya puas.
            Sudah hampir habis tenaganya barulah Jojo berhenti. Termengah-mengah dia di situ sementara Qui pula sudah jatuh terduduk. Mulutnya tak henti-henti mengerang kesakitan ditambah pula dia pun semput jugak macam Jojo.
            “Kau..kau..” Termengah-mengah dibuatnya. Turun naik dadanya bernafas. “Kau pehal Jojo?”
            Jojo bercekak pinggang. Letihnya yang mula hilang sikit demi sikit memberikannya kekuatan untuk melepaskan segala yang terpendam.
            “Kau buat apa kat sini hah? Pasal tetibe kau datang kat tempat aku? Mana kau tau aku tinggal kat sini? Selama ni mana kau pergi? Pasal kau tak reply emel aku?”
            Qui bangun perlahan-lahan. Dia merenung tepat ke dalam anak mata Jojo. Kemudian dia tersenyum.
            Makin geram Jojo melihat dia tersenyum. Kalau boleh nak aje dia gelek Qui dengan lori balak.
            Saje tak nak reply emel kau.” Qui tersengih.
            “Hah?” Jojo tercengang.
            Saje je nak tengok kau rindu kat aku ke tak. Bila tengok kau macam ni, tahulah aku yang kau rindu kat aku. Kan? Rindu kan?” Qui ketawa kecil.
            Jojo terus membuka pintu pagar dan meluru masuk ke halaman rumah sewanya. Qui yang melihat terkejut dengan tindakan gadis itu.
            “Oit! Oit, Jojo! Takkan marah kot? Tunggulah wei!”
            Jojo memberhentikan langkahnya. Seketika suasanana bertukar sunyi.
            “Jojo…”Panggil Qui.
            Jojo tak menoleh apatah lagi menjawab panggilannya.
            “Jojo..”Panggilnya lagi. Kali ini lebih embut.
            Dan Jojo masih lagi keras seperti batu.
            “Jojo..janganlah macam ni. I’m so sorry. Aku tak tau pun kau marah sampai macam ni sekali.”
            Jojo masih lagi seperti tadi.
            Qui mengeluh. Perasaan menyesal mula menyelubungi dirinya. Langkahnya dirapatkan hingga ke pintu pagar yang separuh terbuka itu. Cukuplah takat ni. Tak berani pulak dia nak masuk sampai ke laman rumah.
            “Jojo..” panggilnya lagi seakan-akan memujuk.
            Dan akhirnya Jojo menoleh setelah sekian lama. Qui terkejut melihat air mata Jojo yang mengalir berjurai-juria di pipi.
            “Jo..jo..Jo..jo?” Qui dah mula gelabah. Tak tahu nak buat apa sebab ini first time dia tengok Jojo menangis. Lebat pulak tu.
            “Takkanlah nak biarkan aku tunggu sampai nak dekat dua tahun?” Ujarnya dalam tangisan.
            Qui melihat Jojo yang sedang berdiri sambil menangis. Terhinjut-hinjut bahunya sambil tangan tak henti-henti mengesat air mata.
            “Sebab tulah aku tak nak kau tunggu dah.” Qui bersuara.
            Jojo mengerutkan dahi tak faham. Belum sempat dia bertanya lebih lanjut, handphone di dalam beg tangannya berbunyi. Terkocoh-kocoh dia mengambil handphone sambil dalam hati merungut-rungut. Time-time ni pulaklah dia nak berunyi pun. Dia membaca nama pemanngil di skrin.
            Jaja? Cepat-cepat dia mengesat air amatnya dan berdehem beberapa kali.
            “Assalamaualaikum.” Ujarnya. Sedaya upaya dia cuba membuat suara seperti biasa.
            “Walaaikumussalam. Jojo? Kau kenapa ni?”
            Jojo menelan air liur. “Kau kenapa call aku ni?” Dia mengubah topik.
            “Jojo……”
            Mengangguk-angguk Jojo mendengar suara Jaja di talian sementara Qui yang berdiri sedang digamit rasa resah gelisah. Tak sabar dia nak tengok apa yang jadi lepas ni.
            “What?” Jojo menjerit. Dia memandang Qui dengan mata yang hampir-hampir tersembul keluar.
            Qui yang beridri di situ tergamam. Tak sempat dia nak cakap apa-apa Jojo dah terlebih dahulu meluru masuk ke dalam rumah.
            “Jojo!” panggilnya tapi dah terlewat.
            Jojo menutup pintu lalu bersandar di situ.
            “Cepatlah, mak dengan ayah tunggu ni.”
            “Jaja, cakap kat mak dengan ayah yang aku….”
            Mundar-mandir Qui di luar pagar sambil menunggu khabar berita daripada keluarganya. Nak tunggu Jojo dia ni langsung tak keluar-keluar pulak. Puas sudah dia berpeluh di luar bukan sebab mundar-mandir tapi sebab gelisah, barulah handphone berbunyi. Tak sampai tiga saat berdering terus dijawab panggilan dari bapanya.
            “Macam mana abah?”
            “Dia setuju.” Jawab Encik Rahim pendek.
            Namun jawpan pendek itu telah cukup untuk membuatkan hatinya gembira. Tersangat-sangat gembira! Kalau boleh nak aje dia melompat sambil terjerit-jerit kat situ.
            Talian dengan Encik Rahim diputuskan kemudian dia telefon orang lain pulak.
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.”
            “Lepas ni tak payah tunggu-tunggu dah.”
            Jojo tersenyum. Tanpa sedar tangannya masih lagi memegang selipar buruk itu. Diangkat selipar itu lalu tersengih.
            “Dah takde benda lain lagi ke nak simpan selain selipar ni?”
            Qui ketawa. “Dah itu je yang ada.”
            “Okeylah, nak dekat Maghrib dah ni.”
            Qui mengangguk. “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumusslaam.”
            “Jojo?”
            “Erm?”
            “Thanks sebab tunggu.”
            Jojo tersenyum lalu talian pun di matikan.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 bila debab menconteng.... Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree